Tuesday, March 5, 2013

Laporan Anugerah APIH



LAPORAN ANUGERAH APIH

          Pada 14 Januari yang lalu telah berlangsung Majlis Anugerah Pelajar Impian Hati (APIH) di tapak perhimpunan Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Kajang. Anugerah ini terbahagi kepada 3 kategori iaitu Pelajar Setia, Pelajar Sahsiah Terpuji dan pelajar yang memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan akhir tahun 2012. Anugerah ini diberikan kepada murid-murid dengan harapan mereka akan mengekalkan kecemerlangan dan mencipta kejayaan yang lebih baik pada masa yang akan datang. Anugerah yang lain bertujuan memberi pengiktirafan kepada murid-murid yang mempunyai kehadiran penuh sepanjang tahun 2012 dan mempunyai akhlak yang terpuji yang boleh dijadikan contoh kepada murid-murid lain.

   AZIB SAFUAN (3KAA)

0 comments:

Post a Comment