Pada 23 Februari yang lalu, Persatuan Ibu Bapa dan Guru telah mengadakan
Mesyuarat Agung buat kali ke-38. Mesyuarat ini diadakan di Dewan Tan Sri Kadir
Shamsudin SMK Tinggi Kajang. Prof. Madya Dr. Ebil b. Yusuf telah melepaskan
jawatannya sebagai Yang DiPertua Persatuan Ibu Bapa Dan Guru setelah menyandang
jawatan tersebut selama 9 tahun. Jawatan YDP PIBG kini disandang oleh Yang
Berbahagia Dr. Ibrahim b. Abu Bakar. Semoga barisan ahli jawatankuasa PIBG yang
baru dilantik akan dapat memberi sumbangan yang bermakna kepada pihak sekolah.
Shahrul Naim (3KAA)
Shahrul Naim (3KAA)
0 comments:
Post a Comment