Thursday, March 14, 2013

Kejohanan "Road Run"



 

      Pada 22 Februari yang lalu, SMKTK telah mengadakan Kejohanan ‘Road Run’ peringkat sekolah di padang SMKTK. Pertandingan tersebut bermula pada jam 8.00 pagi dan berakhir pada 12.00 tengah hari. Empat kategori telah dipertandingkan iaitu Perempuan, Lelaki 1, Lelaki 2, dan Lelaki 3. Pertandingan ini diadakan saban tahun untuk menggalakkan murid-murid melibatkan diri secara aktif dalam kokurikulum. Juara keseluruhan untuk pertandingan tersebut disandang oleh rumah Kindersley.

Muhammad Aiman (5H)

0 comments:

Post a Comment