PROGRAM KECEMERLANGAN SPM 2013
Pada 26 dan 27 Februari yang lalu, satu program motivasi
khusus bagi pelajar-pelajar yang akan menghadapi SPM pada tahun ini telah
diadakan. Tujuan program tersebut adalah untuk memberi pendedahan kepada para
pelajar tingkatan 5E,F,G,H tentang cara penulisan ‘resume’ dan teknik
menghadapi temu duga untuk kemasukan ke universiti serta cara pengurusan masa
yang berkesan.Pelajar turut diberi motivasi mengenai persediaan menghadapi
peperiksaan SPM. Bengkel teknik menguasai mata pelajaran matematik pula
dikhususkan kepada para pelajar tingkatan 5A,B,C,D. Program tersebut telah dikendalikan
oleh wakil dari Portman College, Management Science, dan Math Clinic Centre.
Diharapkan para pelajar yang terlibat dapat memanfaatkan segala informasi
daripada program motivasi tersebut.
NASRULAH (3B) & HAZIM MIRZA (3E)
NASRULAH (3B) & HAZIM MIRZA (3E)
0 comments:
Post a Comment