Pada 12 Mac yang lalu, Unit Bimbingan
dan Kaunseling telah menganjurkan Kursus Kepimpinan Ketua Tingkatan dan
Penolong Ketua Tingkatan di Nilai University College.Tujuan kursus ini adalah untuk
memupuk semangat kerjasama kepada ketua tingkatan dan penolong ketua tingkatan
di samping melatih mereka agar lebih berdisiplin dan amanah. Para peserta kursus
telah terlibat dalam aktiviti “team building” yang dibahagikan kepada beberapa kumpulan.
Mereka turut mendapat pendedahan tentang Nilai University College selain tugas dan
tanggungjawab sebagai ketua tingkatan dan penolong ketua tingkatan. Pihak sekolah
merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Nilai University College dan
semua pihak yang telah menjayakan kursus tersebut.
MOHD
SHAFIQ FARHAN (4D)
0 comments:
Post a Comment