Tuesday, March 5, 2013

Kejohanan Kriket MSSS (U18 Tahun)


 
 

KEJOHANAN KRIKET MSSS BAWAH 18

          Pada 18 – 25 Februari yang lalu, pasukan kriket MSSD Hulu Langat yang diwakili oleh para pemain kriket SMKTK telah muncul sebagai johan dalam Kejohanan Kriket MSS Negeri Selangor yang telah berlangsung di SM Sains Hulu Selangor, Kuala Kubu Bharu. Pasukan MSSD Hulu Langat telah menewaskan pasukan Kuala Langat dalam perlawanan akhir dan berjaya mengekalkan kejuaraan dua tahun berturut-turut. Muhammad Irfan Ruzdi (4H) telah terpilih sebagai Pemain Terbaik  dan Pemukul Terbaik keseluruhan kejohanan. Tahniah kepada para pemain kriket yang telah mengharumkan nama SMKTK dengan pencapaian yang cemerlang. Syabas dan tahniah juga kepada jurulatih pasukan iaitu En. Kanisha dan guru penasihat iaitu En. Ali bin Suman, En Zamri bin Kamdi serta En. Tan Eng Hui yang telah membimbing pasukan tersebut sehingga menjulang kejuaraan.
SHAIFUDDIN (3E)

 

0 comments:

Post a Comment