Showing posts with label Berita Pendidikan. Show all posts
Showing posts with label Berita Pendidikan. Show all posts
Friday, March 16, 2018
Saturday, March 9, 2013
Wajib Lulus English SPM 2016...?
Muhyiddin: Mungkin wajib lulus bahasa Inggeris SPM 2016
Langkah ini seiring dengan pelaksanaan gelombang kedua Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia.
March 8, 2013
PORT DICKSON: Bahasa Inggeris berkemungkinan besar akan dijadikan mata pelajaran wajib lulus bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bermula 2016, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Timbalan perdana menteri yang juga menteri pelajaran berkata langkah ini seiring dengan pelaksanaan gelombang kedua Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia.
Katanya perkara itu sedang diperhalus Kementerian Pelajaran dan pelaksanaannya kelak diharap akan menurunkan peratusan pelajar yang gagal mata pelajaran berkenaan dalam SPM.
“Kalau ikut kurikulum yang sedia ada, ada lebih kurang 20 peratus pelajar kita yang gagal bahasa Inggeris, tapi saya yakin bila kita perkenalkan syarat wajib ini maka peratusan itu akan menurun.
“Lebih-lebih lagi kalau kita dapati pelajar itu perlukan ‘intervensi’ kerana mereka lemah dalam pembelajaran bahasa Inggeris, kita boleh tokok dengan menyediakan program tuisyen (dan) memberikan tumpuan pada pelajar lemah.
“Dan mungkin akan diadakan kelas tambahan kalau sekiranya dianggap perlu di sekolah-sekolah yang terpilih,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan program ‘Memperkukuh Literasi dan Penguasaan Bahasa Inggeris’ peringkat Negeri Sembilan di Sekolah Kebangsaan Kampung Baru Si Rusa di sini hari ini.
Baca lagi di sini.

Labels:
Berita Pendidikan
Tuesday, January 22, 2013
Jawapan KPM Kepada Isu Naik Pangkat Time-Based
Utusan Malaysia bertarikh 13 November 2012 – KAJI NAIK PANGKAT TIME BASED
21 January 2013
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)
ingin merujuk kepada Surat Pembaca “Peneroka Ilmu, Sungai Petani,
Kedah” dalam ruangan Surat Kepada Pengarang akhbar Utusan Malaysia
bertarikh 13 November 2012 – Kaji naik pangkat time based.
Urusan kenaikan pangkat Time-Based
merupakan keistimewaan dan kelebihan yang diberikan oleh Kerajaan
kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP). PPP boleh dinaikkan
pangkat secara Time-Based sekiranya memenuhi syarat tempoh masa
dan syarat-syarat lain yang ditetapkan tertakluk kepada kelulusan
Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pelajaran (LKPPP). Bagi PPP yang
cemerlang, boleh dipertimbangkan kenaikan pangkat dalam Laluan Cemerlang
hingga ke Gred Khas C atau JUSA C secara Khas Untuk Penyadang (KUP).
Markah prestasi Laporan Nilaian
Prestasi Tahunan (LNPT) bagi tiga tahun terkini dan perakuan daripada
Ketua Jabatan merupakan syarat utama seorang pegawai layak
dipertimbangkan. Sekiranya Ketua Jabatan tidak menyokong atau
memperakukan pegawai untuk kenaikan pangkat, perkara tersebut sepatutnya
adalah selari dengan penilaian LNPT. Ini bagi mengelakkan Ketua Jabatan
memberikan LNPT yang tinggi tetapi merasakan pegawai tidak layak untuk
diperakukan kenaikan pangkat Time-Based.
Mulai 1 Januari 2012, Kerajaan telah menambah baik laluan kenaikan pangkat Time-Based dengan mewujudkan kenaikan pangkat Time-Based
Berasaskan Kecemerlangan bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah
(PPPS) sehingga ke Gred DG54 secara KUP bagi tempoh 8-8-6-3. Manakala
Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (PPPLD) diberi kenaikan
pangkat sehingga ke Gred DGA38 secara KUP bagi tempoh 8-8-5. Pada masa
ini, syarat kenaikan pangkat adalah sama seperti mana yang ditetapkan
sebelum ini. Walau bagaimanapun, Kementerian dan Jabatan Perkhidmatan
Awam (JPA) sedang menyediakan kriteria kecemerlangan bagi urusan
kenaikan pangkat Time-Based untuk dijadikan syarat kenaikan
pangkat pada masa akan datang. Kriteria kecemerlangan ini akan dijadikan
syarat minimum pegawai untuk dipertimbangkan kenaikan pangkat.
Sehubungan itu, Kementerian akan
menimbang cadangan dan saranan yang dikemukakan untuk disesuaikan dalam
kriteria kecemerlangan yang sedang disediakan tertakluk kepada kelulusan
LKPPP.
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
Baca lagi di sini.
Labels:
Berita Pendidikan
Tuesday, September 11, 2012
National Education Development Master Plan
OVERHAUL OF OUR EDUCATION POLICY!
Deputy Prime Ministry, Tan Sri Muhyiddin Yassin who is also the Minister of Education revealed the overhaul of the national education policy where there will be nine areas of emphasis. The nine areas are;
1. Upholding the teaching profession,
2. Enhancing leadership in schools,
3. Enhancing the quality of schools,
4. Strengthening the curriculum and assessment standards,
5. Enhancing proficiency in languages,
6. Getting the involvemmmment of parents, and the private and social sectors as partners,
7. Making students better prepared for higher education and the job market,
8. Improving the competency and effectiveness of existing resources,
9. To build up potential and ability of the delevery system.
Beside, there will be a major shift in 11 areas where there will lead a big leap in education compared with the present system. Among the changes are;
1. Introduction of more stringent entry requirements to the profession,
2. Setting up of an Education Delivery Unit,
2. Setting up of an Education Delivery Unit,
3. District education offices to play greater role in implementation of policies,
4. Emphasis of dual language proficiency, mainly Bahasa Malaysia, English and a third language,
5. There will be only two pulic examinations - UPSR and SPM,
6. PMR will be abolished.
7. There will be 11 years of compulsory eduaction for all including five years in secondary school.
Details of the Master Plan will be unveiled by the DPM on Tuesday, 11 Sepetember 2012.
Source: NST, 9 September 2012, Main Page and p.12-14.
Labels:
Berita Pendidikan
Wednesday, May 30, 2012
Tuesday, April 10, 2012
KPM Jawab Rintihan Guru Keperitan Beban Tugas
Berita Harian bertarikh 9 Mac 2012
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk kepada Surat Pembaca “Rose, Malaysia” dalam ruangan Surat Kepada Pengarang akhbar Berita Harian bertarikh 9 Mac 2012 – Keperitan beban guru tidak boleh diselami dari jauh. Pengadu menyatakan bahawa guru-guru dibebankan dengan pelbagai tugas dan kerja yang berulang-ulang serta membazir masa dan tenaga mereka. KPM amat prihatin terhadap beban tugas yang dihadapi oleh guru. Sehubungan itu, Jawatankuasa Kerja Pelaksana Menangani Isu Bebab Tugas Guru (JKPMIBTG) telah ditubuhkan bagi menangani isu beban tugas guru. Merujuk kepada pelbagai sistem yang perlu digunakan oleh guru, KPM kearah melaksanakan satu sistem ‘Single Entry’ dalam semua aspek pengurusan sekolah termasuklah pengurusan markah. KPM sedang memperluaskan penggunaan 1Bestari Net secara berperingkat di semua sekolah bawah KPM bagi menggantikan Schoolnet. UNIT KOMUNIKASI KORPORAT KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA Rujukan di sini. |
Labels:
Berita Pendidikan
Tuesday, January 31, 2012
Dasar Keselamatan ICT KPM
Untuk maklumat lanjut berhubung dengan kandungan surat pekeliling berkenaan, sila klik link berikut;
Surat Pekeliling ICT Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) Bilangan 1 Tahun 2011- Dasar Keselamatan ICT (DKICT) Kementerian Pelajaran Malaysia
Dasar Keselamatan ICT (DKICT) KPM Bil 1 Tahun 2009
Surat Pekeliling ICT Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) Bilangan 1 Tahun 2011- Dasar Keselamatan ICT (DKICT) Kementerian Pelajaran Malaysia
Dasar Keselamatan ICT (DKICT) KPM Bil 1 Tahun 2009
Labels:
Berita Pendidikan
Monday, May 23, 2011
Perutusan Menteri Pelajaran Sempena Hari Guru Tahun 2011
Perutusan Menteri Pelajaran Sempena Hari Guru Tahun 2011
Untuk lihat teks, cetak atau muat turun, sila klik di sini.
Labels:
Berita Pendidikan
Wednesday, May 18, 2011
Hari Guru Yang Mengecewakan!
Lebih0 400,00 Guru Biasa Kecewa Dipinggirkan
Mei 18, 11 5:09pm
Kira-kira 400,000 guru kelas biasa kecewa dengan pengumuman kerajaan pada Hari Guru baru-baru ini yang hanya membawa berita gembira kepada 2,000 guru besar dan guru penolong kanan yang akan menikmati kenaikan gaji mulai awal tahun depan.
Sehubungan itu, Setiausaha Agung, Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (KPPK) Lok Yim Pheng berharap kerajaan akan menangani rintihan dan masalah serta memberikan mereka lebih banyak peluang kenaikan pangkat.
"Ironinya di sebalik membawa kegembiraan, pengumuman itu menimbulkan kebimbangan dan rasa sedih di kalangan guru kerana sejumlah besar daripada mereka seperti diketepikan," katanya kepada Bernama di Kuala Lumpur hari ini.
Lok juga meminta guru-guru yang dipinggirkan ini tetapi menjadi "teras" pendidik peringkat akar umbi supaya bertenang dan meneruskan tugas-tugas murni mereka seperti biasa serta menyerahkan kepada kesatuan soal mengenai perjuangan menjaga kebajikan mereka.
Beliau berkata, pihak kesatuan yang mewakili 140,000 guru di seluruh negara akan berusaha untuk mengadakan perjumpaan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak secepat mungkin untuk memaklumkan sendiri mengenai rintihan dan masalah yang dihadapi oleh guru kelas biasa.
"Tanpa dedikasi guru-guru kelas ini, kalangan guru besar dan pengetua sahaja tidak akan dapat mengendalikan sekolah," katanya.
Sementara itu, tinjauan rambang Bernama mengesahkan kenyataan kesatuan itu bahawa ramai guru pada dasarnya tidak berpuas hati dengan pengumuman kerajaan yang memberikan kelebihan hanya buat ketua-ketua sekolah.

Ramai tak puas hati
Menurutnya, pihak kesatuan tidak akan menghampakan guru-guru ini kerana mereka merupakan "tonggak" pendidikan, di mana semua sekolah bergantung kepada kejayaan meraka melaksanakan tanggungjawab dengan baik.

Tuesday, May 17, 2011
KPM Jawab Pertanyaan Perihal Pemberian Biasiswa Guru Di Bawah Skim Cuti Belajar
Utusan Malaysia bertarikh 11 Mei 2011 – BERIKAN BIASISWA GURU DI BAWAH SKIM CUTI BELAJAR
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk kepada Surat Pembaca “Guru Cekal, Selangor” dalam ruangan Surat Kepada Pengarang akhbarUtusan Malaysia bertarikh 11 Mei 2011 – Berikan biasiswa guru di bawah skim cuti belajar.
Program Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa (CBBP TB) mula dilaksanakan di Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) pada tahun 2010. Program ini diadakan sebagai alternatif kepada Program Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) yang ditangguhkan pada tahun 2010. Selain daripada Program HLP, program-program lain yang melibatkan biasiswa juga ditangguhkan pada tahun 2010.
Seramai 182 Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) telah ditawarkan CBBP TB untuk mengikuti pengajian di peringkat Kedoktoran dan Sarjana di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) pada tahun 2010.
CBBP TB Tahun 2010 telah jelas menyatakan bahawa PPPS yang diluluskan mengikuti program ini hanya diberikan kemudahan Cuti Belajar Bergaji Penuh sahaja dan PPPS berkenaan dikehendaki membiayai sendiri yuran pengajian serta kos-kos yang berkaitan pengajian.
Sepanjang mengikuti pengajian dibawah program CBBP TB, PPPS masih diberi menikmati kemudahan berikut:
i) Diberi gaji penuh dan elaun-elaun yang berkelayakan;
ii) Diberi pergerakan gaji sebenar sepanjang tempoh kursus sebagaimana yang ditetapkan dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2002 dan Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2002;
iii) Boleh dipertimbangkan untuk kenaikan pangkat sekiranya memenuhi syarat;
iv) Tempoh CBBP TB tidak menjejaskan kekananan;
v) Tempoh CBBP TB boleh di masuk kira bagi tujuan pengiraan faedah persaraan.
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
Labels:
Berita Pendidikan
Wednesday, May 11, 2011
Friday, April 8, 2011
Permohonanan Pemangkuan Guru Cemerlang Tahun 2011
Pemangkuan Guru/Pensyarah Cemerlang Bagi Tahun 2011
Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia akan melaksanakan urusan pemangkuan Guru /Pensyarah Cemerlang bagi tahun 2011 bagi gred Khas C, gred DG54, gred DG48 (sekolah rendah), gred DG44, gred DGA38, gred DGA34 dan gred DGA32. Tawaran adalah terbuka kepada guru Sekolah Menengah, guru Sekolah Rendah, pensyarah IAB dan pensyarah kolej matrikulasi yang memenuhi syarat-syarat umum dan khusus.
Adalah dimaklumkan, Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK) akan memuat naik surat siaran berkaitan urusan pemangkuan ini dalam laman web JNJK dan laman web rasmi KPM. Kerjasama daripada pihak Y.Bhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ Tuan, adalah dipohon untuk menghebah dan memaklumkan kepada semua pegawai di bawah seliaan masing-masing tentang surat siaran berkenaan. Kerjasama pihak Y.Bhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ Tuan adalah dipohon untuk mengemukakan senarai nama dan borang permohonan calon-calon yang memenuhi syarat-syarat umum dan khusus kepada Urusetia Induk mengikut ketetapan berikut:
- Pemohon dari sekolah hendaklah mengemukakan borang permohonan melalui Ketua Jabatan kepada JNJK Negeri (Lampiran I) selewat-lewatnya pada hari Khamis, 19 Mei 2011.
- Pemohon dari Institut Aminuddin Baki, Kolej Matrikulasi dan sekolah-sekolah di bawah seliaan bahagian (Bahagian Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan, Bahagian Pendidikan Islam, Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional dan Bahagian Pendidikan Khas, Bahagian Sukan dan Bahagian Kokurikulum dan Kesenian) hendaklah mengemukakan borang permohonan melalui Ketua Jabatan kepada Pengarah Bahagian masing-masing selewat-lewatnya pada hari Khamis, 19 Mei 2011.
- Pengarah Bahagian hendaklah mengemukakan senarai nama calon dan borang permohonan kepada Ketua Nazir, JNJK Putrajaya selewat-lewatnya pada Khamis, 26 Mei 2011.
Guru-guru yang layak dan berminat untuk kenaikan pangakt secara fast trek ini, sila mengambil tindakan segera. Tarikh tutup borang sampai ke JKNK ialah pada 19 Mei 2011. Oleh itu borang permohonan dikemukakan kepada Pengetua adalah lebih awal dari tarikh tersebut.
Labels:
Berita Pendidikan
Saturday, April 2, 2011
Kenaikan Pangkat Guru Siswazah - KPM Beri Penjelasan
Berita Harian bertarikh 28 Mac 2011 – KAJI KENAIKAN PANGKAT GURU SISWAZAH

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk kepada Laporan Akhbar ruangan Berita akhbar Berita Harian bertarikh 28 Mac 2011– Kaji kenaikan pangkat guru siswazah. Di bawah Sistem Saraan Baru (SSB), pelaksanaan urusan kenaikan pangkat secara Time-Based bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) dari Gred DG3 ke Gred DG2 adalah PPPS yang telah mencapai matagaji maksimum P1T26 atau di matagaji yang setaraf selama dua (2) tahun berturut-turut serta telah berada di skim PPPS dalam tempoh sekurang-kurangnya 12 tahun. Pada masa ini, KPM melaksanakan urusan kenaikan pangkat secara Time-Based bagi PPPS dari Gred DG41 ke Gred DG44 dan Gred DG44 ke DG48 dibawah Sistem Saraan Malaysia (SSM) berdasarkan syarat-syarat skim dan dasar sedia ada. Kaedah pelaksanaan urusan kenaikan pangkat secara Time-Based Khas Untuk Penyandang (KUP) bagi PPPS Gred DG3 Yang Dilantik Sebelum 31 Oktober 2002 dan Memilih Opsyen Skim Saraan Malaysia (SSM) adalah berdasarkan surat daripada Jabatan Perkhidmatan Awam rujukan JPA(S)324/14/9 Klt. 22 (44) bertarikh 28 Oktober 2002 menetapkan bahawa kenaikan pangkat secara Time-based PPPS Gred DG3 ke Gred DG44/DG48 disusun mengikut matagaji dan tarikh kenaikan pangkat berdasarkan Tarikh Pergerakan Gaji tahun 2002 atau tarikh lulus Penilaian Tahap Kecekapan (PTK), mana yang terkemudian bagi memastikan tidak berlaku pelangkauan kekananan. Perkara yang dibangkitkan oleh pengadu telah dalam pengetahuan KPM melalui perbincangan dengan kesatuan (NUTP) pada 8 Mac 2011. Kesatuan telah diminta menyediakan data lengkap semua kumpulan PPPS yang berkaitan bagi persediaan perbincangan bersama di antara Kesatuan, KPM dan Jabatan Perkhidmatan Awam. UNIT KOMUNIKASI KORPORAT KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA |
Labels:
Berita Pendidikan
Sunday, March 20, 2011
Cara Kira Hari Berkursus Untuk Tujuan Perekodan
Kaedah Pengiraan Hari Berkursus Yang Digunakan Untuk Perekodan Di Dalam Kad Pelaporan Latihan KPM.
Labels:
Berita Pendidikan
Thursday, February 17, 2011
Dr. Haji Zahri Aziz (Mantan Pengarah Pelajaran Selangor) Kini Sebagai Timbalan KPPM
Pelantikan Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Sektor Operasi Pendidikan)
Sukacita dimaklumkan Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Sektor Operasi Pendidikan) telah diterajui oleh Dr. Haji Zahri b Aziz berkuatkuasa 7 Februari 2011. Tahniah diucapkan!
Pengesahan berita di sini.
Labels:
Berita Pendidikan
Wednesday, February 16, 2011
Urusan Kenaikan Pangkat PPPS Secara Time-Based KUP Bagi Perakuan Calon Tercicir Tahun 2004, 2005, 2006, 2007, 2008, 2009, 2010 dan 2011
Urusan Kenaikan Pangkat PPPS secara Time-Based KUP bagi perakuan calon cicir Tahun 2004, 2005, 2006, 2007, 2008, 2009, 2010 dan 2011
Segala Lampiran berkaitan boleh dimuat turun di sini.
Segala Lampiran berkaitan boleh dimuat turun di sini.
Guru-guru SMK Tinggi Kajang yang berkenaan, sila ambil tindakan segera.
Labels:
Berita Pendidikan
Saturday, January 29, 2011
Nak Naik Pangkat Punya Pasal
Kosmo bertarikh 16 Januari 2011 – 600 GURU KANAN KEMPUNAN NAIK PANGKAT
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ingin memberi maklum balas kepada Laporan Akhbar KOSMO bertarikh 16 Januari 2011 – 600 guru kanan kempunan naik pangkat.
Jawatan Guru Besar merupakan jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (PPPLD) Gred DGA32 dan Gred DGA34 dan bukannya jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) Gred DG41 (Hakiki). Buat masa ini, masih belum wujud jawatan Guru Besar, PPPS Gred DG41 (Hakiki).
Pengisian bagi jawatan Guru Besar PPPLD Gred DGA32 dan Gred DGA34 adalah berdasarkan kepada urusan pemangkuan dan kenaikan pangkat PPPLD yang diluluskan oleh Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pelajaran (LKPPP). Pengisian jawatan-jawatan tersebut adalah perlu merujuk kepada waran perjawatan yang diluluskan oleh Kerajaan melalui Anggaran Belanja Mengurus (ABM) iaitu jawatan yang khusus untuk PPPLD.
Walau bagaimanapun, pihak Kementerian telah bersetuju untuk memberi kelulusan kepada Guru Besar dan Penolong Kanan di Sekolah Kebangsaan (SK) yang melanjutkan pelajaran secara Pengajian Jarak Jauh (PJJ) bagi Ijazah Pertama dan dilantik sebagai PPPS Gred DG41 untuk dikekalkan di SK atas jawatan yang sama secara Khas Untuk Penyandang (KUP). Pengekalan di atas jawatan Guru Besar dan Penolong Kanan secara KUP adalah kerana jawatan-jawatan tersebut merupakan jawatan-jawatan PPPLD Gred DGA32 dan Gred DGA34.
Berdasarkan semakan, didapati 600 orang Guru Penolong Kanan tersebut telah dilantik sebagai PPPS DG41 dan berada dalam skim perkhidmatan yang berbeza.

Wednesday, January 12, 2011
Sunday, January 9, 2011
Perhatian Untuk Guru-Guru Yang Akan Dilantik Menjalankan Tugas Ini Tahun 2011 - Tak Usah Tulis Surat Macam Ini Lagi!
MENAMBAH ELAUN PENGAWASAN PEPERIKSAAN PMR
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk kepada SMS “GARUPALE:BHA14919” dalam ruangan Rakan@bh akhbar Berita Harian 21 Disember 2010. KPM merujuk kepada SMS – Sudah tiba masanya Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) menambah elaun pengawasan peperiksaan PMR. Elaun RM75 tidak setimpal dengan tanggung jawab yang besar.. Lembaga Peperiksaan ingin menjelaskan bahawa kadar bayaran kepada pengawas peperiksaan awam telah disemak semula pada tahun 2007. Bayaran dibuat dengan merujuk kepada kadar yang diluluskan oleh Kementerian Kewangan melalui surat KK/BP 10/441/79(SK.1/2007)(15) bertarikh 28 September 2007. UNIT KOMUNIKASI KORPORAT KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA |
Labels:
Berita Pendidikan
Kerana Tak Pi Mesyuarat Agong PIBG Lah Ni!
ABAI MESYUARAT PIBG PUNCA IBU BAPA TAK FAHAM PERBEZAAN YURAN
Labels:
Berita Pendidikan