Pada 17 Mac yang lalu , Majlis Perwakilan
Pelajar ( MPP ) telah mengadakan latihan pendakian di Gunung Nuang , Hulu
Langat . Seramai 25 orang pelajar tingkatan 6 telah mengambil bahagian  dalam aktiviti tersebut . Latihan pendakian ini
bertujuan untuk memantapkan kecergasan fizikal ,mental, dan spiritual sebagai
persediaan untuk menawan puncak Gunung Kinabalu pada 30 Mei – 1 Jun 2013 .
Pendakian ini diketuai oleh Penolong Kanan Tingkatan 6, Encik Rizal Bin Uzir
dan beberapa orang guru lain iaitu En. Nik Suhaimi, En. Masery dan Pn. Noor Aini
. 
High
School Kajang Boleh ! 
Asyraf Saari ( 6AB ) & Khairul
Hazmir ( 6AA )







