Tuesday, August 3, 2010

Penjelasan KPM Tentang Tuntutan Tugas Peperiksaan

Berita Harian bertarikh 15 Julai 2010 - TUNTUTAN PERJALANAN, ELAUN MAKAN DAN ELAUN HARIAN TIDAK DIBAYAR



Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk kepada SMS “CIKGUDG44:BHA07410” dalam ruangan rakan@bh akhbar Berita Harian bertarikh 15 Julai 2010 -  BAYARAN elaun mengawas PMR 2009 saja dibayar oleh Jabatan Pelajaran Sabah. Tuntutan perjalanan, elaun makan dan elaun harian tidak pula dibayar.
 
Untuk makluman pihak tuan, semua tuntutan pengawas peperiksaan akan diasingkan kepada dua bayaran iaitu 29000 untuk bayaran pengawasan dan 21000 untuk bayaran perjalanan yang termasuk bayaran elaun makan dan juga elaun harian.
 
Setakat hari ini semua elaun 29000 untuk bayaran pengawasan PMR 2009 telah selesai dibuat pembayaran. Manakala 21000 untuk elaun perjalanan, elaun makan dan elaun harian, pihak JPN Sabah telah selesai membuat pembayaran sebanyak 178 daripada 448 borang tuntutan yang dihantar dan diterima oleh JPN Sabah. Oleh yang demikian ada kemungkinan tuntutan oleh pengadu masih belum diproses.
 
Pihak JPN Sabah amat berharap agar pengadu dapat bersabar atau berhubung terus kepada pihak JPN untuk membolehkan pihak JPN mengesan kedudukan tuntutan beliau.
 
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
 

0 comments:

Post a Comment