Saturday, August 14, 2010

Do We Have The Right Teachers As Educators? - KPM Beri Jawapan

The Star bertarikh 9 Ogos 2010 – DO WE HAVE THE RIGHT TEACHERS AS EDUCATORS?



Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk kepada Surat Pembaca “Dr S. Nahesan, Muar, Johor, dalam ruangan Surat Kepada Pengarang akhbar The Star bertarikh 9 Ogos 2010 – “Do we have the right teachers as educators?”.
 
Untuk makluman, KPM sentiasa memastikan guru-guru yang dilantik memenuhi syarat dan kriteria yang ditetapkan. Sehingga kini terdapat seramai 400,000 orang guru di seluruh Malaysia. Setiap tahun juga KPM menerima lebih 175,000 permohonan untuk menyertai profesion keguruan.  Kerajaan juga akan melancarkan kempen profil tinggi untuk meningkatkan kesedaran tentang keguruan sebagai profesion yang berprestij yang mana hanya calon cemerlang akan diterima dalam profesion ini.
 
Bagi mengekalkan kualiti guru yang dikeluarkan, Bahagian Pendidikan Guru berperanan memastikan guru-guru yang dihasilkan oleh Institut Pendidikan Guru (IPG) akan kekal berkualiti melalui Kursus Dalam Perkhidmatan. Setakat ini kursus-kursus yang dilaksanakan oleh BPG melalui Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) berfokus untuk memenuhi dasar-dasar baru Kementerian Pelajaran Malaysia seperti Program Memartabatkan Bahasa Melayu-Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI), Transformasi Kurikulum dan Prasekolah. Bahagian ini juga menggunakan modus operandi secara pembangunan profesionalisme berasaskan sekolah bagi kursus-kursus yang dikenalpasti oleh sekolah sendiri mengikut keperluan guru mereka.
 
Untuk keberkesanan dalam pengajaran dan pembelajaran (p&p), Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah akan diganti dengan Kurikulum Standard Sekolah Rendah pada 2011 dan diikuti dengan kurikulum baru untuk sekolah menengah. Melalui ini, setiap pelajar diberi peluang untuk melalui proses pembelajaran mengikut kemampuan sendiri, memupuk sikap bertanggungjawab dan kurikulum ini juga akan menekankan kreativiti, inovasi dan keusahawanan merentasi semua mata pelajaran.
 
 
CORPORATE COMMUNICATION UNIT
MINISTRY OF EDUCATION MALAYSIA

0 comments:

Post a Comment