Monday, August 30, 2010

PM's 53th. National Day Message

Don’t let racial issues destroy what has been painstakingly built:  Najib

August 30, 2010


KUALA LUMPUR,  Aug  30  –  Prime Minister,  Datuk Seri  Najib  Razak  said society should  not  allow  the  Malaysian way of life, which is based upon diversity and   moderation, to be undermine by extreme  attitudes which manifest themselves  through  racial  and  religious issues.

“Everything which we have achieved, everything which we have built,  and  things which are dear to us, will be destroyed.

“We should, therefore, value the prevailing peace, harmony and stability in the country,” Najib (picture) said in his message in conjunction with the 53rd National Day tomorrow.

He also said that the time had come for the current generation to take the lead to propel the country to greater heights. Saying that the real challenge for Malaysians today was to transform the country to become a developed and high-income nation by the year 2020, Najib said, the government had put in place strong foundations in the form of the Government Transformation Plan and Economic Transformation Plan to achieve the objective.

Najib said the success achieved in transforming Malaysia from that of a low-income and agricultural-based country into a medium-income industrialised country was due to the commitment, planning and  diligence of the government, along with the people, in holding fast to the philosophy of being  constantly ahead of the curve of transformation and changes.

“Refusing to be contented with the status quo, and out of sheer determination, our forefathers took Malaysia from one success to another.

“Today, it is our turn to lead Malaysia to greater heights of progress and prosperity. The question is, are we courageous enough to break away from tradition and achieve the extraordinary?” said the prime minister.

Looking back into the struggle of the country’s past leaders, Najib said the nation’s forefathers had never felt satisfied with what the country had at that time and had striven hard to overcome no matter how big the challenges were.

“They constantly seek and work to create a better future for the country and its people,” he said.

The prime minister also said that each Malaysian citizen was crucial to the country’s development and that he or she had the capability to contribute towards the nation’s prosperity and well-being. The time had also come for the country to fully utilise local talents, he said.

“It will be a huge loss to the country if the talents, whom we have painstakingly nurtured, migrate in search of a greener pasture just because of our failure to provide the conducive environment for them to contribute,” he said.

He added that globalisation not only allowed for easy flow of capital and technology across the borders but also the flow of human capital. Najib said that to create a better future, Malaysia should safeguard national unity, saying it had been the country’s pillar of peace and stability. 

It was for this reason, he said, that the basis of integration among the Malaysian people should be built upon shared values as spelled out in the national ideology or Rukun Negara and enshrined in the constitution.

Najib also said that the government was truly committed to defending the country’s and sovereignty within the framework of legal instruments and based on its own strength to face threats either from within or outside the country.

“Please remember that Malaysia is our homeland; this is the place where we were born, the place where we grow up, where we find our livelihood, a place where we find happiness and where we shall be laid to rest,” he said.

In conjunction with the National Day, he called on Malaysians to renew their commitment and strengthen their resolve to make Malaysia the best country.

“For the sake of our children’s future, we must defend the survival of our country. Let us not break what is intact,” he said. – Bernama

Excerpted from http://www.themalaysianinsider.com

Friday, August 27, 2010

Khas Untuk
Semua Pengunjung  
mykajanghighschool.blogspot.com 
serta 
Seluruh Rakyat Malaysia


Ucapan Tulus Ikhlas dan Salam Takzim 
daripada

  Pengetua, 
Guru-Guru, Semua Kakitangan Sokongan
dan
Pelajar-Pelajar SMK Tinggi Kajang
TITAH
SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG AL-WATHIQU BILLAH TUANKU MIZAN ZAINAL ABIDIN IBNI AL-MARHUM SULTAN MAHMUD AL-MUKTAFI BILLAH SHAH 
SEMPENA SAMBUTAN ULANG TAHUN KEMERDEKAAN NEGARA KALI KE-53 
TAHUN 2010

Bismillahir Rahmannir Rahim, Al-hamdulillahi Rabbil „Alamin, Wabihi Nasta‟in.
Assalamualaikum Warahmatullaahi Wabarakaatuh dan salam sejahtera. 
 
1. Beta merafakkan kesyukuran ke hadrat Allah Subhanahu Wata‟ala atas limpah dan kurnia-Nya, dapat Beta dan seluruh rakyat menyambut dan meraikan Ulang Tahun Kemerdekaan Negara Kali Ke-53. Sesungguhnya, ulang tahun kemerdekaan negara pada tahun ini begitu besar maknanya kepada seluruh rakyat Malaysia. Kita telah berjaya mentadbir negara yang tercinta ini dengan baik mengikut acuan dan kemampuan kita sendiri tanpa bergantung kepada negara luar.
 
2. Oleh itu, besarlah harapan Beta agar seluruh rakyat Malaysia, khususnya warga pendidik dan murid dapat menghayati dan menginsafi erti kemerdekaan yang telah dinikmati lebih dari setengah dekad. Dengan ini, Beta berharap agar kemerdekaan ini dapat diisi dengan segala rancangan dan program pembangunan yang dilaksanakan oleh kerajaan demi kecemerlangan bangsa dan negara yang tercinta. 
 
3. Sukacita Beta mengingatkan bahawa usaha-usaha mempertahankan kemerdekaan negara yang tercinta ini merupakan cabaran utama kepada seluruh rakyat Malaysia, khususnya murid-murid supaya dapat menjadi generasi pewaris yang berketerampilan dan mempunyai jati diri untuk menepis masalah kebejatan sosial. Beta percaya bahawa kesinambungan kecemerlangan bangsa dapat direalisasikan oleh generasi pada hari ini hasil daripada sahsiah yang terpuji.
 
4. Sehubungan dengan itu, bersempena Sambutan Ulang Tahun Kemerdekaan Negara Yang Ke-53, Beta menyeru warga pendidik dan murid agar dapat menghayati makna yang terkandung dalam Rukunegara. Sesungguhnya, prinsip-prinsip Rukunegara merupakan asas penting perpaduan yang mesti menjadi pegangan dalam memastikan kelangsungan kemakmuran dan keharmonian hidup di negara yang merdeka dan tercinta ini. 
 
5. Oleh hal yang demikian, Beta amat berharap agar murid-murid hari ini mampu menjadi harapan bangsa dan negara, seterusnya dapat menghindarkan perkara-perkara yang boleh mengganggu gugat kemerdekaan dan keamanan dalam kalangan masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa, bahasa, agama dan budaya. Sehubungan dengan itu, kecemerlangan murid-murid dalam aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sahsiah perlu dititikberatkan dalam usaha melahirkan warganegara yang mampu mendukung aspirasi negara.

6. Pemahaman terhadap ciri-ciri pembinaan negara bangsa Malaysia yang telah dipersetujui oleh generasi terdahulu hendaklah difahami dan diteladani dengan sebaik-baiknya oleh seluruh rakyat, khususnya murid-murid. Sesungguhnya, pemahaman terhadap ciri-ciri pembinaan negara bangsa Malaysia seperti yang dilaung-laungkan oleh kerajaan melalui konsep 1Malaysia hendaklah diperteguh dan menjadi asas perpaduan dalam kalangan generasi kini. Keupayaan membina negara bangsa bergantung kepada perkongsian nilai integriti, kebolehan, dedikasi dan kesetiaan.
 
7. Oleh hal yang demikian, Beta berharap dan menyeru seluruh warga pendidik supaya dapat mendidik dan membimbing murid-murid untuk menghayati dan memahami konsep 1Malaysia. Konsep ini selari dengan Perlembagaan Persekutuan dan prinsip-prinsip Rukunegara yang memberikan penekanan ke arah perpaduan rakyat yang lebih erat tanpa mengira perbezaan agama, bangsa dan budaya.

8. Beta juga bertitah agar seluruh rakyat Malaysia, khususnya warga pendidik dan murid supaya bersyukur dengan nikmat kemerdekaan negara yang telah dikecapi selama 53 tahun ini. Sebenarnya, kejayaan seluruh rakyat dalam memastikan kemerdekaan dan keharmonian negara selama 53 tahun berkat daripada semangat perpaduan. Oleh itu, semangat perpaduan yang utuh dalam kalangan murid semestinya terus disubur dan diperkasa menerusi proses pengajaran dan pembelajaran serta kegiatan kokurikulum di sekolah-sekolah.

9. Dalam hal ini, semangat patriotik hendaklah dimanifestasikan menerusi kesungguhan dalam menuntut ilmu pengetahuan. Oleh hal yang demikian, Beta berharap agar murid-murid berusaha dengan penuh gigih untuk menguasai pelbagai disiplin ilmu, terutama ilmu dalam bidang sains dan teknologi selari dengan hasrat negara untuk menjadi negara maju. Beta percaya murid-murid yang berilmu pengetahuan akan mempunyai fikiran yang luas, kreatif, inovatif, dan rasional. Modal insan minda kelas pertama yang kita lahirkan ini tentunya menjadi aset berguna kepada negara kerana murid-murid yang memiliki ciri-ciri tersebut dapat menjana kejayaan yang cemerlang, gemilang dan terbilang.
 
10. Penguasaan ilmu pengetahuan dalam pelbagai disiplin membolehkan generasi pewaris bangsa mempertahankan negara daripada penjajahan bentuk baharu seperti penjajahan minda, budaya dan ekonomi. Beta yakin kecemerlangan dalam aspek pendidikan dapat melonjakkan bangsa kita menjadi lebih berdaya saing dan dihormati di peringkat global. Oleh itu, segala dasar pendidikan yang dirangka perlu dilaksanakan dengan penuh komitmen sesuai dengan hasrat menjadikan negara kita sebagai pusat penyebaran ilmu. 
 
11. Selain itu, Beta menyeru agar warga pendidik dan murid-murid mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan. Sesungguhnya, amalan berbudi bahasa dalam kalangan rakyat Malaysia menjadi elemen penting dalam usaha melahirkan modal insan yang cemerlang. Keharmonian hidup yang berteraskan nilai berbudi bahasa juga menjadi faktor untuk menjamin negara ini muncul sebagai sebuah negara yang tersohor. Sejarah telah membuktikan bahawa bangsa yang berjaya ialah bangsa yang mempunyai peradaban yang tinggi dan bangsa yang mundur ialah bangsa yang tidak memiliki akhlak yang terpuji.

12. Beta juga merakamkan rasa bangga atas daya usaha kerajaan menerusi Kementerian Pelajaran Malaysia kerana kejayaan melaksanakan sub-Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang memberikan penekanan kepada kecemerlangan pendidikan untuk semua peringkat. Kecemerlangan ini dapat dicapai melalui usaha memperluas akses kepada pendidikan yang bermutu dan berkemampuan secara konsisten. Oleh itu, Beta menyeru warga pendidik dan murid agar menggunakan semua peluang yang ada untuk mencipta kejayaan yang gemilang.
 
13. Kecemerlangan sesuatu bangsa ialah hasil daripada rakyatnya yang berilmu. Beta ingin menyeru kepada rakyat khususnya murid-murid supaya menuntut ilmu dalam usaha mempertingkat potensi diri untuk bersaing di peringkat antarabangsa. Impaknya, negara akan mempunyai bangsa yang mempunyai ketinggian ilmu dan dihormati oleh rakan dan seteru. Inilah kelebihan ilmu, selaras dengan sabda Nabi Muhammad Sallallahu ‟Alaihi Wasallam yang bermaksud “Menuntut ilmu itu wajib bagi lelaki dan perempuan”. Warga pendidik dan murid-murid sekalian,
 
14. Pada hari ini, pelbagai musibah melanda dunia akibat daripada kesilapan yang dilakukan oleh manusia yang tidak bertanggungjawab. Alhamdulillah, negara kita terselamat dan terpelihara daripada bencana alam seperti ribut taufan, banjir besar dan gempa bumi. Begitu juga halnya dengan kemelesetan ekonomi yang melanda, dapat kita tangani dengan baik berkat daripada dasar ekonomi negara yang mantap. Tempias daripada kegawatan ekonomi tidak melemahkan semangat kita untuk terus memberikan keutamaan dalam memajukan bidang pendidikan di negara kita atas kesedaran bahawa masyarakat yang berilmulah yang mampu memajukan dan mengharumkan nama negara. Justeru, Beta menyeru semua pendidik dan murid agar memainkan peranan masing-masing dalam usaha memartabatkan negara di persada dunia. Hal ini bertepatan dengan peribahasa Melayu yang berbunyi kuat ketam kerana sepitnya, kuat manusia kerana ilmunya.

15. Oleh itu, besarlah harapan Beta pada saat seluruh warga Malaysia menyambut dan meraikan ulang tahun kemerdekaan ini, warga pendidik dan murid-murid dapat bersama-sama beriltizam untuk melaksanakan usaha-usaha ke arah memastikan negara kita terus kekal merdeka. Kejituan semangat dan iltizam dalam kalangan rakyat perlu dilestarikan. Beta yakin sekiranya kita sentiasa mengatur langkah sederap, seia dan sekata maka anasir luar yang sentiasa mengintai peluang untuk mempengaruhi rakyat dengan pelbagai taktik dan strategi yang memesong pemikiran rakyat dapat ditangkis. Oleh itu, tema ulang tahun kemerdekaan pada tahun ini, iaitu “1Malaysia: Menjana Transformasi” hendaklah dihayati supaya menjadi satu matlamat yang lebih realistik dan holistik. Dalam hal ini, Beta menyeru supaya kita bersama-sama sentiasa bersedia membuat anjakan paradigma ke arah kebaikan. 
 
Akhir titah, Selamat Menyambut Hari Ulang Tahun Kemerdekaan Malaysia Yang Ke-53. Sekian, Wabillahi Taufiq Walhidayah, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
PERUTUSAN HARI KEMERDEKAAN 
YAB TAN SRI DATO’ HJ MUHYIDDIN BIN HJ MOHD YASSIN
TIMBALAN PERDANA MENTERI 

MERANGKAP MENTERI PELAJARAN MALAYSIA
BERSEMPENA SAMBUTAN ULANG TAHUN KEMERDEKAAN NEGARA KE-53 
TAHUN 2010

Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam 1Malaysia.

1. Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Ilahi, kerana dengan limpah kurnia-Nya, kita masih dapat menyambut ulang tahun kemerdekaan negara ke-53 dalam suasana yang aman dan harmoni. Saya amat berharap agar sambutan ulang tahun kemerdekaan ini dapat dihayati oleh semua guru dan murid di setiap peringkat umur dan daripada pelbagai kaum serta latar belakang. Semoga ulang tahun kemerdekaan kali ini akan dapat membangkitkan rasa cinta kita kepada bangsa dan negara, serta turut membangkitkan rasa syukur dan insaf mengenai erti sebenar kemerdekaan yang kita kecapi selama ini.

2. Kita harus bersyukur kerana hari ini kita tidak lagi dijajah sebagaimana dahulu, dan kita juga berupaya menentukan pentadbiran negara kita sendiri. Namun begitu, jika kita tidak berhati-hati dan asyik bertelagah sesama sendiri, keharmonian dan kebebasan yang kita nikmati pada hari ini tentunya tidak akan bertahan lama. Maka saya amat mengharapkan agar murid-murid sekalian selaku bakal pemimpin di masa hadapan dapat terus bersatu padu demi menjaga warisan kemerdekaan negara kita.

Guru-guru dan murid-murid yang dikasihi,

3. Tema sambutan ulang tahun kemerdekaan negara pada tahun ini “1Malaysia: Menjana Transformasi” amat kena pada masanya. Ini memandangkan negara kita kini sedang mengalami arus perubahan ke arah menjadi sebuah negara maju menjelang tahun 2020. Sebagai rakyat, kita semua perlu mempersiapkan diri dengan ilmu pengetahuan serta kemahiran yang tinggi bagi menghadapi perubahan ini.

4. Gagasan 1Malaysia yang telah digerakkan di bawah kepimpinan Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak, merupakan satu usaha bersepadu bagi tujuan memupuk perpaduan di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan latar belakang. Ianya adalah berteraskan nilai-nilai penting yang seharusnya menjadi amalan setiap rakyat Malaysia. Saya yakin penghayatan terhadap gagasan 1Malaysia ini akhirnya akan membawa perubahan yang positif kepada seluruh rakyat dan negara.

5. Sejarah telah membuktikan bahawa perpaduan amat penting dalam usaha mengekalkan keamanan negara. Apabila tidak ada semangat bersatu padu, bukan sahaja negara, bahkan tamadun yang hebat juga akan turut musnah sebagaimana yang terjadi kepada tamadun Islam Uthmaniah di Turki dan Dinasti Ming di China pada suatu masa dahulu. Oleh yang demikian, adalah menjadi tanggungjawab kita bersama untuk memupuk semangat bersatu padu dan kekitaan bagi menjamin kemerdekaan negara ini dapat dikekalkan. Perpaduan jugalah yang akan membantu menjamin kestabilan dan kemakmuran negara kita agar kemajuan dan pembangunan yang lebih pesat dapat dicapai dan seterusnya memastikan kualiti hidup rakyat Malaysia dapat ditingkatkan menjelang tahun 2020.

6. Dalam usaha mengekalkan kemerdekaan yang kita nikmati kini, negara amat memerlukan rakyat yang memiliki ciri-ciri insan yang unggul dan cemerlang. Dalam usaha melahirkan insan yang sedemikian, sewajarnya nilai-nilai 1Malaysia seperti budaya kecemerlangan, ketabahan, rendah hati, penerimaan, kesetiaan, meritokrasi, pendidikan dan integriti dihayati serta diamalkan oleh setiap rakyat Malaysia dalam menjalani kehidupan di zaman ini. Saya yakin nilai-nilai murni ini mampu membentuk rakyat Malaysia ke arah berfikir dan melakukan tindakan yang menjurus kepada kepentingan negara. Saya juga percaya rakyat yang berjiwa 1Malaysia mampu membawa satu lonjakan yang gemilang untuk negara kita.

7. Sebagai sebuah institusi yang bertanggungjawab secara langsung dalam memupuk perpaduan melalui proses pendidikan di kalangan generasi muda yang bakal mewarisi kepimpinan negara, Kementerian Pelajaran sentiasa melakukan usaha berterusan bagi memastikan matlamat menyatupadukan pelbagai kaum di negara ini dapat dicapai. Melalui dasar-dasar baru yang diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran, serta pelbagai program dan aktiviti yang dijalankan, menjurus kepada usaha memupuk perpaduan di kalangan murid-murid sejak di peringkat awal persekolahan lagi.

8. Saya percaya murid-murid daripada pelbagai kaum dan latar belakang tidak menghadapi masalah untuk belajar bersama-sama di dalam satu bilik darjah, bersama-sama menyertai acara sukan dan kokurikulum, serta bersama-sama menyokong pasukan rumah sukan masing-masing tanpa mengira perbezaan warna kulit. Penglibatan murid-murid daripada pelbagai kaum dalam aktiviti-aktiviti sebegini sememangnya memberi ruang yang cukup banyak kepada mereka untuk berinteraksi secara langsung dan seterusnya mewujudkan persefahaman di antara mereka. Perpaduan sebenarnya telah pun terjalin di kalangan murid-murid melalui aktiviti-aktiviti ini secara tidak langsung dan tanpa kita sedari. Inilah yang perlu terus dipupuk dan dijaga dengan sebaik mungkin kerana murid-murid merupakan bakal pemimpin negara satu hari nanti. Pihak sekolah dan guru-guru perlulah menggunakan kebijaksanaan serta lebih kreatif dalam menyusun aktiviti-aktiviti di dalam dan di luar bilik darjah, serta menjurus kepada penglibatan semua murid agar matlamat untuk pemupukan perpaduan dapat dicapai. Selain itu, murid-murid juga perlu terus belajar dan menguasai pelbagai bidang ilmu serta kemahiran agar dapat membantu mewujudkan sebuah negara yang maju serta dihormati di seluruh dunia.
Guru-guru dan murid-murid sekalian,

9. Sambutan ulang tahun kemerdekaan pada tahun ini turut membawa semangat baharu kepada Kementerian Pelajaran dalam memberikan tumpuan kepada empat sub-Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) sebagai penjana transformasi pendidikan. Ianya merangkumi usaha meluaskan dan memantapkan pendidikan prasekolah, meningkatkan kadar literasi dan numerasi, mewujudkan sekolah berprestasi tinggi serta mengiktiraf pengetua dan guru besar yang menunjukkan prestasi cemerlang. Matlamat bagi semua usaha ini adalah untuk memastikan murid-murid dapat belajar secara optimum mengikut kemampuan mereka masing-masing, dan seterusnya dapat memberikan sumbangan yang bermakna kepada masyarakat serta negara satu hari nanti hasil daripada pendidikan yang diperoleh pada hari ini.

10. Kejayaan usaha-usaha di atas akan turut menjadi pengukur kejayaan dan prestasi Kementerian Pelajaran secara keseluruhannya. Oleh itu, saya berharap agar para guru sentiasa bersedia untuk menjadi penggerak kepada transformasi pendidikan ini. Guru-guru perlulah sentiasa berusaha menambah baik kualiti pengajaran dan pembelajaran, berusaha merapatkan jurang pencapaian murid tanpa mengira latar belakang kaum dan sosio-ekonomi, dan sentiasa bertindak ke arah membantu meningkatkan prestasi sekolah dalam semua bidang. Guru-guru juga perlu ikhlas dalam mendidik murid-murid dengan bertunjangkan matlamat pembinaan negara bangsa, serta menjunjung aspirasi perpaduan selaras dengan semangat dan cita-cita 1Malaysia.
Guru-guru dan murid-murid yang dikasihi sekalian,

11. Sempena sambutan Hari Kemerdekaan ini juga, marilah sama-sama kita memperingati sumbangan, perjuangan dan pengorbanan pemimpin-pemimpin yang terdahulu seperti Panglima Rentap, Tok Janggut, Dato’ Bahaman, Dato’ Onn Jaafar, Tunku Abdul Rahman, Tun Tan Cheng Lock dan Tun Sambanthan. Tokoh-tokoh ini telah berjaya meletakkan asas-asas penting kepada pembinaan sebuah negara bangsa yang merdeka dan bersatu padu sehingga kita dapat mencapai pelbagai kejayaan pada hari ini.

12. Keberanian dan kecekalan tokoh-tokoh pejuang kemerdekaan ini wajar kita hayati dan hargai. Sifat kepahlawanan mereka telah membawa kebebasan kepada kita hari ini untuk mencorakkan masa depan negara kita yang tercinta. Telah tiba masanya kini untuk kita pula menyambung perjuangan mereka dalam mengekalkan keamanan dan kemerdekaan negara. Kita juga perlu mempertahankan kedaulatan tanah air kita ini dengan sebaik mungkin agar anak-anak dan generasi seterusnya akan turut dapat mengecapi kebebasan seperti mana yang kita miliki sekarang. Janganlah nanti kita pula yang menjadi penyebab kehilangan kebebasan ini untuk dinikmati oleh generasi masa hadapan. Saya menyeru agar murid-murid sekalian dapat menghayati dan memahami erti kemerdekaan ini dengan penuh keinsafan. Hanya dengan cara ini sahaja, barulah anda semua mampu menggalas tanggungjawab dalam menjadikan kemerdekaan ini milik kita selama-lamanya.

13. Akhir kata, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat menyambut Ulang Tahun Kemerdekaan Negara Ke-53 kepada semua warga pendidik dan murid-murid di seluruh negara. Marilah kita sama-sama bersatu hati serta berusaha mengekalkan kemerdekaan ini demi kemakmuran dan kegemilangan negara, tanpa mengira kaum dan warna kulit, dan dengan semangat perpaduan yang jitu.

“1Malaysia: Menjana Transformasi”

“MERDEKA, MERDEKA, MERDEKA”

Sekian, Wabillahitaufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
PERUTUSAN Y.BHG. TAN SRI DATO’ HAJI ALIMUDDIN BIN HAJI MOHD. DOM
KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA
BERSEMPENA SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN KE-53 TAHUN 2010

Bismillahirahmanirrahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Sempena Hari Kemerdekaan ke-53, marilah kita memanjatkan rasa kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah rahmat-Nya kita dapat menyambut hari kemerdekaan. Tema sambutan hari kemerdekaan pada tahun ini ialah 1Malaysia: Menjana Transformasi. Maka perpaduan kaum adalah penting untuk membina sebuah negara bangsa yang aman dan sejahtera.

Perpaduan yang kita kecapi ini tidak ternilai harganya bagi memastikan pembangunan modal insan yang kamil dan seimbang. Kementerian Pelajaran Malaysia sedang berusaha melaksanakan transformasi kurikulum kebangsaan yang menuntut guru-guru menyesuaikan diri dengan perubahan baharu itu bagi merealisasikan hasrat murni tersebut. Transformasi kurikulum kebangsaan bermatlamat untuk melahirkan insan yang berilmu, berkualiti dan berketerampilan dalam apa-apa bidang sekalipun demi pembangunan bangsa dan negara. Kelahiran modal insan yang cemerlang menuntut kerjasama dan persefahaman antara pendidik dengan anak didik. Oleh hal yang demikian, guru selaku pendidik yang berwibawa perlu melengkapkan diri dengan ilmu dan kemahiran terkini. Anak didik pula perlu lebih berusaha untuk mencapai kecemerlangan dalam pendidikan. Kecemerlangan yang kita raih berupaya melahirkan modal insan yang memiliki minda kelas pertama yang dapat meneruskan kegemilangan bangsa setelah 53 tahun negara kita mencapai kemerdekaan.

Kementerian Pelajaran Malaysia telah melaksanakan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang merupakan transformasi dalam sistem pendidikan negara. Sesungguhnya dasar pendidikan negara kita berpandukan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang bermatlamat untuk melahirkan insan yang kamil dan seimbang. Justeru dalam mencapai matlamat melahirkan modal insan yang akan mengisi keperluan untuk memajukan ekonomi negara pada masa hadapan, kita bukan sahaja menekankan aspek penguasaan ilmu dan kemahiran tetapi juga keterampilan dan keperibadian insan yang mulia. Oleh itu, murid-murid perlulah berusaha untuk menjadi pelajar yang mampu menghadapi cabaran transformasi ini. Seterusnya YAB Perdana Menteri Malaysia menjadikan perluasan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan sebagai salah satu daripada enam bidang yang terkandung dalam NKRA. Pengenalan NKRA Pendidikan ialah sebahagian daripada proses transformasi dalam sistem pendidikan negara yang akan melonjakkan lagi kecemerlangan pendidikan di negara ini yang meliputi kawasan bandar mahupun luar bandar . Dengan langkah ini, sistem pendidikan di negara kita akan terus berkembang dan memberikan keuntungan kepada rakyat Malaysia. Seperkara lagi, pada akhir tahun 2012, Kementerian Pelajaran Malaysia ingin memastikan semua murid normal boleh menguasai asas kemahiran literasi dan numerasi selepas tiga tahun mengikuti pendidikan rendah, memperbanyak sekolah berprestasi tinggi dan memperkenalkan tawaran baru (bai’ah) kepada pemimpin sekolah dengan hasrat untuk meningkatkan profesionalisme dalam pengurusan dan kecemerlangan sekolah. Program LINUS dilaksanakan dengan membawa niat murni Kementerian Pelajaran Malaysia untuk memastikan pendidikan yang diberikan menerusi sistem sedia ada mampu menjadikan kanak-kanak di negara ini, menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira dalam tempoh tiga tahun selepas memasuki gerbang persekolahan sekolah rendah.

Guru-guru dan murid-murid yang dikasihi,

Sebagai pewaris kepimpinan negara, murid-murid perlu melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu yang berfaedah dan mengelakkan diri daripada gejala sosial. Murid-murid perlu berfikiran positif dan memperkasakan jati diri bagi menjamin kecemerlangan hidup pada masa depan. Justeru, peranan guru adalah untuk memastikan murid-murid berakhlak mulia dan mempunyai sahsiah diri terpuji. Keunggulan diri murid-murid ini dapat menghindarkan murid-murid daripada terjebak dalam gejala sosial yang semakin berleluasa sejak akhir-akhir ini. Di samping itu, semangat patriotik juga mesti dipupuk sejak murid-murid di sekolah rendah lagi. Saya berharap agar perpaduan kaum dapat disemai dalam jiwa anak didik kita melalui bahasa Kebangsaan iaitu bahasa Melayu. Oleh itu, kita perlu memartabatkan bahasa Melayu kerana bahasa pakaian bangsa. Dalam usaha memartabatkan bahasa Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka merupakan badan utama yang memainkan peranan yang amat penting dalam memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan. Bertitik tolak daripada hal tersebut, kita perlu bekerja keras bagi mempersadakan bahasa Melayu ke mercu dunia. Pencapaian yang cemerlang oleh murid-murid memerlukan pembacaan yang luas. Membaca jambatan ilmu, maka murid-murid perlu memupuk sikap suka membaca pada diri masing-masing kerana bangsa membaca, bangsa berjaya. Hal ini bermakna guru selaku pendidik juga perlu melengkapkan diri dengan ilmu dan mempunyai pemikiran yang kreatif serta inovatif. Sebagai guru, mereka berupaya menterjemah idea di sebalik transformasi kurikulum nasional bergagaskan konsep 1Malaysia kepada amalan pengajaran yang lebih bermakna di kelas agar anak didik berada dalam suasana pembelajaran yang menyeronokkan. Menyedari minat membaca murid semakin bertambah, Kementerian Pelajaran Malaysia memperkenalkan Program Kem Membaca 1Malaysia sebagai kesinambungan program NILAM yang dijalankan dengan bermatlamat memupuk semangat membaca bagi melahirkan rakyat Malaysia yang progresif dan dinamik. Kerajaan mahu merealisasikan hasrat negara sebagai negara maju seiring dengan pembangunan minda masyarakatnya tanpa mengira kaum dan geografi tempat tinggal mereka.

Secara umumnya dalam pendidikan rendah dan menengah, bidang pendidikan mencakupi kurikulum dan kokurikulum amat penting dan mestilah seiring bagi mengembangkan idea dan pemikiran pelajar. Badan yang cergas dan otak yang cerdas, memerlukan kepintaran intelek, kebolehan memimpin, bekerjasama dan sabar menghadapi cabaran hidup. Seterusnya aktiviti kokurikulum ini memberikan peluang kepada pelajar untuk terus bergiat dalam sukan dan sememangnya ini menyumbang 10 peratus untuk memasuki Institusi Pengajian Tinggi (IPT) bagi pelajar sekolah menengah dan Sekolah Berasrama Penuh (SBP) bagi sekolah rendah. Usaha ini dapat mengurangkan masalah salah laku dalam kalangan murid apabila mereka aktif bersukan.

Warga sekolah yang dikasihi,

Pendidikan alam sekitar merupakan tanggungjawab guru dalam melahirkan murid yang cinta akan anugerah Tuhan yang tidak ternilai harganya. Kemerdekaan yang kita kecapi tidak akan sempurna sekiranya alam sekitar tercemar. Oleh itu, guru haruslah memikul amanah bagi melahirkan murid yang cinta akan alam sekitar. Hal ini demikian kerana mereka merupakan aset negara pada masa hadapan. Maka didiklah mereka untuk mencintai alam sekitar yang semakin tercemar supaya kita terhindar daripada bencana alam. Kita perlu bersama-sama berusaha untuk memelihara alam ciptaan Tuhan supaya menjadi warisan untuk generasi akan datang. Tema 1Malaysia: Menjana Transformasi diharapkan menjadi penyemarak semangat kepada semua warga pendidik dan murid untuk mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik dan dapat mengeratkan hubungan antara kaum, bagai aur dengan tebing. Maka kerjasama dan sikap saling menghormati antara semua kaum di Malaysia perlu dikekalkan supaya negara akan sentiasa aman, damai dan harmoni. Marilah kita bersama-sama menghayati tema kemerdekaan dengan penuh kesedaran demi negara kita yang tercinta. Saya berdoa agar nikmat kemerdekaan yang kita kecapi akan berterusan.

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN NEGARA YANG KE- 53.

Sekian, Wabillahi Taufik Walhidayah, Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh 
Putrajaya 31 Ogos 2010

Tuesday, August 17, 2010

KPM Jawab Lagi 'Tohmahan' Terhadap Guru Cemerlang 'Percuma'

Berita Harian bertarikh 09 Ogos 2010 – JEMAAH NAZIR WAJAR SEMAK GURU CEMERLANG



Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk kepada Surat Pembaca “Bekas Guru, dalam ruangan Surat Kepada Pengarang akhbar Berita Harian bertarikh 09 Ogos 2010 – Jemaah Nazir wajar semak guru cemerlang”.
 
Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK) merupakan bahagian di KPM yang diamanahkan untuk mentadbir urus hal berkaitan penilaian calon guru cemerlang dan pemantauan guru cemerlang yang dilantik. Sepanjang JNJK diberikan tanggungjawab itu, tiada seorang guru pun yang terlepas daripada penilaian sebelum dilantik sebagai guru cemerlang.
 
Dakwaan bahawa sesetengah guru memperoleh markah begitu tinggi dalam Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) asalkan menjalin hubungan yang baik dengan penilai adalah tidak tepat dan berasaskan andaian semata-mata.
 
Selain NPT, aspek-aspek lain yang dinilai oleh pihak JNJK terhadap calon guru cemerlang ialah keterampilan profesional, pengurusan kurikulum, peranan dalam aktiviti bukan akademik, keperibadian dan penglibatan guru itu dalam bidang kepakarannya di peringkat antarabangsa, negara, daerah dan sekolah.
 
Dalam melaksanakan tanggungjawab menilai seseorang calon guru cemerlang, JNJK sentiasa menegaskan agar setiap nazir yang terlibat sepanjang proses penilaian melaksanakan tugas itu secara beretika, bersikap profesional dan memberi keutamaan kepada kualiti kerja calon. Nazir penilai juga akan menemu bual pengetua atau guru besar, guru-guru penolong kanan, ketua panitia, guru-guru dan murid-murid bagi mengesahkan kepakaran calon guru cemerlang.
 
Data kekosongan kuota guru cemerlang gred DG44 di sekolah rendah dan menengah yang diberikan juga tidak tepat. Kuota kekosongan seperti yang diiklankan pada 25 Jun 2010 bagi gred DG44 sekolah rendah adalah 1531 manakala di sekolah menengah pula ialah 476.
 
Saranan Bekas Guru supaya kuota guru cemerlang gred DG44 lebih banyak di sekolah rendah berbanding di sekolah menengah adalah tidak bersesuaian kerana pada masa sekarang bilangan guru DG41 adalah lebih ramai di sekolah menengah. Data kuota terkini guru cemerlang DG44 di sekolah menengah ialah 5379 dan di sekolah rendah pula ialah 7137.
 
KPM juga menafikan dakwaan guru cemerlang kerap kali menghadiri mesyuarat bagi mempersiapkan diri untuk menyediakan dokumentasi dan kajian. Mereka menghadiri mesyuarat adalah untuk meningkatkan tahap profesionalisme serta merancang program dan aktiviti membantu guru-guru lain dalam aspek pengajaran dan pembelajaran.
 
JNJK amat prhatin dengan isu-isu berkaitan kualiti guru cemerlang yang sedia ada. Pengetua dan guru besar turut bertanggungjawab untuk memastikan guru cemerlang yang telah dilantik di bawah seliaan mereka berupaya mengekalkan kecemerlangan selaras dengan bidang dan kepakaran mata pelajaran guru-guru berkenaan.
 
 
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Saturday, August 14, 2010

Do We Have The Right Teachers As Educators? - KPM Beri Jawapan

The Star bertarikh 9 Ogos 2010 – DO WE HAVE THE RIGHT TEACHERS AS EDUCATORS?



Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk kepada Surat Pembaca “Dr S. Nahesan, Muar, Johor, dalam ruangan Surat Kepada Pengarang akhbar The Star bertarikh 9 Ogos 2010 – “Do we have the right teachers as educators?”.
 
Untuk makluman, KPM sentiasa memastikan guru-guru yang dilantik memenuhi syarat dan kriteria yang ditetapkan. Sehingga kini terdapat seramai 400,000 orang guru di seluruh Malaysia. Setiap tahun juga KPM menerima lebih 175,000 permohonan untuk menyertai profesion keguruan.  Kerajaan juga akan melancarkan kempen profil tinggi untuk meningkatkan kesedaran tentang keguruan sebagai profesion yang berprestij yang mana hanya calon cemerlang akan diterima dalam profesion ini.
 
Bagi mengekalkan kualiti guru yang dikeluarkan, Bahagian Pendidikan Guru berperanan memastikan guru-guru yang dihasilkan oleh Institut Pendidikan Guru (IPG) akan kekal berkualiti melalui Kursus Dalam Perkhidmatan. Setakat ini kursus-kursus yang dilaksanakan oleh BPG melalui Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) berfokus untuk memenuhi dasar-dasar baru Kementerian Pelajaran Malaysia seperti Program Memartabatkan Bahasa Melayu-Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI), Transformasi Kurikulum dan Prasekolah. Bahagian ini juga menggunakan modus operandi secara pembangunan profesionalisme berasaskan sekolah bagi kursus-kursus yang dikenalpasti oleh sekolah sendiri mengikut keperluan guru mereka.
 
Untuk keberkesanan dalam pengajaran dan pembelajaran (p&p), Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah akan diganti dengan Kurikulum Standard Sekolah Rendah pada 2011 dan diikuti dengan kurikulum baru untuk sekolah menengah. Melalui ini, setiap pelajar diberi peluang untuk melalui proses pembelajaran mengikut kemampuan sendiri, memupuk sikap bertanggungjawab dan kurikulum ini juga akan menekankan kreativiti, inovasi dan keusahawanan merentasi semua mata pelajaran.
 
 
CORPORATE COMMUNICATION UNIT
MINISTRY OF EDUCATION MALAYSIA

Tetapkan Cuti Sabtu, Ahad - KPM Beri Penjelasan

Berita Harian bertarikh 22 Julai 2010 – TETAPKAN CUTI SABTU, AHAD




Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk kepada Surat Pembaca “Norhisyam Mohamad, Kuala Kedah, dalam ruangan Surat Kepada Pengarang akhbar Berita Harian bertarikh 22 Julai 2010 – “Tetapkan cuti Sabtu, Ahad”.

KPM telah pun memaklumkan kepada semua agensi-agensi di bawahnya iaitu Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah dan Sekolah-sekolah berkaitan Cuti Sabtu. Makluman tersebut disiarkan melalui surat siaran bertarikh 5 Disember 2005 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 8 tahun 2005. Surat siaran ini dikeluarkan ekoran daripada Surat Pekeliling Pentadbiran yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia melalui Surat Pekeliling Pentadbiran tahun 2005 dan isi kandungan surat tersebut menyatakan bahawa;

Sabtu Minggu Pertama dan Ketiga merupakan hari cuti bagi semua pekerja di agensi kerajaan mahupun agensi swasta. Manakala Sabtu minggu kedua dan keempat dibenarkan pihak agensi melaksanakan tugas mengikut keperluan.

Jelas sekali surat siaran tersebut tidak membenarkan kakitangan kerajaan mengadakan aktiviti atau program pada Sabtu minggu pertama dan ketiga. Pihak KPM juga telah mengeluarkan surat arahan kepada sekolah-sekolah yang masih ingkar agar mematuhi Arahan Pekeliling Pentadbiran berkaitan Cuti Hari Sabtu yang telah diwartakan. KPM boleh mengambil tindakan kepada pihak pengurusan sekolah sekiranya mengingkari arahan tersebut.

UNIT KOMUNIKASI KORPORAT

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Thursday, August 12, 2010

KPM Ulas Pandangan Terhadap Program NILAM

Berita Harian bertarikh 30 Julai 2010 – PROGRAM NILAM PATUT DIMANTAPKAN


Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk kepada Surat Pembaca “M Jasni Majed, Bukit Kapar, Selangor, dalam ruangan Surat Kepada Pengarang akhbar Berita Harian bertarikh 30 Julai 2010 – “Program NILAM patut dimantapkan”.
 
PROGRAM NILAM
 
NILAM terbahagi kepada dua tahap iaitu Tahap Jauhari dan Rakan Pembaca. Tahap Jauhari menggalakkan murid banyak membaca iaitu murid sekolah rendah membaca dari 90 buah buku hingga ke 360 buku ke atas dan murid sekolah menengah pula digalakkan membaca dari 72 buah buku  hingga 288 buah buku ke atas. Jumlah buku dikira secara kumulatif  dari murid mula bersekolah (di Tahun 1-6 dan Tingkatan 1-5) dan catatan buku yang dibaca hendaklah disimpan di dalam Buku Rekod Bacaan. Rekod Bacaan ini perlu disahkan oleh guru (sama ada guru kelas atau mata pelajaran) dan sekolah wajar memberikan pengiktirafan kepada murid.  Apabila aktiviti galakan membaca diberi pengiktirafan dan dipiawaikan melalui NILAM, masyarakat akan dimaklumi tentang klasifikasi  pengiktirafan ini.
Penganugerahan ini akan menjadi satu aset  dan pemangkin budaya suka membaca.  Antara ganjaran yang diperolehi murid adalah:
  • Skor markah rekod bacaan murid akan dimasukkan ke dalam Buku Rekod Kemajuan Murid  pada setiap akhir tahun.
  • Markah Rekod bacaan ini  dikira dari jangkamasa 6 tahun persekolahan peringkat Rendah dan 5 tahun persekolahan peringkat Menengah. 
  • Markah Rekod Bacaan ini akan dimasukkan ke dalam Sijil Berhenti apabila pelajar menamatkan persekolahannya.
  • Pihak sekolah juga wajar memberikan surat sokongan kepada murid yang layak menerimanya.
  • Murid yang telah mencapai rekod bacaan tertinggi di peringkat kebangsaan akan diberi Anugerah NILAM.
Sementara Rakan Pembaca pula memerlukan murid menjalankan aktiviti yang boleh menggalakkan orang lain membaca seperti aktiviti Bercerita, Sketsa dan Drama dari petikan buku, memberi Ulasan Buku, meminjamkan satu buku kepada lima orang, Forum atau Diskusi Buku dan  membacakan buku kepada penonton. Murid yang sudah membaca lebih dari 100 buah buku dan mereka layak dipilih ke tahap ini. Walaubagaimanapun, Tahap Jauhari masih perlu diteruskan.Murid yang melaksanakan aktiviti ini wajar diberikan markah Rakan Pembaca (iaitu 5 markah bagi setiap satu aktiviti).  Murid hendaklah menjalankan aktiviti yang boleh menarik minat orang lain membaca dan pelaksanaan aktiviti ini dibimbing oleh guru atau fasilitator untuk turut serta di tempat-tempat aktiviti. Guru-guru juga perlu membuat pengesanan kemajuan  aktiviti yang dijalankan murid.
 
Program NILAM mengalakkan murid membaca di mana jua walaupun selepas tamat waktu persekolahan. Walaubagaimanapun, satu masa membaca di Pusat Sumber Sekolah atau di sudut bacaan kelas wajar dimuatkan dalam jadual kelas terutamanya matapelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris untuk menjalankan aktiviti membaca. Ada juga waktu yang diperuntukkan untuk aktiviti PSS yang melibatkan pengajaran kemahiran membaca, contohnya aktiviti untuk Minggu Pusat Sumber, Minggu Bahasa atau mata pelajaran lain. Pelbagai sesi aktiviti bacaan perlu dimuatkan dengan aktiviti seperti Bicara Buku dan Bercerita. Murid meluangkan masa sekurang-kurangnya 10 minit semasa waktu perhimpunan mingguan untuk aktiviti membaca seperti membuat ulasan buku.
 
Dalam pelaksanaan Program NILAM, murid membaca sebanyak mungkin buku dan kemudian mencatatnya di dalam Buku Rekod NILAM. Buku-buku yang dimaksudkan ialah buku-buku berbentuk fizikal yang dipinjam dari Pusat Sumber Sekolah, Perpustakaan Awam ataupun yang mereka beli sendiri. Seiring dengan kepesatan teknologi, Program NILAM juga menggalakkan murid membaca buku-buku dalam bentuk digital yang boleh diperolehi dari Pusat Sumber Digital, e-book dan juga CD/DVD. Malah mereka juga boleh memuat turun bahan-bahan bacaan dari internet untuk mereka baca dan simpan sebagai koleksi peribadi mereka. Kepesatan perkembangan teknologi dewasa ini, menggalakkan penghasilan buku-buku berbentuk digital yang boleh ”membacakan” buku kepada pendengar dan boleh disimpan di dalam pemain muzik MP3 dan juga iPod semakin memudahkan generasi zaman ini. Semua ini semakin menolak alasan untuk menyatakan tidak ada masa untuk seseorang itu membaca.
 
Tidaklah menjadi satu kesalahan untuk murid mencatat sinopsis dari buku-buku Komponan Sastera (KOMSAS) yang dibaca ke dalam Buku Rekod NILAM. Guru yang menyemak buku rekod NILAM ini perlulah berhati-hati semasa mengesahkan pembacaan murid dan memastikan butiran yang ditulis oleh murid adalah betul. Ibubapa sendiri boleh mengesahkan pembacaan anak mereka sendiri.
 
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Tuesday, August 10, 2010

KERJA KURSUS & PROJEK SPM - PRINSIP PERAKAUNAN 3756/3 - TINGKATAN 4 (2010)

Khas untuk murid-muird Tingkatan 4D dan 4F SMK Tinggi Kajang
Untuk mendapatkan dokumen-dokumen Kerja Kursus & Projek SPM - Prinsip Perakaunan 3756/3 berikut;

1.  Contoh Tugasan 3756/3
2.  Contoh Tugasan 3756/3 Lampiran

Sila klik link berikut: http://cgnarzuki.com/

Saturday, August 7, 2010

JADUAL UJIAN SETARA 2 - 2010 - SMK TINGGI KAJANG

JADUAL UJIAN SETARA 2 - 2010
TINGKATAN 6 ATAS 
Hari/Tarikh Waktu Mata Pelajaran Kelas Masa
18 Ogos 2010 8.10 - 9.10 Pengajian Am Semua 1 Jam
RABU 9.15 - 9.35 Rehat Semua
10.00 - 11.00 Kesusasteraan Melayu 1 B 1 Jam
12.00 - 1.00 Geografi  A 1 Jam
12.00 - 1.00 Sejarah 1 B 1 Jam
12.00 - 1.00 Perakaunan CD 1 Jam
11.30 - 1.00 Chemistry EFGH 1 Jam 30 min
19 Ogos 2010 8.10 - 9.10 MUET 3 Semua 1 Jam
KHAMIS 9.15 - 9.35 Rehat Semua
9.40 - 10.40 Sejarah 2 B 1 Jam
11.25 - 12.25 Ekonomi ACD 1 Jam
11.25 - 12.25 Kesusasteraan Melayu 2 B 1 Jam
10.55 - 12.25 Physics EF 1 Jam 30 min
10.55 - 12.25 Biologi GH 1 Jam 30 min
20 Ogos 2010 8.10 - 9.10 Pendidikan Seni Visual 1 Jam
JUMAAT 9.15 - 9.35 Rehat
11.25 - 12.25 Bahasa Melayu AB 1 Jam
11.25 - 12.25 Pengajian Perniagaan CD 1 Jam
10.55 - 12.25 Matematik EFGH 1 Jam 30 min

JADUAL UJIAN SETARA 2 - 2010 - SMK TINGGI KAJANG

         Jadual Ujian Setara 2 / 2010
         Tingkatan 4
Tarikh Matapelajaran Waktu Tempoh Kelas
SELASA Bahasa Melayu 7.50-8.50 1 jam Semua
17 Ogos 2010 Sains 9.05-10.05 1 jam ABCD

Kimia 9.05-10.05 1 jam EFGH

Rehat 10.05-10.25
Semua

Mat. Tambahan 11.30-12.30 1 jam DEFGH

Pend. Seni 11.30-12.30 1 jam AB

Geografi 11.30-12.30 1 jam C
RABU Bahasa Inggeris 7.50-8.50 1 jam Semua
18 Ogos 2010 Tasawwur Islam 9.05-10.05 1 jam B

Prinsip Akaun 9.05-10.05 1 jam DF

Luk. Kejuruteraan 9.05-10.05 1 jam E

Biologi 9.05-10.05 1 jam GH

Rehat 10.05-10.25
Semua

Matematik 11.30-12.30 1 jam Semua
KHAMIS Tek. Kejuruteraan 7.50-8.50 1 jam E
19 Ogos 2010 Perdagangan 7.50-8.50 1 jam ABCD

Bahasa Tamil 9.00-10.00 1 jam POL

Rehat 10.00-10.20
Semua

Fizik 10.20-11.20 1 jam EFGH

Pendidikan Islam  11.30-12.30 1 jam Semua

Pendidikan Moral 11.30-12.30 1 jam Semua
JUMAAT Ekonomi Asas 8.50-9.50 1 jam CD
20 Ogos 2010 Rehat 9.50-10.10
Semua

Sejarah 11.30-12.30 1 jam Semua






Tingkatan 5
Tarikh Matapelajaran Waktu Tempoh Kelas
SELASA Bahasa Melayu 7.50-8.50 1 jam Semua
17 Ogos 2010 Sains 9.25-10.25 1 jam ABCD

Kimia 9.25-10.25 1 jam EFGH

Rehat  10.25-10.45 Semua
Sejarah 11.30-12.30 1 jam Semua
RABU Bahasa Inggeris 7.50-8.50 1 jam Semua
18 Ogos 2010 Tasawwur Islam  9.25-10.25 1 jam B
Prinsip Akaun 9.25-10.25 1 jam DF

Luk. Kejuruteraan 9.25-10.25 1 jam E

Biologi 9.25-10.25 1 jam GH
Rehat 10.25-10.45 Semua
Matematik 11.30-12.30 1 jam Semua
Tek. Kejuruteraan 7.50-8.50 1 jam E
KHAMIS Ekonomi Asas 9.00-10.00 1 jam CD
19 Ogos 2010 Fizik 9.00-10.00 1 jam EFGH
Rehat  10.00-10.20 Semua
Bahasa Tamil 10.20-11.20 1 jam POL
Pendidikan Islam  11.30-12.30 1 jam Semua
Pendidikan Moral 11.30-12.30 1 jam Semua
Perdagangan 9.25-10.25 1 jam ABCD
JUMAAT EST 9.25-10.25 1 jam FGH
20 Ogos 2010 Rehat 10.25-10.45 Semua
Mat. Tambahan 11.30-12.30 1 jam DEFGH
Pend. Seni 11.30-12.30 1 jam AB
Geografi 11.30-12.30 1 jam C