Saturday, June 26, 2010

Tiga Bebanan Guru Perlu Perhatian

Berita Harian bertarikh 01 Jun 2010 – 3 BEBANAN GURU PERLU PERHATIAN

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk kepada Surat Pembaca “Anak Muridmu, Kelantan” ruangan Surat Kepada Pengarang akhbar Berita Harian bertarikh 01 Jun 2010

Kementerian mengucapkan terima kasih atas keprihatinan dan maklumat yang diberikan oleh ‘Anak Muridmu’. Untuk makluman kementerian memandang serius terhadap perkara ini dan telah mengambil tindakan segera dan menggariskan beberapa langkah penting untuk mengenalpasti bebanan guru. Kementerian telah bertindak dengan menubuhkan Jawatankuasa Khas bagi menangani isu beban tugas guru untuk melaksanakan tanggungjawab ini.

Kementerian Pelajaran melalui jawatankuasa ini telah mengadakan beberapa siri mesyuarat dan perbincangan dengan pelbagai pihak dalam mendapatkan input yang tepat. Hasil daripada beberapa siri perbincangan bersama dengan kesatuan, kongres, pengetua, guru besar, guru serta pegawai-pegawai di Bahagian-bahagian di KPM, Jawatankuasa Khas bagi menangani isu beban tugas guru yang telah ditubuhkan oleh KPM ini, telah mengenalpasti beberapa faktor utama yang menyebabkan guru-guru terbeban dengan tugas-tugas di luar bidang tugas utama mereka. Antaranya beban tugas tersebut termasuklah faktor-faktor yang dinyatakan oleh penulis. Jawatankuasa Khas menangani Isu beban Tugas Guru sedang mengambil langkah-langkah terbaik kepada penyelesaian isu beban guru.


UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

0 comments:

Post a Comment