Wednesday, June 9, 2010

Apakah Yang Perlu Dibuat Lagi?


Pihak sekolah telah mengadakan kelas tambahan, khasnya kepada murid-murid yang akan menghadapi peperiksaan awam pada hujung tahun, setiap kali cuti persekolahan bermula kecuali cuti persekolahan hujung tahun. Pihak PIBG juga telah menyokong kuat usaha ini dengan memberikan sedikit insentif kepada guru-guru yang sanggup mengorbankan masa cuti mereka untuk membimbing anak didik mereka.

Tetapi sangatlah kecewa dan dikesali apabila mendapati hanya sebilangan kecil murid-murid yang hadir dalam kelas-kelas tambahan tersebut.

Visi sekolah ialah sekolah akan menjadi terbilang menjelang 2010. Apakah akan terbilang sekolah  dengan sebilangan kecil murid yang hadir ini atau sekadar retorik?

Lebih mengaibkan ialah pihak sekolah melalui guru-guru yang sanggup mengadakan kelas tambahan telah mendapatkan kepastian dari muid-murid yang akan hadir dalam kelas-kelas tambahan tersebut yang mana sebilangan besar murid mengatakan mereka akan hadir. Sungguh gembira dan meningkat semangat guru-guru untuk mengadakan kelas tambahan akan datang ini melihat kepada data yang diperolehi!

Selepas itu satu jadual waktu khas bagi pelaksanaan kelas tambahan tersebut telah disediakan dan setiap seorang guru dan murid yang akan terlibat dalam kelas tambahan itu telah diberikan satu salinan jadual waktu tersebut, malah jadual waktu  itu telah dipamirkan di papan-papan kenyataan sekolah. Oleh itu tidak timbul soal pihak-pihak berkenaan tidak diberitahu berkenaan dengan pelaksanaan kelas-kelas tambahan ini.

Hakikat yang berlaku ialah murid-murid yang telah mengatakan kesanggupan untuk hadir kelas tambahan tersebut tetapi tidak hadir apabila kelas tambahan itu dilaksanakan telah mendurjanai usaha yang telah dilakukan oleh pihak sekolah, mendurjanai masa dan usaha guru-guru yang sanggup mengorbankan masa cuti mereka untuk hadir ke sekolah mengadakan kelas-kelas tambahan tersebut dan yang paling  malangnya ialah murid-murid ini mendurjanai sumpah dan janji mereka untuk hadir dalam kelas-kelas tersebut.

Apakah yang perlu dibuat lagi oleh pihak sekolah dan guru-guru, wahai murid-murid dan ibubapa sekalian?

Apakah perlu pihak sekolah mengadakan sistem tusyen berbayar seperti yang dilakukan oleh pusat-pusat tusyen yang tumbuh bagai cendawan atau tusyen individu di mana murid-muird  pasti hadir supaya tidak mahu mengalami kerugian dari bayaran yang telah dijelaskan.

Walhal guru-guru yang mengajar di pusat-pusat tusyen atau secara individu itu hampir semuanya adalah guru-guru sekolah juga dan menggunakan kaedah mengajar yang sama! Apakah bezanya?

Oh ya! Kelas tambahan yang dibuat oleh sekolah adalah percuma, jadi tidak rugi kalau tidak hadir pun.....!!!

3 comments:

cikgunikmie said...

Di cadangkan jika guru-guru mampu menghabiskan sukatan sebelum tiba peperiksaan sebenar.. memadailah.. tak perlu nak tambah.. gunakan cuti yang ada untuk rehat yang berkualiti bersama keluarga tercinta.

SMK Tinggi Kajang said...

Menghabiskan sukatan bukannya isu tetapi banyak pihak melihat lebih dari itu....!

ARIZA7071 said...

Tugas sebagai pendidik perlukan kekuatan fizikal dan mental untuk memastikan tanggungjawab dapat digalas dengan sempurna di samping menjayakan visi sekolah.Namun apa yang dikesalkan apabila keputusan peperiksaan awam merosot(PMR,SPM dan STPM), ibubapa akan menyalahkan pihak sekolah kerana tidak membuat program untuk kejayaan anak mereka.Sedangkan terbukti tidak ramai ibubapa yang peka dengan aktiviti yang dijalankan oleh sekolah.Sebagai contoh bilangan ibu bapa yang hadir sewaktu Mesyuarat PIBG amat mengecewakan. Begitu juga dengan Pakej Latihan Semasa Cuti 1/2010 terdapat ramai murid yang tidak menyiapkannya.

Post a Comment