Friday, June 11, 2010

Guru Pembina Negara Bangsa

Dipetik dari facebook En. Nik Suhaimi Nik Jaafar, SMK Tinggi Kajang.

Bersedia melangkah megah
Walaupun sukar bakti ku curah
Demi mu ibu pertiwi
Sumpah ku lafaz janji ku kota

Berikrar eratkan bangsa
Kukuhkan cinta kepada negara
Berjasa terus berjasa
Menyebarkan ilmu tiada batasnya

Guru pembina negara bangsa
Gagah perjuangkan visi negara
Bangunkan jiwa yang pelbagai rupa
Demi agama dan nusa tercinta

Guru pembina negara bangsa
Tetap unggul senadakan suara
Sehaluan menggapai matlamatnya
Cemerlang dan gemilangkan Malaysia

0 comments:

Post a Comment