Wednesday, June 30, 2010

Urusan Pemangkuan Guru Cemerlang 2010

URUSAN PEMANGKUAN GURU CEMERLANG PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN GRED DGA32, DGA38, DG44, DG48 DAN GRED KHAS C SECARA KHAS UNTUK PENYANDANG (KUP) TAHUN 2010 DI KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA


Bagi memastikan kuota Guru Cemerlang dipenuhi, terutamanya bagi Gred DG44 di sekolah rendah, Pengarah Bahagian, Jabatan Pelajaran Negeri (JPN), Institut Aminuddin Baki (IAB), Institut Pendidikan Guru (IPG) dan Kolej Matrikulasi (KM) diminta bekerjasama dengan JNJK untuk mengemukakan borang permohonan guru dan pensyarah yang layak untuk dicalonkan sebagai Guru/ Pensyarah Cemerlang selewat-lewatnya pada 29 Julai 2010.

Borang Berkaitan Ada di
www.moe.gov.my/jnjk


Saturday, June 26, 2010

Tiga Bebanan Guru Perlu Perhatian

Berita Harian bertarikh 01 Jun 2010 – 3 BEBANAN GURU PERLU PERHATIAN

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk kepada Surat Pembaca “Anak Muridmu, Kelantan” ruangan Surat Kepada Pengarang akhbar Berita Harian bertarikh 01 Jun 2010

Kementerian mengucapkan terima kasih atas keprihatinan dan maklumat yang diberikan oleh ‘Anak Muridmu’. Untuk makluman kementerian memandang serius terhadap perkara ini dan telah mengambil tindakan segera dan menggariskan beberapa langkah penting untuk mengenalpasti bebanan guru. Kementerian telah bertindak dengan menubuhkan Jawatankuasa Khas bagi menangani isu beban tugas guru untuk melaksanakan tanggungjawab ini.

Kementerian Pelajaran melalui jawatankuasa ini telah mengadakan beberapa siri mesyuarat dan perbincangan dengan pelbagai pihak dalam mendapatkan input yang tepat. Hasil daripada beberapa siri perbincangan bersama dengan kesatuan, kongres, pengetua, guru besar, guru serta pegawai-pegawai di Bahagian-bahagian di KPM, Jawatankuasa Khas bagi menangani isu beban tugas guru yang telah ditubuhkan oleh KPM ini, telah mengenalpasti beberapa faktor utama yang menyebabkan guru-guru terbeban dengan tugas-tugas di luar bidang tugas utama mereka. Antaranya beban tugas tersebut termasuklah faktor-faktor yang dinyatakan oleh penulis. Jawatankuasa Khas menangani Isu beban Tugas Guru sedang mengambil langkah-langkah terbaik kepada penyelesaian isu beban guru.


UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

GURU TIADA MASA UNTUK KELUARGA

Harian Metro bertarikh 21 Jun 2010 – GURU TIADA MASA UNTUK KELUARGA
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk kepada Surat Pembaca “Abdul Razak Idris, Banting“ dalam ruangan Surat Kepada Pengarang dalam akhbar Harian Metro bertarikh 21 Jun 2010 – Guru tiada masa untuk keluarga.

Isu yang dibangkitkan oleh Abdul Razak ialah Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) menjadi faktor utama pendesak pengetua dan guru besar memperhebatkan usaha untuk mencapai tahap SBT. Guru perlu bekerja setiap hari Sabtu dan Guru tidak punya masa untuk mendidik anak dan masa berharga untuk keluarga.

Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) adalah sekolah yang bukan sahaja mencapai kecemerlangan akademik malahan memberi suasana yang selesa dan teratur serta elemen tanggungjawab terdapat dalam kalangan pihak pengurusan, guru-guru dan murid-murid bagi mencapai aspirasi yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Negara. Sekolah ini mempunyai tradisi budaya kerja yang sangat tinggi dan cemerlang dengan modal insan nasional yang berkembang secara holistik dan berterusan serta mampu berdaya saing di peringkat antarabangsa.

Kewibawaan pengetua dan guru besar di sekolah terutamanya di SBT selalu diperkatakan. Pelbagai pendapat dan pandangan telah diberikan. Namun terdapat banyak elemen yang berkaitan, seperti peranan persekitaran serta sosio-budaya masyarakat setempat juga memberi impak yang besar dalam perkembangan pendidikan. Sebaliknya jika masing-masing mengetahui dan menginsafi tugas dan tanggungjawab mereka, pasti semua persoalan dapat ditangani dengan berkesan. Dunia pendidikan perlukan anjakan, kita sedang menuju era kecemerlangan ilmu. Kita perlu keluar daripada kepompong yang membatasi cara berfikir kita sekian lama. Matlamat untuk menjadikan pendidikan di negara ini bertaraf dunia harus direalisasikan agar anak-anak kita dapat mengecapi nikmat daripada pendidikan itu sendiri untuk kesejahteraan bangsa dan negara. Sehubungan itu, sedikit pengorbanan daripada pelbagai pihak khususnya warga pendidik diperlukan untuk mencapai matlamat tersebut.

Pengetua dan guru besar adalah orang yang memainkan peranan yang amat penting di sekolah. Mereka pentadbir, pengurus dan pemimpin. Sebagai seorang pentadbir yang melibatkan diri dalam pentadbiran pendidikan, maka pengetua perlu kepada proses kerjasama antara dua orang atau lebih yang berasaskan rasional yang tertentu untuk mencapai tujuan yang telah ditentukan khususnya berhubung dengan pembahagian kerja dan penyelarasan perhubungan untuk melahirkan kecekapan dalam organisasi. Sehubungan itu persefahaman , semangat dan kesedaran yang tinggi amat dituntut terutamanya dalam kalangan warga pendidik supaya tidak berlaku penafian atas hak individu.

Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengeluarkan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.8/2005 Pelaksanaan Bekerja Lima Hari Seminggu bertarikh 5 Disember 2005 dan Jabatan Perkhidmatan Awam juga telah mengeluarkan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 13 Tahun 2005 yang berkuatkuasa mulai 1 Julai 2005. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.8/2005 telah menjelaskan kedudukan dua hari Sabtu dalam sebulan sebagai hari bekerja. Dalam semua keadaan pihak sekolah perlu berpegang kepada punca kuasa tersebut dan persefahaman antara warga sekolah mungkin memainkan peranan yang lebih berkesan untuk menjana kecemerlangan di institusi masing-masing.

UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KPM - Pengetua Telah Mengambil Tindakan Yang Betul

Utusan Malaysia bertarikh 16 Jun 2010 – PENGETUA TAKSUB PADA PROSEDUR

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk kepada Surat Pembaca “Bapa Kecewa, Saujana Utama, Selangor” dalam ruangan Surat Kepada Pengarang akhbar Utusan Malaysia bertarikh 16 June 2010 – Pengetua taksub pada prosedur.

Isu yang ditimbulkan oleh Bapa Kecewa ialah beliau tidak mendapat pengesahan salinan kad pengenalan anaknya daripada pengetua kerana tidak membawa kad pengenalan yang asal dan beranggapan bahawa pengetua tidak melayan dengan adil kerana dia bukan kakitangan kerajaan.

Untuk makluman, setiap peraturan dan prosedur yang telah ditetapkan perlulah dipatuhi. Ini adalah bertujuan mengelakkan masalah timbul di masa-masa akan datang.

Pengetua Sekolah Menengah Saujana Utama, Sungai Buloh telah menjalankan tugas dan tindakan yang betul mengikut prosedur yang telah ditetapkan. Tindakan pengetua adalah wajar kerana setiap salinan dokumen yang hendak disahkan perlu disertakan dengan dokumen asal.

UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Urusan Kenaikan Pangkat Gred DG44 ke Gred DG48 Secara Time-Based (KUP) Tahun 2011


Urusan Kenaikan Pangkat Gred DG44 ke Gred DG48 Secara Time-Based (KUP) bagi Tahun 2011. Guru-guru yang telah memasukki zon kelayakan sila ambil tindakan segera.

Tarikh tutup permohonan adalah sebelum 30 September 2010 (Khamis).

Untuk maklumat lanjut sila klik alamat berikut:
http://www.moe.gov.my/?id=13&aid=1122

Wednesday, June 23, 2010

Sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah Kemungkinan Ganti Sistem Peperiksaan Awam.

Dipetik dari http://freemalaysiatoday.com/bahasa/?p=5518

Wed, Jun 23, 2010

Oleh Fazy Sahir

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata sistem pentaksiran berasaskan sekolah mungkin digunakan bagi menggantikan sistem peperiksaan awam di negara ini.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata menerusi sistem itu, Lembaga Peperiksaan akan menentukan bentuk soalan yang boleh dinilai oleh guru dan pencapaiannya akan diukur kemudian.

"Kita gantikan sistem peperiksaan awam kepada satu sistem pentaksiran berasaskan sekolah, ini belum dimaklumkan tetapi sudah dikaji dan didapati mungkin sesuai kerana ia diamalkan di banyak negara.

"Mungkin ia tidak banyak beza berbanding negara lain, yang penting ia tidak menjejaskan soal pembelajaran iaitu cara guru mengajar dan murid belajar adalah sama, tetapi bagaimana kita hendak nilai, sama ada peperiksaan awam atau sistem penilaian," katanya ketika menggulung perbahasan usul Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) bagi kementeriannya pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Malah menurut beliau, kerajaan tidak akan tergesa-gesa dalam melaksanakan sesuatu dasar.

Beliau merujuk kepada cadangan kemungkinan peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dimansuhkan.

Menurutnya buat masa ini, kementerian sudah berada di peringkat akhir untuk melaksanakan auditan ke atas semua sekolah.

Auditan tersebut bagi menetapkan sebarang keutamaan berdasarkan kepada keperluan sesebuah sekolah.

"Dalam konteks ini, sekolah yang benar-benar memerlukan peruntukan akan diberi keutamaan dan pertimbangan yang sewajarnya. Soal lokasi atau jenis sekolah tidak timbul, semua sekolah akan diberi perhatian khusus supaya persekitaran dan pembelajaran yang kondusif dapat diwujudkan," katanya.

Sehubungan itu, dalam menentukan senarai projek-projek pembangunan dalam RMK-10, laporan audit tersebut akan diguna pakai sepenuhnya bagi menetapkan sebarang pembinaan sekolah baru atau penambahbaikan berdasarkan kepada keperluan.
Maka ia bukannya berdasarkan desakan mana-mana pihak.

Tambahnya, beliau turut mengarahkan kementeriannya untuk membuat penilaian telus dalam pemberian bantuan kepada murid-murid yang layak.

"Saya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan kepada mana-mana pihak khusus di bawah kementerian saya yang tidak amanah dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diberikan," katanya.

Tuesday, June 22, 2010

Pasukan Kriket KHS Muncul Naib Juara Piala Tengku Imran 2010, Syabas.


Seluruh warga KHS mengucapkan syabas dan tahniah, KHS Terbilang 2010.

Monday, June 21, 2010

KPM Cadang Mansuh UPSR dan PMR

muhyiddin MUAR: Kementerian Pelajaran membayangkan kemungkinan akan memansuhkan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) di masa hadapan.
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata beliau melihat ada kewajaran untuk berbuat demikian kerana aspek pembelajaran ketika ini dilihat lebih berorientasikan kepada peperiksaan sehingga tujuan utama untuk memberikan pendidikan holistik tidak dapat dilakukan sepenuhnya.
"Pihak kami sedang fikirkan sama ada akan kekalkan atau perlu hanya satu sahaja peperiksaan awam, seperti (contohnya) di peringkat SPM sahaja," katanya ketika ditemui selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Pagoh di Kompleks Seri Pekembar, Pagoh hari ini.

Friday, June 18, 2010

Tahniah dan Syabas!!!

Seluruh warga KHS mengucapkan tahniah dan syabas kepada bekas murid KHS yang mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke IPTA dan IPTS seluruh negara bagi kemasukan sesi Jun 2010.

Wednesday, June 16, 2010

Kah...Kah...Kah...

Guru-guru semua,
Saban hari bertugas, masuk kelas, keluar kelas, muka anak didik yang  kurang beradab masih terbayang-bayang, hati bergelora bercampur pilu, masuk taklimat, keluar taklimat, otak berasap memikirkan beban tugas berlambak, silap-silap meletup, sendiri pun tak sedar.
Tak apa, bacalah rekod-rekod berikut untuk menghiburkan hati, macam Kak Wan di sebelah yang gelak terhibur, rasanya tak mahu bersara...!!
From The Records of The Institute of Mental Health (IMH)
(Dipetik dan disesuaikan dari blog nklpunya)

Record I:
Patient A: "So how... this book's not bad ya?"
Patient B: "Excellent! Astounding work. No nonsense shit, sharp and concise to the point. But there's a major flaw in this piece of art too many character names to remember!!!" 
Nurse: "Hey! Can the two of you put the telephone book back to the original place?"

Record II:
One doctor asked a patient: "If I were to cut one of your ears off, what will happen to you?"
Patient: "Then I will not be able to hear..." 
Doctor: "Hmm.. that's normal...So if I were to cut your other ear off, what will happen to you?"
Patient: "Then I will not be able to see..."
The doctor became nervous and asked: "Why would you not see then???"
Patient: "Because my spectacles will drop down..."

Record III:
IMH has an old lady who wears black everyday, carries a black umbrella and squats at the entrance to the IMH everyday without fail, rain or shine. The doctor wanted to administer treatment for her and decided to start by understanding her behavior.
So, the doctor also wear black and carries a black umbrella; squatted outside together just next to her, rain or shine, everyday without fail. So...days goes by... the two of them squatted side-by-side w/o a single exchange of words for one solid month...
One fine day, the old lady finally broke the silence and asked the doctor: "Err...Excuse me! Are you also a mushroom?"

Record IV:
A nurse saw a patient writing a letter. She got curious and went to take a peek. But the patient didn't want to let her see.
Nurse (unable to contain her curiosity): "Who are you writing to?"
Patient: "I'm writing a letter to myself..."
Her curiosity grew and she thought to herself. (Why would someone write a letter to himself?)
So she asked again: "So...what's written inside?"
Patient (got impatient): "You crazy ah? I haven't received the letter, how would I know??"

Record V:
Two patients escape from the IMH. They climbed up a tree and one of them fell from the tree and started rolling on the ground. After a while, the patient rolling shouted to the top: "Hey! How come you are not coming down yet?"
The patient on top replied: "No.. no... I can't...I'm not ripe yet"

Record VI:
One patient visited the doctor: "Doc...how? I think I'm a chicken since I was born..."
Doctor: "Woah! that's very serious...Why do you only come and seek treatment now?"
Patient: "Because my family needs me to hatch the eggs..."

Record VII:
One truck driver was doing his usual delivery to IMH. He discovered a flat tyre when he was about to go home after unloading the stuff. He jacked up the truck and took the flat tyre down.
When he was about to fix on the new tyre, he accidentally dropped all the bolts into the drain. The truck driver was very sad as he can't fish the bolts up, started to panic.
Coincidentally, one patient walked past and asked the driver what happened. The driver thought to himself, since there's nothing much he can do, he told the patient the whole incident.
The patient nonchalantly replied: "Can't even fix such a simple problem... no wonder you are destined to be a truck driver..."
The patient goes on explaining: "You just have to take one bolt each from the other 3 tyres and fix it onto this tyre. Drive to the nearest workshop and replace the missing ones"
The driver was very impressed and asked: "You're so smart but why do you stay in IMH?"
Patient replied: "I stay here because I'm crazy not STUPID!"

Kah...kah...kah...
Harap tidak ada guru yang menjadi penghuni IMH...!!!!!

Tuesday, June 15, 2010

Parents, Please Don’t Forget Passion

Pandangan peribadi dari kolumnis The Malaysian Insider untuk renungan bersama. 
Dipetik dari The Malaysian Insider; http://lite.themalaysianinsider.com/opinion/article/parents-please-dont-forget-passion
 

JUNE 15 — As a teacher, I have had many meetings with parents and students. The topic of these meetings is often to inform me what their children “want” to do. Amazingly, all these students aspire to be, in no particular order, a doctor, engineer, lawyer, and, occasionally, a business person.

All stereotypical high-income, high-profile jobs. The student usually sits there without a say in the matter. The eyes say: “What I really want to be is a foreign correspondent, or a kindergarten teacher, or maybe even a professional illustrator.” However, it seems understood that, as one’s future is being negotiated, it is best to remain silent.

In every one of my Social Science classes, there are students with a head for matters beyond numbers. I discover a passion for history, a talent in graphic design, an interest in environmentalism, exceptional public-speaking skills, or the love of a musical instrument.

It is clear, however, that actually pursuing any of the above would not make some parents happy. Parental pressure to follow a certain career path is not limited to Asia. Back home, many children are expected to “follow in their parent’s footsteps.”

Nevertheless, just because it is an international phenomenon doesn’t make it right. Moreover, I am concerned about the narrow career paths prescribed by a clear majority of Malaysian parents.

I am concerned because success seems to be measured by job titles. Happiness that can only come as a result of pursuing one’s passion is set aside. Part of my job is witnessing budding dreams die, and I dream of seeing this change within my life.

My mother and father are both doctors. I am a teacher. By some standards I have witnessed here, I am a failure. Luckily, I don’t come from a family that thinks this way. With the support I received, I could have pursued any career path. Granted, I would make more money as a doctor. However, I don’t see myself as being a particularly good doctor, nor can I imagine that it would make me happy.

Also, when I was in school, I was encouraged to not just study. I complimented my academics with an intense schedule of student council duties, athletics and arts. Again, I was always supported by my family. My success was not strictly measured by marks, but also of pictures of me engaged in various activities with a smile on my face.

In university, it was my intention to get a degree in Drama. As I discovered myself through my studies and extra-curricular activities (including cheerleading), I ended up graduating with a degree in Environmental Studies and Psychology.

I still didn’t know what to do, but that was okay with my family. I worked and travelled before pursuing a degree in Education. I was accepted to a great teachers college — not because of my marks — but because of my experience ranging from playing American football to volunteering with the disabled.

It is well established, back home, that grades alone don’t create many pathways. Call it passion, desire, whatever, but the gateway to success should not be found on a transcript. I would like to see a similar sentiment here in Malaysia.

This paradigm shift in success and happiness needs to begin at home. I am not a parent, but I would like to think I would enjoy the journey of watching my children discover their passions — and not inform them of their desires.

I would be thrilled to see a true love for maths as I would for music. I would also tell them the truth about education: it is about expanding the mind and learning necessary critical-thinking skills; it is about creating well-rounded individuals.

A student who has high marks — but spent all of his/her school days cooped up in a book — will not be as employable as someone who has a balance of academic subjects and has exercised both sides of the brain.

Many students here in Malaysia also find it difficult to dedicate time for community involvement and extra-curricular activities. The priceless networking, social skill development, and confidence gained is consistently overlooked.

I think more parents need to encourage these interests by inquiring what extra-curricular activities their children plan to take and support them in their choices.

Again, Malaysia is full of youth with creative, artistic talent. Isn’t it wonderful to see someone excelling at something? For example, watching a child prodigy play the violin, seeing someone acting flawlessly on the stage, reading a writer who can make the mundane exciting, or a painter who makes the abstract tangible.

Sadly, Malaysia is full of artistic prodigies who are forced into professions dominated by maths and science. Imagine if the late director and people’s hero Yasmin Ahmad wasn’t able to take Politics and Psychology at university? How many like her are now, rather unhappily, designing the next mega mall? Perhaps that is not a fair question to ask, but at the least is something to ponder.

When I am in the doctor’s office, I want the physician to be passionate about treating me. I hope s/he was zealous about their related studies and feel medicine is their calling. After all, my life may depend on it. I shudder to think family pressure led the way to the hospital. Is the doctor concentrating on my chart, or thinking about another life full of artistic possibilities? A vocation is something that is discovered, not prescribed.

For all those reading this article who want nothing but the best for their children, I too wish them the best. I just hope that somewhere along the line, if it hasn’t already been asked, every parent asks their children what they would like to do.

What are their dreams? Not everyone is going to like the answer. However, don’t forget that all children go through phases. Maybe an artist doesn’t seem like a promising career choice, but ask again next week. Maybe they’ll want to be a doctor during the week and an artist on the weekends.

* The views expressed here are the personal opinion of the columnist.

Monday, June 14, 2010

Johan Kejohanan Bolasepak MSSM 2010 (U15 Tahun).

Tahniah Seluruh warga KHS ucapkan kepada team Bolasepak MSSS (U15) khasnya kepada AZEEM SUHAIMIE BIN HAJI SULAIMAN, MUHAMAD SYAZANI BIN MUHAMAD ISA, MUHAMMAD ALIFF BIN NORDIN, MUHAMMAD SHAHRILNIZAM B AMIN, MUHAMMAD ZARIF IRFAN BIN HASHIMUDDIN kerana mengharumkan nama sekolah dan negeri Selangor.

Teaching Profession

New Straits Times bertarikh 27 Mei 2010
TEACHING PROFESSION : WE ARE TREATED UNFAIRLY BY SOCIETY

Dipetik dari Portal Rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia;
http://www.moe.gov.my/?id=168&aid=1081 


New Straits Times bertarikh 4 Jun 2010
TEACHING PROFESSION : RESPECT TEACHERS FOR WHO THEY ARE

Dipetik dari Portal Rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia;
http://www.moe.gov.my/?id=168&aid=1080


Ministry of Education (MOE) would like to refer to an article published in the New Straits Times dated 4 June 2010 by N.A.S, Kota Baru, Kelantan entitled Teaching Profession : Respect teachers for who they are.

The article raised the issue of teachers getting low salaries and having to carry heavy burdens which surpass their main tasks and responsibilities.

Under the Malaysia Remuneration System (SSM), teachers with a Diploma qualification are entitled to receive a minimum salary of MYR 1,405.71 and up to MYR 4,497.26 monthly. Whereas for teachers holding a Bachelors’ Degree are entitled to a minimum salary of MYR 1,474.65 and maximum salary of MYR 5,846.38. However, the starting salary for a particular teacher is determined by his or her level of academic qualification, therefore not all teachers will receive a starting salary at the minimum scale.

In addition to the salary, teachers enjoy the same allowances as other Civil Servants including Housing, Civil Service and Entertainment Allowance. They also enjoy other types of allowances such as Rural Area Incentive (BIP), Special Allowance based on Location and Hardship, Responsibility Allowance, Head Warden and Warden Allowance, Critical Service Allowance and many more which is subject to terms, condition and criteria set by the government.

Teachers are very fortunate that they are given abundant room for promotion and career advancement compared to other types of civil service. There are 17 paths for career advancement which include promotion to Excellent Teacher (Guru Cemerlang), Hakiki post, Time-Based and special promotion path for Ex-PPPLD teachers.

Therefore, MOE will always and continuously strive to improve and uphold the teaching profession aligned with the current development and changes in education and with the effort to change any negative public perspective on the profession.

CORPORATE COMMUNICATION UNIT
MINISTRY OF EDUCATION MALAYSIA

Rancangan Malaysia Ke - 10 (RMK-10) - PENDIDIKAN

Untuk maklumat lanjut berkenaan dengan RMK-10 Bab 5 berkaitan dengan Pendidikan yang bertajuk MEMBANGUN DAN MENGEKALKAN MODAL INSAN BERTARAF DUNIA, sila klik pada alamat berikut; http://www.moe.gov.my/userfiles/file/RMK10bab5%2014_6_10.pdf

SEAMEO Songwriting Competition 2010

Background

The Southeast Asian Ministers of Education Organization (SEAMEO) is an international organization, established in 1965, to promote cooperation in education, science and culture in Southeast Asia. SEAMEO works towards achieving this through the establishment of networks and partnerships, provision of intellectual forums for policy makers and experts, and promotion of sustainable human resource development. SEAMEO develops and nurtures the capacities of education personnel, school managers and teachers in Southeast Asia through its network of 19 specialist SEAMEO Regional Centres that undertake training and research programmes in various fields of education, science and culture.

The SEAMEO Songwriting Competition (SSC) is a search for that passionate songwriter who could put the SEAMEO spirit of cooperation into words and melody. The SEAMEO hymn will symbolize the unity of the Southeast Asian nations in the promotion of cooperation in education, science and culture in the region. The song will echo the aspiration of the SEAMEO forebears; and will serve as the SEAMEO anthem in the gatherings and events of the Organization.

SSC is designed to nurture and promote the art of songwriting and composition. Amateur and professional songwriters and musicians are invited to participate. SSC is open to all citizens of countries in Southeast Asia (Brunei Darussalam, Cambodia, Indonesia, Lao PDR, Malaysia, Myanmar, Philippines, Singapore, Thailand, Timor-Leste and Vietnam). Staff members of SEAMEO Regional Centres, SEAMEO partners and Ministries of Education; as well as teachers and students in Southeast Asia may participate in the competition.

Members of the panel of judges will include music experts as well as representatives from some SEAMEO Member Countries.

The Competition Guidelines

* Entries must not be more than 4 minutes in length. Lyrics should be in the English language.
* Entries could be of any tempo but the speed should be at 80 beat per minute or more.
* SSC accepts music script (lyrics and melody) and recorded version of the songs in WAV or mp3 format. The recorded version is most preferred for it makes it easy for the panel of judges to understand the melody with the musical accompaniment.
* Entries could be sent either by mail (as an attachment) or by post (on a compact disc). In either case, each entry should be accompanied by an entry form: (PDF format) (Word format)

SEAMEO Songwriting Competition
SEAMEO Secretariat
920 Sukhumvit Road, Klongtoey District
Bangkok, 10110, THAILAND

Email: secretariat.seameo@gmail.com
Tel: +66 (0) 2391-0144
Fax +66 (0) 2381-2587

The Deadline of Entry Submission
The last day for submission of entries is on 31 August 2010.

For further information, kindly visit SEAMEO.org

Nota:
Kepada warga SMK Tinggi Kajang yang berbakat atau mempunyai bakat terpendam dalam bidang muzik, ambil peluang dengan menyertai pertandingan ini.

Friday, June 11, 2010

Guru Pembina Negara Bangsa

Dipetik dari facebook En. Nik Suhaimi Nik Jaafar, SMK Tinggi Kajang.

Bersedia melangkah megah
Walaupun sukar bakti ku curah
Demi mu ibu pertiwi
Sumpah ku lafaz janji ku kota

Berikrar eratkan bangsa
Kukuhkan cinta kepada negara
Berjasa terus berjasa
Menyebarkan ilmu tiada batasnya

Guru pembina negara bangsa
Gagah perjuangkan visi negara
Bangunkan jiwa yang pelbagai rupa
Demi agama dan nusa tercinta

Guru pembina negara bangsa
Tetap unggul senadakan suara
Sehaluan menggapai matlamatnya
Cemerlang dan gemilangkan Malaysia

Teman Sejati

Dipetik dari facebook En. Nik Suhaimi Nik Jaafar seorang yang benar-benar berjiwa guru dari SMK Tinggi Kajang dan seorang teman dalam ertikata teman.

Selama ini
Ku mencari-cari
Teman yang sejati
Buat menemani
Perjuangan suci

Bersyukur kini
PadaMu Illahi
Teman yang dicari
Selama ini
Telah kutemui

Dengannya di sisi
Perjuangan ini
Senang diharungi
Bertambah murni
Kasih Illahi
KepadaMu Allah
Kupanjatkan doa
Agar berkekalan
Kasih sayang kita

Kepadamu teman
Ku pohon sokongan
Pengorbanan dan pengertian
Telah kuungkapkan
Segala-galanya...

KepadaMu Allah
Kupohon restu
Agar kita kekal bersatu
Kepadamu teman
Teruskan perjuangan
Pengorbanan dan kesetiaan
Telah kuungkapkan
Segala-galanya
Itulah tandanya
Kejujuran kita

Jiwa Guru

Dipetik dari facebook En. Nik Suhaimi Nik Jaafar yang dipetiknya dari sumber seperti tertera di hujung dokumen.

Bila kita seorang guru,
Pastikan kita berjiwa guru,
Berhati bersih dan suci,
Tidak ada benci membenci,
Hati dan minda sentiasa terbuka,
Tiada dendam dan prasangka.

Bila kita berjiwa guru,
Pastikan perkataan ini tidak diguna:
* 'Masa kerja telah habis'.
* 'Itu bukan kerja saya'.
* 'Ini bukan kerja murid'.
* 'Saya tidak dapat apa-apa'.
* 'Buat apa susah-susah'.
* 'Cukuplah apa yang kita sudah buat'.
* 'Buat apa kerja rajin-rajin'.

Ingatlah!
Sekali kita bergelar cikgu,
Perkataan kita jadi ingatan,
Kelakuan kita jadi ikutan,
Amalan kita jadi panduan.

Oleh itu....
jadilah cikgu berjiwa guru,
* Hati bersih sentiasa pemaaf.
* Rela bekerja bila-bila masa kerana sedar kerja itu ibadah kita.
* Guru yang mulia mesti berhati mulia. Semoga Allah memberkati semua cikgu yang berjiwa guru.
* Semoga semua cikgu yang berjiwa guru.

Dipetik dari Blog cikgu Adila Yusof

Wednesday, June 9, 2010

Apakah Yang Perlu Dibuat Lagi?


Pihak sekolah telah mengadakan kelas tambahan, khasnya kepada murid-murid yang akan menghadapi peperiksaan awam pada hujung tahun, setiap kali cuti persekolahan bermula kecuali cuti persekolahan hujung tahun. Pihak PIBG juga telah menyokong kuat usaha ini dengan memberikan sedikit insentif kepada guru-guru yang sanggup mengorbankan masa cuti mereka untuk membimbing anak didik mereka.

Tetapi sangatlah kecewa dan dikesali apabila mendapati hanya sebilangan kecil murid-murid yang hadir dalam kelas-kelas tambahan tersebut.

Visi sekolah ialah sekolah akan menjadi terbilang menjelang 2010. Apakah akan terbilang sekolah  dengan sebilangan kecil murid yang hadir ini atau sekadar retorik?

Lebih mengaibkan ialah pihak sekolah melalui guru-guru yang sanggup mengadakan kelas tambahan telah mendapatkan kepastian dari muid-murid yang akan hadir dalam kelas-kelas tambahan tersebut yang mana sebilangan besar murid mengatakan mereka akan hadir. Sungguh gembira dan meningkat semangat guru-guru untuk mengadakan kelas tambahan akan datang ini melihat kepada data yang diperolehi!

Selepas itu satu jadual waktu khas bagi pelaksanaan kelas tambahan tersebut telah disediakan dan setiap seorang guru dan murid yang akan terlibat dalam kelas tambahan itu telah diberikan satu salinan jadual waktu tersebut, malah jadual waktu  itu telah dipamirkan di papan-papan kenyataan sekolah. Oleh itu tidak timbul soal pihak-pihak berkenaan tidak diberitahu berkenaan dengan pelaksanaan kelas-kelas tambahan ini.

Hakikat yang berlaku ialah murid-murid yang telah mengatakan kesanggupan untuk hadir kelas tambahan tersebut tetapi tidak hadir apabila kelas tambahan itu dilaksanakan telah mendurjanai usaha yang telah dilakukan oleh pihak sekolah, mendurjanai masa dan usaha guru-guru yang sanggup mengorbankan masa cuti mereka untuk hadir ke sekolah mengadakan kelas-kelas tambahan tersebut dan yang paling  malangnya ialah murid-murid ini mendurjanai sumpah dan janji mereka untuk hadir dalam kelas-kelas tersebut.

Apakah yang perlu dibuat lagi oleh pihak sekolah dan guru-guru, wahai murid-murid dan ibubapa sekalian?

Apakah perlu pihak sekolah mengadakan sistem tusyen berbayar seperti yang dilakukan oleh pusat-pusat tusyen yang tumbuh bagai cendawan atau tusyen individu di mana murid-muird  pasti hadir supaya tidak mahu mengalami kerugian dari bayaran yang telah dijelaskan.

Walhal guru-guru yang mengajar di pusat-pusat tusyen atau secara individu itu hampir semuanya adalah guru-guru sekolah juga dan menggunakan kaedah mengajar yang sama! Apakah bezanya?

Oh ya! Kelas tambahan yang dibuat oleh sekolah adalah percuma, jadi tidak rugi kalau tidak hadir pun.....!!!

Monday, June 7, 2010

Permohonan Menduduki Penilaian PTK

Permohonan Secara Atas Talian Untuk Menduduki Penilaian Pemahaman PTK bagi Gred DG54, DG52, DG48, DGA38, DGA34 dan AKS gred 26 akan dibuka mulai 1 hingga 31 Julai 2010

Untuk maklumat lanjut sila klik sini: http://apps.emoe.gov.my/bppk/

Urusan Naik Pangkat DG44 ke DG48 Bagi Ex-PPPLD

Urusan Kenaikan Pangkat Pegawai Pendidikan Siswazah (PPPS) Gred DG44 ke Gred DG48 Secara Time-Based Khas untuk Penyandang (KUP) Bagi Bekas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (Ex-PPPLD) Tahun 2010 dan 2011

Untuk maklumat lanjut sila klik alamat berikut:
http://www.moe.gov.my/index.php?id=13&aid=1064

Urusan Naik Pangkat DG41 ke DG44 Bagi Ex-PPPLD

Urusan Kenaikan Pangkat Pegawai Pendidikan Siswazah (PPPS) Gred DG41 ke Gred DG44 Secara Time-Based Khas untuk Penyandang (KUP) Bagi Bekas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (Ex-PPPLD) Tahun 2011

Untuk maklumat lanjut sila klik alamat berikut:
http://www.moe.gov.my/index.php?id=13&aid=1063

Pembacaan Buku Ganti Hari Berkursus Bagi KPM 2010

Surat Siaran Pelaksanaan Kaedah Latihan Secara Pembacaan Buku Bagi Menggantikan Hari Berkursus Di KPM Pada Tahun 2010

Untuk maklumat lanjut sila klik alamat berikut:
http://www.moe.gov.my/index.php?id=13&aid=1058

Saturday, June 5, 2010

DAULAT TUANKU


DAULAT TUANKU

Merafak Sembah dan Setinggi-Tinggi Ucapan Tahniah


Semoga Allah Lanjutkan Usia
Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong
Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah

Sempena
Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Baginda
Pada 5 Jun 2010 Bersamaan 22 Jamadilakhir 1431H

Sembah Takzim Daripada Seluruh Warga 
Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Kajang,
Jalan Semenyih, 43000 Kajang, Selangor


Thursday, June 3, 2010

Pengharapan Pada Guru

Untuk Renungan Bersama,
dipetik dari facebook En. Nik Suhaimi Nik Jaafar, guru SMK Tinggi Kajang yang telah memetiknya dari sumber seperti tercatat dihujung dokumen.


Kalianlah pahlawan tanpa tanda jasa, yang
telah tercicir dari ingatan manusia
ditakdirkan kalian tiada, dunia akan gelap gulita, dan
manusia kekal menghuni gua

Kalaulah kehidupan memerlukan matahari
kalianlah sinar yang menerangi akal dan budi
musnah matahari, pupuslah alam
tiada guru, binasalah ilmu.
Cikgu,
tanganmulah yang akan mewarnai dunia esok
di bahumu terpikul tanggung jawab
membina kemanusiaan yang beradab
meneracai keseimbangan emosi
mengukuhkan ketahanan rohani
mengangkat martabat keintelektualan, untuk
mempastikan, manusia mengakuri fitrahnya
mencipta kemakmuran di bumi

Disinilah, sejarah melakukan kesilapan besar, kerana
telah lupa mencatat guru, sebagai
pelopor yang merombak tamadun.

Tapi, Islam tidak tanggung-tanggung, telah
menghitam-putihkan penghormatannya
kepada orang-orang yang mengajarkan
ilmu yang bermanfaat
akan mendapat genjaran pahala, yang
akan terus menerus mengalir bagai anak sungai,
mulai dari dunia, di akhirat ia bermuara.

Namun kebelakangan ini
terkesan, mereka kurang menghayati misinya
ramai yang hanyut dalam banjir materialisma
tidak kurang yang sasat dalam belantara kemodenan
dan ada yang lemas dalam lautan keporak-porandaan
sehingga martabatnya mulai runtuh, dari pada
Insan yang mengukir sejarah, menjadi
orang-orang yang dipermain-mainkan oleh sejarah.

Cikgu
renunglah, bala apa yang sedang menimpa kemanusiaan
generasi kita hari ini
bukan sekadar kencing berlari
malah lebih gila, gurunya yang dikencingi
mereka sedang menunggang kesyahwatan
mengejar fata murgana yang menyesatkan

Wahai pejuang-pejuang peradaban
jangan biarkan dirimu ikut dimangsai oleh zaman
kalau benteng yang satu-satunya masih tersisa inipun
ikut runtuh
akan hancurlah, seluruh pengharapan anak bangsa
menikmati, dunia yang penuh kebajikan dan keberkatan.


Suardi Sawai
Seremban, Okt 1993
Dipetik dari Laman FB Prof. Rohaty Majzub

Wednesday, June 2, 2010

CUEPACS: 41 Peratus Penjawat Awam Terlibat Rasuah Tahun Lepas

June 02, 2010
TEMERLOH, 2 Jun — Seramai 418,200 atau 41 peratus daripada 1.2 juta penjawat awam dikesan terbabit dengan aktiviti penerimaan rasuah sepanjang tahun lalu, kata Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Omar Osman.
Beliau berkata jumlah tersebut adalah membimbangkan dan harus ditangani segera.
Bagi menangani masalah tersebut, Cuepacs akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya mereka yang terbabit dengan aktiviti rasuah diambil tindakan dan diheret kemuka pengadilan, katanya.
“Kita mahu memerangi rasuah di kalangan penjawat awam dan juga  membuat laporan kepada SPRM terhadap pihak yang cuba menyogokkan rasuah  kepada penjawat awam.
“Cuepacs tidak akan berkrompomi atau bertolak ansur dengan  melindungai mana-mana penjawat awam dengan gejala ini  yang boleh menjejaskan pembangunan negara,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung kali ke-8 Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Jabatan Kerja Raya dan Air Cawangan Temerloh, di sini hari ini.
Omar berkata selain rasuah, Cuepacs juga tidak akan melindungi penjawat awam yang terbabit dalam masalah disiplin termasuk cubaan memalsukan sijil cuti sakit dan ponteng kerja.
Beliau mengulangi kenyataannya bahawa dianggarkan antara 1,000 hingga 2,000 penjawat awam didapati memalsukan sijil cuti sakit atau mengubah jumlah asal cuti sakit yang diberikan oleh doktor.
“Mereka mendapatkan sijil cuti sakit palsu daripada klinik yang bukan panel dan ada sesetengahnya klinik berkenaan tidak wujud pun.
“Ada sesetengahnya pula mengubah jumlah cuti sakit yang ditulis oleh doctor misalnya 1 hari kepada 11 hari,” kata Omar. — Bernama

Who Has Failed Whom?

This is an interesting comment written by Mr. Liong Kam Chong, a former principal of a premier secondary school in Seremban, Negeri Sembilan and now a retiree. His comment was published in NST (letters, page 19) yesterday, 1 Jun 2010. At the end of his comment, Mr. Liong challenges us to look into our education system whether our school system has failed our students or the students have failed our school system. Please read on...

In the past, access to education was limited, more so schooling in the English language. However, petition writers trained in English were there to help ordinary folk with their documentation needs.

These included filling all kinds of application forms, writing replies to government departments, and preparing simple declaratory notes that were to be brought to the magistrate's court for endorsement.

We can still see petition writers in the alleys and basements leading to government premises. These 'senior' writers are still using typewriters and type in English. But, they have also picked up enough Bahasa Malaysia to continue doing their job.

An interesting, but surprising, observation is that quite a number of young people (mostly non-Malay) can be seen milling around the petition writers' desks. These are young couples or schoolchildren accompanying their parents.

So, we see a senior writer serving mostly young clients. This is not the scenario we should be observing if we are talking about our country progressing towards developed nation status.

Are these young (mostly non-Malays) so deficient in their mastery of BM that they need the services of a petition writer? What did they learn during BM lessons in school? Has sufficient emphasis been given to the learning and mastering of BM from Year One?

A student may not have done well in the Penilaian Menengah Rendah of Sijil Pelajaran Malaysia examination and subsequently dropped out of school.
 
But, he should by then have sufficient mastery in BM. He should be confident enough to fill in forms and write simple letters in BM.
 
Has our school system failed him or has he failed our school system? This is something that everyone in the education sector needs to look into.