Monday, April 1, 2013

Pertandingan Membina Nota Matematik Tambahan


Sempena Bulan Akademik 2013 SMK Tinggi Kajang yang dilancarkan pada 1 April 2013, Panitia Matematik Tambahan SMK Tinggi menganjurkan Pertandingan Membina Nota Matematik Tambahan.

2. Pertandingan ini terbuka kepada semua murid SMK Tinggi Kajang yang sedang mengikuti mata pelajaran Matematik Tambahan di tingkatan 4 atau 5, tahun 2013.

3. Setiap murid yang ingin menyertai pertandingan ini perlu menyediakan sebarang satu tajuk lengkap mata pelajaran Matematik Tambahan seperti yang dinyatakan dalam Sukatan Pelajaran Matematik Tambahan.

4. Peserta boleh merujuk kepada nota-nota yang terdapat dalam buku teks, buku rujukan atau mana-mana sumber lain semasa proses membina nota untuk penyertaan tetapi tidak boleh meniru secara bulat-bulat sumber-sumber rujukan tersebut. Sebaliknya peserta boleh mengolah semula nota berkenaan mengikut kebolehan atau kreativiti masing-masing.

5. Nota yang hendak dibina dan dihantar untuk pertandinagn mesti dibuat di atas sekeping kertas putih saiz A4.

6. Setiap murid yang ingin menyertai pertandingan ini boleh menghantar seberapa banyak nota pernyertaan yang mereka mampu bina. 

7. Nota yang telah lengkap dan ingin didaftarkan untuk pertandingan boleh dihantar kepada guru yang mengajar mata pelajaran Matematik Tambahan masing-masing. Sila tuliskan nama dan tingkatan peserta di belaknag helaian nota berkenaan.

8. Tarikh akhir penghantaran nota yang lengkap untuk pertandingan ialah 25 April 2013 (Khamis).

9. Penghakiman ke atas setiap nota untuk pertandingan adalah berdasarkan kepada kandungan, susunan, kesesuaian sebagai sumber rujukan pembelajaran, kreativiti dan ketelitian binaan.

10.  Lima hasil binaan nota yang terbaik akan dipilih sebagai pemenang hadiah.

11. Keputusan pemilihan pemenang oleh para hakim adalah muktamad.

Sekian, dimaklumkan.
 
Nota: Panitia Matematik Tambahan juga akan menganjurkan pertandingan Kuiz Matematik Tambahan Secara Online sempena Bulan Akademik 2013. Maklumat dan butiran pertandingan akan dimaklumkan sedikit masa lagi.

0 comments:

Post a Comment