Monday, April 1, 2013

MADAH SEJARAH ULANG TAHUN PENUBUHAN SMK TINGGI KAJANG YANG KE-94

Tahun 1916 bermula kisah,
Perjuangan penubuhan sebuah sekolah,
Mahukan Sekolah Inggeris di daerah Kajang,
Lima pemimpin masyarakat teguh berjuang.

Raja Muhammad bin Raja Alang, Taukeh Low Ti Kok,
NS Buck, RCM Kindersley, dan Haji Jalil Mohd Nor,
Pemimpin masyarakat mengatur gerak,
Permohonan diusul kerajaan Inggeris akur.

17 Mac 1919 terlakar sejarah,
Sekolah Inggeris Kerajaan Kajang berdiri megah,
Bangunan asalnya Rumah Rehat Kerajaan,
70 orang murid memulakan persekolahan.

Asal usul Kelas Persediaan,
Juga Kelas Menengah Rendah,
Sembilan mata pelajaran ditawarkan,
Empat orang guru tidak rasa gundah,

1930 lokasi berpindah,
Di tapak seluas 11.3 hektar,
Kajang High School nama diubah,
402 anak didik mula belajar.

Tanggal 1 April 1930 sejarah terukir,
Sultan Alaid'din Sulaiman Shah, Sultan Selangor mencemar duli,
Demi semangat anak watan yang berkobar,
Bagunan utama KHS telah dirasmi.

Zaman perang mengubah wajah,
Jepun memerintah fungsi berubah,
Ibu Pejabat tentera Wilayah Jepun@ "Toa Seinan Gakko" menguasai sekolah,
Tak percaya 'Lubang Jepun" bukti tinggalan sejarah.

KHS bangunan bertuah,
Perang Dunia Kedua dihadapi tanpa goyah,
Selepas perang murid bertambah,
Nama KHS semakin gah.

30 Julai 1960 dewan sekolah menjadi perpustakaan,
Menteri Pelajaran YB Encik Abdul Rahman Talib perasmi perubahan,
Perpustakaan Low Ti Kok diberi nama,
Sempena tokok yang suka menderma.

1974 Dewan Tan Sri Kadir Shamsuddin mula dibina,
Tokoh terbilang kebanggaan negara,
Jawatan Tertinggi Setiausaha Kerajaan Malaysia,
Nama dipahat mengenang jasa.

KHS terus menjadi sebutan,
Jauh dan dekat datang bertandang,
Bangunan asrama mula didirikan,
1 Julai 1975 Asrama Tun Abd Aziz dirasmi gilang-gemilang.

Tahun 1982 transformasi bermula,
KHS bertukar nama menjadi SMK Tinggi Kajang,
"Labor , Omnia, Vincit" @ "harworking can overcome all difficulties" menjadi
"Berilmu, Berdisiplin, Berjaya",
Megah sejarah gemilang, kejayaan akan terus dijulang.

Merah dan putih semarak warnanya,
Lencana  dan bendera sekolah berkibar megah,
Lagu Sekolah semangat bergema,
Lambang anak-anak KHS yang gagah.

Menelusuri sejarah panjang sekolah,
94 tahun usianya dipimpin 37 orang pengetua,
Encik J. Sullivan, pengetua pertama mencipta sejarah,
Kini Encik Nik Mat bin Nik Man, semoga KHS terus perkasa!

Nukilan
Pn Shamsinah bt Ibrahim
1 April 2013


1 comments:

Unknown said...

Selamat Hari Jadi yang ke-94 Kajang High School ! ! =D
Ini lah EVENT yang saya tak pernah lepaskan . .
=']

Muhammad Firdhaus bin Razali(2007-2011)

Post a Comment