Unit Tingkatan 6 SMK Tinggi Kajang
dengan kerjasama Jabatan Peguam Negara, Putrajaya telah menganjurkan satu
lawatan sambil belajar pada 23 Mac yang lalu. Seramai 81 orang pelajar
Tingkatan 6 telah mengambil bahagian dalam lawatan tersebut. Objektif lawatan
ini adalah untuk memberi pendedahan secara interaktif mengenai undang-undang
dan kerjaya dalam bidang guaman kepada remaja. Lawatan ini diiringi oleh
Penolong Kanan Tingkatan 6, Encik Rizal B Uzir dan beberapa orang guru Pengajian
Am iaitu Puan Sabariah Bt Mat Ali, Puan Munah Bt Mohd Yusop, Encik Mansor B
Ismail, dan Ustaz Ramzi B Yunus.
Amalina Farhana & Sarah (6AB)
0 comments:
Post a Comment