Friday, April 12, 2013

Majlis Pelancaran Bulan Akademik 2013




Majlis Pelancaran Bulan Akademik 2013 telah berlangsung pada 8 April. Majlis ini telah dirasmikan oleh Tuan Pengetua En. Nik Mat bin Nik Man di Dataran Murni. Program tahunan ini dilaksanakan bagi meningkatkan dan memperkembangkan bakat murid dalam pelbagai aspek  pembelajaran melalui pertandingan-pertandingan yang dianjurkan. Dalam majlis tersebut juga telah dilancarkan Kempen Mata Pelajaran Sejarah yang wajib lulus dalam SPM mulai tahun 2013. Majlis Pelancaran Bulan Akademik turut diserikan dengan persembahan Silat Gayung Patani, deklamasi dan nyanyian lagu puisi serta persembahan syair. Semua panitia telah menganjurkan pelbagai pertandingan yang boleh disertai oleh semua pelajar sepanjang bulan April.
MUHAMMAD HAZIM (4D)

0 comments:

Post a Comment