Thursday, June 27, 2013
Majlis Temu Mesra, Dialog dan Penyerahan Laporan Kemajuan Akademik Pelajar 2013
Labels:
Kurikulum,
PENGUMUMAN,
PIBG
Tuesday, June 25, 2013
Pementasan Teater Gelanggang Tuk Wali
Seramai 30
orang pelajar bersama-sama 2 guru pengiring SMK Tinggi Kajang telah dijemput
untuk menyaksikan pementasan teater KOMSAS yang berjudul ‘Gelanggang Tuk Wali‘
anjuran Bahagian Pengembangan Kesusasteraan Kanak–Kanak dan Remaja, DBP dengan
kerjasama SMK Bukit Jelutong Shah Alam. Pementasan tersebut diadakan di
Auditorium DBP, Kuala Lumpur pada 14 Jun 2013,
jam 8.30 malam. Drama tersebut dipersembahkan oleh pelajar–pelajar SMK
Bukit Jelutong, Shah Alam . Melalui pementasan tersebut, pelajar–pelajar memperoleh nilai–nilai murni
di samping menghayati keindahan karya tersebut. Diharap program seumpama ini dapat
dianjurkan lagi bagi menarik minat murid-murid sekolah menengah terhadap
pembelajaran komponen sastera .
Arif Yaakob (6AA)
Mohd . Shafiq Farhan (4D
Labels:
Buletin
Pelancaran Bendera Rumah Sukan
Setelah 94 tahun SMK Tinggi Kajang ditubuhkan, sejarah telah tercipta apabila bendera dan slogan bagi setiap rumah sukan telah dilancarkan dengan rasminya.
Rumah Raja Muhammad (The Courageous) telah memilih singa sebagai logo bendera dengan slogan ‘Belive and Achive’.
Rumah Sukan Low Ti Kok (The Challenger) pula telah memilih kuda sebagai logo bendera dan slogan ‘One Team One Dream’.
Seterusnya, seladang telah
dipilih sebagai logo bendera bagi Rumah Haji Jalil (The Fighter) dengan slogan ‘Look
Up, Get Up, Never Give Up’.
Rumah Sukan Kindersly (The Stinger) telah memilih kala jengking sebagai logo bendera dengan slogan ‘Respect All Fear None’.
(The Brave) dengan lambang harimau menjadi logo bendera Rumah Sukan
Buck dengan slogannya ‘Refuse To
Surrender’.
Syabas
diucapkan kepada semua guru yang terlibat dalam pelancaran bendera rumah-rumah
sukan ini. Diharapkan agar kejohanan olahraga pada tahun ini akan lebih meriah
dan mendapat sokongan padu daripada semua murid.
Nasrullah (3B)Badrul Amin (3KAA)
Nasrullah (3B)Badrul Amin (3KAA)
Labels:
Buletin
Kursus Kepimpinan Unit Kokurikulum SMK Tinggi Kajang
Unit Kokurikulum SMK Tinggi
Kajang telah mengadakan kursus kepimpinan untuk AJK tertinggi bagi setiap badan
beruniform, kelab dan persatuan, serta
permainan. Kursus selama dua hari satu malam ini diadakan di Muzium Telekom
Malaysia Kuala Lumpur turut disertai oleh pelajar- pelajar dari Sekolah
Kebangsaan Merbau Pulas, Kedah. Tujuan
utama kursus ini dijalankan adalah untuk memupuk sikap kepimpinan, meningkatkan
disiplin diri dan menanam sikap bertanggungjawab untuk melaksanakan jawatan
yang disandang.
Badrul
Amin (3KAA)
Labels:
Buletin
Pertandingan Kawad Kaki Peringkat Daerah Hulu Langat
SMK Dusun Nanding telah menjadi
tuan rumah dalam pertandingan kawad kaki badan beruniform GO,NGO dan KRS
Peringkat Daerah Hulu Langat yang diadakan di Pejabat Pelajaran Daerah Hulu
Langat pada 15 Jun 2013. Pertandingan
ini bermula pada jam 7.30 pagi dan berakhir pada pukul 5.00 petang. Pasukan Kadet Remaja Sekolah (KRS) SMK Tinggi
Kajang telah merangkul gelaran Naib Johan dalam kategori KRS. Tujuan pertandingan
ini diadakan adalah untuk mengeratkan hubungan antara para peserta dan memupuk
sifat disiplin dalam kalangan peserta. Syabas dan tahniah diucapkan kepada
semua pihak yang terlibat dan Pn. Hanim binti Ahmad sebagai guru penasihat
pasukan KRS SMK Tinggi Kajang.
Shaqil Bin Shuffi (5H)
Shaqil Bin Shuffi (5H)
Labels:
Buletin
Surat Siaran KPM BIL.14 TAHUN 2013 - BERKAITAN KAWASAN BERJEREBU
SURAT SIARAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BILANGAN 14 TAHUN 2013 LANGKAH-LANGKAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BAGI MENJAMIN KESIHATAN DAN KESELAMATAN MURID-MURID DI SEKOLAH-SEKOLAH YANG BERADA DALAM KAWASAN BERJEREBU YANG DIANGGAP KRITIKAL
SILA KLIK DI SINI
Labels:
Pekeliling
Monday, June 17, 2013
Program Zero to Hero
Program “ Zero To Hero “ anjuran Unit
Bimbingan & Kaunseling serta Unit Disiplin
ini telah diadakan pada 12 Jun 2013 bertujuan untuk membina ketahanan diri yang positif dan memberi
kesedaran menyeluruh kepada murid-murid tentang kesan ponteng sekolah supaya mereka
tidak terjebak dalam gejala ponteng .
Program ini telah diadakan di Kem
Singgah Santai , Hulu Langat dengan penyertaan seramai 40 orang pelajar . Encik
Azlan Azuhan bin Ismail dari De Soul Training & Consultansy telah
mengendalikan aktiviti ini dengan jayanya .
Labels:
Buletin
Perkhemahan PKBM (DARAT) Peringkat Negeri Selangor 2013
Pada 26 Mei – 30 Mei 2013, Pasukan Kadet Bersatu Malaysia
(PKBM) SMK Tinggi Kajang telah mewakili daerah Hulu Langat ke Perkhemahan PKBM
(Darat) Peringkat Negeri Selangor 2013 di Kem ll Briged, Sg. Buloh, Selangor.
Antara pertandingan yang diadakan dalam perkhemahan tersebut ialah kawad kaki,
menembak dan merentas halangan. SMK Tinggi Kajang telah berjaya meraih johan
dalam acara kawad kaki dan naib johan dalam acara menembak.SMKTK juga telah berjaya
mendapat tempat ketiga dalam acara merentas halangan. Semua peserta perkhemahan
ini berjaya mewakili Negeri Selangor ke Perkhemahan PKBM (Darat) Kebangsaan di
Seberang Takir, Terengganu pada 21 Jun hingga 27 Jun 2013. Tahniah dan syabas
diucapkan kepada pasukan PKBM yang diwakili oleh Badrul Amin (3KAA), Syafiq
(3KAA), Amirul Hafiz (3A), Haikal (3C), Afiq (3E), Jasmin Addli (3E),
Zulfirdaus (4G), Safwan (5D), Amirul Fikri (5G), Afnan (3E), Syed Taufiq (3KAA),
dan Aizat Auzaie (2C) serta guru penasihat En. Abd. Razak B. Ramli yang telah
menempa kejayaan dan mengharumkan nama sekolah
AIDI ASSYAL(6AB)
Labels:
Buletin
Tuesday, June 4, 2013
Daulat Tuanku
Salutations and Heartiest Congratulations
His Majesty The Yang Di-Pertuan Agong XIV
ABDUL HALIM MU'ADZAM SHAH IBNI ALMARHUM SULTAN BADLISHAH
On The Occasion Of His Majesty's Official Birthday
on
1 June 2013
(22 Rejab 1434H)
With Utmost Sincerity
from
The Principal,
All Teachers, Staffs and Students
of
SMK Tinggi Kajang
(Kajang High School)
Labels:
Ucapan Tahniah
Friday, May 24, 2013
Happy Wesak Day 2013
Set Aside Differences...
Everyone Coming Together As One United Family for Nation's Good
Everyone Coming Together As One United Family for Nation's Good
![]() |
| 24 May 2013 Sincerely from The Principal and All Staffs SMK Tinggi Kajang |
Labels:
Ucapan Tahniah
Wednesday, May 22, 2013
Tentatif Program Perkampungan Ilmu PMR dan SPM 2013
Unit Kurikulum SMK Tinggi
Kajang akan menganjurkan Program Perkampungan Ilmu bagi pelajar yang menduduki
peperiksaan awam PMR dan SPM pada tahun 2013. Program ini akan berlangsung pada
23, 25 dan 27 Mei bagi pelajar PMR manakala 27, 28 dan 29 Mei bagi pelajar SPM.
Antara aktiviti yang akan diadakan bagi
pelajar PMR ialah “English Camp”, Santapan Rohani dan teknik menjawab bagi mata
pelajaran Sains, Bahasa Melayu dan Matematik. Selain itu, aktiviti yang diadakan bagi pelajar SPM pula
ialah Santapan Rohani dan teknik menjawab bagi mata pelajaran Bahasa Melayu, Matematik,
Bahasa Inggeris, Sejarah, Pendidikan Islam, Pendidikan Moral, Fizik, Kimia dan
Matematik Tambahan. Tujuan program ini diadakan adalah untuk meningkat prestasi
pelajar-pelajar PMR dan SPM pada tahun ini. Para ibu bapa yang ingin
mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai program ini boleh melayari laman web
sekolah.
Shaqil
Shuffi (5H) & Ahmad Amirul (5G)
Labels:
Buletin
Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah 2013
SMK
Tinggi Kajang telah mengadakan Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah pada 16 Mei
2013. Majlis ini berlangsung dari pukul 7.30 pagi hingga 9.00 pagi bertempat di
Dataran Murni. Tema Hari Guru pada tahun ini ialah Guru Malaysia 1Aspirasi,
1Agenda. Majlis turut dihadiri YDP PIBG Prof Madya Dr. Ibrahim Bin Abu Bakar
dan Naib YDP PIBG En. Subramaniam a/l Thirupathy. Majlis diserikan lagi oleh
persembahan koir pelajar Tingkatan 6 Bawah dan penyerahan kad ucapan pelajar
kepada Tuan Pengetua. Penyampaian hadiah bagi kategori bilik guru tercantik dan
perarakan masuk guru-guru ke tapak perhimpunan telah dimenangi oleh bilik guru
4. Anugerah Guru Setia diberikan kepada guru-guru yang mempunyai kehadiran
penuh sepanjang tahun 2012. Anugerah Khas Pengetua turut memberi pengiktirafan
kepada guru-guru yang telah berkhidmat melebihi 20 tahun di SMK Tinggi Kajang.
Ahmad Amirul (5G)
& Hilmi (3RKAA)
Labels:
Buletin
Monday, May 20, 2013
Thursday, May 16, 2013
LADAP BIL 4/2013
Latihan Dalam Perkhidmatan kali
ke-4 telah diadakan pada 11 Mei yang dengan tajuk “Pembugaran Kajian Tindakan”.
Ceramah ini bermula pada pukul 8 pagi hingga 12 tengah hari bertempat di pusat
sumber SMK Tinggi Kajang. Penceramah jemputan bagi slot kali ini ialah Puan
Hanizah Hassan, Jurulatih Utama Kajian Tindakan dari SMK SAAS dan Encik Wan
Shuib bin Wan Ahmad pegawai dari Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Langat.Tujuan
ceramah ini diadakan adalah untuk memberi motivasi dan menyemarakkan semangat
para guru untuk membuat kajian tindakan di peringkat sekolah bagi meningkatkan
mutu kecemerlangan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) dan pencapaian
murid-murid. Kajian tindakan yang dihasilkan juga diharapkan boleh dikongsi
untuk diaplikasikan oleh guru-guru lain.
Shaqil Shuffi (5H)
Labels:
Buletin
Program 1M “Angle Rugby Talent”
SMK Tinggi Kajang telah menghantar seramai 27 pelajar
tingkatan satu menyertai program “Angle Rugby Talent” pada 11 Mei yang lepas . Program 1M “Angle Rugby Talent” turut dikenali
Program Klinik Ragbi ini telah diadakan di Universiti Putra Malaysia, Serdang
adalah anjuran Kelab Ragbi Universiti Putra Malaysia
dan Persatuan Ragbi Malaysia . Program ini telah disertai oleh 8 buah sekolah di
sekitar Lembah Klang. Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi
pendedahan asas- asas dalam sukan ragbi kepada para pelajar sekolah.
Badrul Amin (3KAA)
Badrul Amin (3KAA)
Labels:
Buletin
“Selamat Datang ke SMK Tinggi Kajang”
“Selamat datang ke SMK Tinggi Kajang”, itulah ungkapan yang
diterima lebih 150 orang pelajar baru yang mendaftar sebagai pelajar Tingkatan
6 Bawah bagi sesi 2013/2014 pada 8 Mei 2013 yang lalu.Pelbagai program dan aktiviti
telah dirancang sepanjang Minggu Suai Kenal. Antaranya ialah taklimat oleh
Penolong Kanan Tingkatan 6 iaitu En. Rizal B. Uzir, Program Kolaborasi Bersama
Yayasan 1 Malaysia, Citra Seni, Senamrobik dan Apresiasi SMK Tinggi Kajang. Pn.
Hasrani Razali selaku guru penyelaras Tingkatan 6 Bawah dengan bantuan
guru-guru Tingkatan 6 yang lain telah berjaya mengendalikan program ini dengan
lancar.
Siti Nurdiana Bt. Ismail
& Effa Fazira (6AB)
Labels:
Buletin
Kejohanan Bola Sepak MSS Selangor
Pada 7 hingga 11 Mei yang lalu, Kejohanan Bola Sepak MSS Selangor telah berlangsung di Kuala Selangor. Bagi kategori bawah 15 tahun, pasukan bola sepak daerah Klang telah muncul sebagai juara manakala pasukan dari daerah Hulu Langat telah menjadi naib juara. Pemenang tempat ketiga pula dikongsi oleh pasukan bola sepak daerah Petaling Perdana dan Sabak Bernam. Bagi kategori bawah 17 tahun pula, daerah Klang turut menjadi juara manakala gelaran naib juara telah disandang oleh pasukan dari daerah Petaling Utama. Pasukan dari daerah Kuala Selangor telah mendapat tempat ke-3. Tahniah dan syabas kepada pasukan yang telah menang.
Hazim Mirza (3E) & M.Nasrullah (3B)
Labels:
Buletin
PANDUAN PELAKSANAAN KERJA PROJEK MATEMATIK TAMBAHAN 2013 SMK TINGGI KAJANG
Khas untuk semua murid 5H, 5G, 5F dan 5E, 2013
Kerja Projek Matematik Tambahan 2013
Kerja Projek Matematik Tambahan Tingkatan 5 adalah wajib dilakukan oleh semua murid yang mengambil mata pelajaran Matematik Tambahan dalam Peperiksaan SPM 2013.
Sila baca panduan murid bagi melakukan kerja projek ini, kemudian pilih satu soalan daripada dua soalan yang disediakan serta muat turun dokumen-dokumen kerja projek yang berkenaan, dan lakukan kerja projek bagi soalan yang dipilih.
Sila hantar kerja projek yang telah dilengkapkan kepada guru mata pelajaran Matematik Tambahan anda pada atau sebelum 10 Jun 2013.
Murid-murid yang lewat menghantar tidak akan diterima.
Sila ambil perkara ini dengan sirius. Sebarang kemusykilan sila bertanya dengan guru Matematik Tambahan anda.
Nota: Panduan yang disertakan adalah versi 2012. Bagaimanapun keseluruhan kandungannya adalah seperti versi 2013
Labels:
Kerja Projek Matematik Tambahan
Monday, May 13, 2013
Thursday, May 9, 2013
PROGRAM MATRIKULASI KPM SELEPAS SATU DEKAD
AIMAN (5H)
Labels:
Buletin
KEJOHANAN BOLA SEPAK MSSD HULU LANGAT
Labels:
Buletin
Thursday, April 25, 2013
NILAM PROGRAMME
Our
school launched the DISTRICT NILAM PROGRAMME (Nadi Ilmu Amalan Membaca) on the
22nd of April 2013. The master of ceremonies were two Form Six librarians, Chin Kah Chun and
Wong Yee Ni (6AD) and it was officiated d by Pn. Normah bt Hashim at the assembly. The
main objective of this program is to instill a love for reading among students and encourage them to read more as knowledge
comes from what we read.
(LESLIE
GAN 6AC)
Labels:
Buletin
Majlis Anugerah Cemerlang 2013
Majlis
Anugerah Cemerlang 2012 telah diadakan pada 20 April 2013 yang lalu bertempat
di Dewan Tan Sri Kadir Shamsuddin . Majlis tersebut telah dirasmikan oleh
Pegawai Pelajaran Daerah ,Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Langat, iaitu YBhg.
Tuan Muhammad Radzi bin Abdullah. Majlis yang diadakan saban tahun ini
bertujuan mengiktiraf dan memberi penghargaan atas kejayaan cemerlang yang
dicapai oleh para pelajar SMKTK dalam Peperiksaan PMR, SPM dan STPM. Bagi tahun
2012 , Pingat Prof. Dato’ Dr. Hj. Kamel Ariffin bin Mohd Atan bagi kategori Bumiputera Terbaik PMR dimenangi
oleh Muhamad Shafeeq bin Nahoor Aziz. Kategori Bumiputera Terbaik bagi Mata pelajaran
Matematik Tambahan SPM disandang oleh Ahmad Kamil bin Ahmad Nadzri. Ahmad Kamil
bin Ahmad Nadzri juga memenangi kategori Bumiputera Terbaik bagi pelajar Aliran
Sains. Sutesh a/l Vasudhevan telah memenangi Pingat Tan Chee Ghee, iaitu
pelajar Terbaik Keseluruhan PMR manakala Senduradesigen Naidu a/l
Parthasarathee memenangi Pingat Gates iaitu pelajar Terbaik Keseluruhan SPM. Pingat
Tay Kim Siew iaitu pelajar Terbaik Keseluruhan STPM pula dimenangi oleh Wong
Fuei San. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pelajar.
(ARIF
YAAKOB 6AA)
Labels:
Buletin
PROGRAM SMART SOLAT
(SHAHIDAN
IQBAL 6AF)
Labels:
Buletin
MAJLIS PELANCARAN PROGRAM GAYA HIDUP SIHAT
Unit
Kesihatan SMK Tinggi Kajang telah melancarkan Minggu Gaya Hidup Sihat pada 18
April 2013. Majlis ini dirasmikan oleh Tuan Pengetua En. Nik Mat bin Nik Man di
Dataran Murni SMK Tinggi Kajang dengan dengan membawa tema “Kesihatanku,
Kekayaanku”. Pihak sekolah telah menjemput khas En. Muhd Khairi bin Muhd Din dari
Kementerian Kesihatan untuk menyampaikan ceramah yang bertajuk Promosi
Kesihatan : Gaya Hidup Sihat. Program ini bertujuan untuk menyemai kepentingan
menjalani gaya
hidup sihat dalam kalangan guru dan pelajar .
(SHAQIL SHUFFI 5H)
Labels:
Buletin
KAWAD PKBM
Pasukan Kadet Bersatu Malaysia (PKBM) Sek. Men. Keb Tinggi Kajang telah menyertai
Pertandingan Kawad Bersenjata pada 6 dan 7 April yang lalu bertempat di Kem Sungai Buluh. Seramai 25 orang pelajar
telah terlibat dalam pertandingan ini. Pasukan PKBM sekolah telah berjaya
mendapat tempat kelima antara 16 buah sekolah yang terlibat dalam pertandingan
ini. Sarjan Muhammad Firdaus Bin Ramdan dari kelas 4G telah berjaya mendapat
tempat ke-3 dalam kategori Ketua Platun
Terbaik. Tahniah diucapkan kepada En. Abd. Razak Ramli, guru penasihat PKBM dan
pasukan PKBM SMK Tinggi Kajang . Badrul Amin 3KAA
Labels:
Buletin
SELAMAT DATANG KE TINGKATAN 6 SESI 2013/14
Sukacita dimaklumkan bahawa pendaftaran ke tingkatan enam seperti ketetapan berikut;
Tarikh: 8 Mei 2013
Masa: 9.00 pagi
Tempat: Dewan Tan Sri Kadir Shamsuddin, SMK Tinggi Kajang.
Pakaian: Pakaian Seragam sekolah dan kemas http://praukhs.blogspot.com/2012/04/pakaian-seragam-murid-tingkatan-6-khs.html
Sila bawa dokumen asal dan salinannya seperti berikut;
1. Surat tawaran
2. Keputusan SPM 2012
3. Kad Pengenalan
4. Sijil kelahiran
5. Sijil berhenti sekolah.
Harap Maklum
Tarikh: 8 Mei 2013
Masa: 9.00 pagi
Tempat: Dewan Tan Sri Kadir Shamsuddin, SMK Tinggi Kajang.
Pakaian: Pakaian Seragam sekolah dan kemas http://praukhs.blogspot.com/2012/04/pakaian-seragam-murid-tingkatan-6-khs.html
Sila bawa dokumen asal dan salinannya seperti berikut;
1. Surat tawaran
2. Keputusan SPM 2012
3. Kad Pengenalan
4. Sijil kelahiran
5. Sijil berhenti sekolah.
Harap Maklum
Labels:
Tingkatan 6
PAKEJ MATA PELAJARAN TINGKATAN ENAM SMK TINGGI KAJANG
Berikut adalah pakej mata pelajaran yang ditawarkan di tingkatan enam SMK Tinggi Kajang. Murid tidak dibenarkan mengambil subjek selain dari pakej yang ditawarkan.
Pakej Mata Pelajaran Kemanusiaan
1. Pengajian Am, MUET, Bahasa Melayu, Geogafi, Ekonomi
2. Pengajian Am, MUET, Bahasa Melayu, Kesusasteraan Melayu Komunikatif, Sejarah.
3. Pengajian Am, MUET, Ekonomi, Pengajian Perniagaan, Perakaunan.
Pakej Mata Pelajaran Sains
1. Pengajian Am, MUET, Matematik, Kimia, Fizik.
2. Pengajian Am, MUET, Matematik, Kimia, Biologi
Harap maklum.
Pakej Mata Pelajaran Kemanusiaan
1. Pengajian Am, MUET, Bahasa Melayu, Geogafi, Ekonomi
2. Pengajian Am, MUET, Bahasa Melayu, Kesusasteraan Melayu Komunikatif, Sejarah.
3. Pengajian Am, MUET, Ekonomi, Pengajian Perniagaan, Perakaunan.
Pakej Mata Pelajaran Sains
1. Pengajian Am, MUET, Matematik, Kimia, Fizik.
2. Pengajian Am, MUET, Matematik, Kimia, Biologi
Harap maklum.
Labels:
Tingkatan 6
Sunday, April 14, 2013
Friday, April 12, 2013
PROGRAM ‘STUDY SMART’
Unit Tingkatan 6 SMK Tinggi Kajang
dengan kerjasama INTI International University telah menganjurkan Program ‘Study
Smart’ yang berlangsung pada 9 April 2013 di Kampus INTI International
University, Nilai. Program ini bertujuan untuk mendedahkan tentang pemilihan
kerjaya dan kemahiran belajar kepada pelajar-pelajar tingkatan enam. Semua
pelajar tingkatan enam telah terlibat dalam program ini. Guru-guru akademik
tingkatan enam pula berpeluang mengikuti Program Fisioterapi di Pusat
Fisioterapi universiti tersebut.
SARAH
& AMALINA (6AB)
Labels:
Buletin
Anugerah Khas Kecemerlangan Peperiksaan STPM 2013 Penggal Pertama
Unit Pengurusan Tingkatan 6 telah
memberi Anugerah Khas kepada 12 orang pelajar yang memperoleh kecemerlangan
dalam peperiksaan STPM 2013 penggal pertama pada 8 April yang lalu. Anugerah
khas ini dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu Anugerah Jejak Jaya, Anugerah Cendekia,
dan Anugerah Citra Unggul yang diberikan kepada pelajar-pelajar yang
memperolehi Purata Nilai Gred (PNG) melebihi 3.5. Anugerah ini bertujuan untuk
memberi perangsang kepada pelajar-pelajar untuk mencapai kecemerlangan dalam
peperiksaan penggal 1, 2, dan 3 akan datang.
AIDI
ASSYAL (6AB)
Labels:
Buletin
Majlis Pelancaran Bulan Akademik 2013
Majlis Pelancaran Bulan Akademik 2013 telah berlangsung pada 8
April. Majlis ini telah dirasmikan oleh Tuan Pengetua En. Nik Mat bin Nik Man di
Dataran Murni. Program tahunan ini dilaksanakan bagi meningkatkan dan
memperkembangkan bakat murid dalam pelbagai aspek pembelajaran melalui pertandingan-pertandingan
yang dianjurkan. Dalam majlis tersebut juga telah dilancarkan Kempen Mata Pelajaran
Sejarah yang wajib lulus dalam SPM mulai tahun 2013. Majlis Pelancaran Bulan
Akademik turut diserikan dengan persembahan Silat Gayung Patani, deklamasi dan
nyanyian lagu puisi serta persembahan syair. Semua panitia telah menganjurkan
pelbagai pertandingan yang boleh disertai oleh semua pelajar sepanjang bulan April.
MUHAMMAD HAZIM (4D)
Labels:
Buletin
Perlawanan Persahabatan Antarabangsa
Pasukan bola sepak SMKTK bawah 18
telah mengadakan perlawanan Persahabatan Antarabangsa dengan Frenz United
Football Academy Indonesia (FUFA IND) pada 6 April yang lalu di Stadium Janda
Baik Pahang. Pasukan bola sepak SMKTK telah mendapat keputusan seri 1-1 dengan
Frenz United Indonesia. Tahniah kepada Cikgu Sa’ari dan pasukannya kerana berjaya
mengutip keputusan seri dalam perlawanan persahabatan tersebut.
ASYRAF
SA’ARI (6AB)
Labels:
Buletin
Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP) Bil. 3/2013
SHAQIL
SHUFFI (5H)
Labels:
Buletin
Sambutan Ulang Tahun Penubuhan SMK Tinggi Kajang ke-94
Sambutan Ulang Tahun Penubuhan SMKTK
ke-94 yang diadakan pada 1 April yang lalu telah dirasmikan oleh YDP PIBG Prof.
Madya. Dr. Ibrahim bin Abu Bakar. Majlis yang diadakan di Dataran Murni turut diserikan
dengan acara memotong kek oleh barisan pentadbir bersama-sama dua orang pelajar
yang menyambut ulang tahun kelahiran pada tarikh yang sama iaitu Nurhanani
(6AB) dan Muhd Arif Syazwan (4C). Pelajar tingkatan 6AB iaitu Kamarul Ariffin telah
membaca sebuah gurindam untuk acara persembahan . Majlis turut dimeriahkan lagi
dengan bacaan sejarah sekolah oleh Pn. Shamsinah dan seterusnya mengendalikan
acara kuiz. Dalam majlis tersebut juga, tetamu kehormat telah melancarkan
Tabung Wira Lahad Datu bagi memohon sumbangan warga SMKTK sebagai tanda penghargaan
atas perjuangan wira-wira negara yang telah terkorban kerana mempertahankan
kedaulatan negara.
NURHANANI
(6AB)
Labels:
Buletin
Thursday, April 11, 2013
Surat Jemputan ke Anugerah Cemerlang 2013
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TINGGI KAJANG
JALAN SEMENYIH,
43000 KAJANG,
SELANGOR DARUL EHSAN
|
TELEFON : 03-87363044
FAKSIMILI : 03-87341478
EMAIL
: kjghigh@yahoo.com
|
Tarikh : 2 April 2013
Kepada,
----------------------------------
----------------------------------
---------------------------------
Tuan/puan,
MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG 2013
Dengan segala hormatnya saya
merujuk kepada perkara di atas, ingin memaklumkan bahawa Majlis Anugerah
Cemerlang 2013 akan diadakan pada:
Tarikh : 20
April 2013 (Sabtu)Masa : 8.00 pagi
Tempat : Dewan Tan Sri Kadir Shamsuddin , SMK Tinggi Kajang.
2.
Sehubungan dengan
itu, pihak sekolah merakamkan setinggi-tinggi ucapan syabas dan tahniah atas
kejayaan anak tuan/puan yang bernama__________________________
dari tingkatan ______ kerana berjaya meraih anugerah berikut:
Pencapaian Cemerlang *PMR / SPM / STPM 2012/
Anugerah PIBG/ Hadiah Insentif
Terbaik Mata Pelajaran *SPM/ STPM 2012
Pelajar Terbaik Aliran *Sastera/ Sains bagi SPM/STPM 2012
Penerima Anugerah Pingat Khas: (Ibu bapa penerima Pingat Khas akan dijemput naik ke pentas bersama-sama anak mereka)
3. Pihak sekolah turut berbesar hati menjemput tuan/puan hadir bagi memeriahkan lagi majlis tersebut. Sekiranya penerima hadiah tidak dapat hadir tuan/puan diminta menghantar seorang wakil dari kalangan ahli keluarga.
4. Semua penerima hadiah termasuk wakil
mestilah mematuhi etika pakaian seperti berikut:
4.1 Berpakaian seragam sekolah masing-masing yang lengkap
atau
4.2 Berkemeja lengan panjang , seluar slack, bertali
leher dan berkasut atau
perempuan) dan berkasut atau
5. Kerjasama dan kesudian tuan/puan hadir untuk
sama-sama memeriahkan majlis tersebut amatlah dialu-alukan dan didahului dengan
ucapan terima kasih.
Sekian.
“ Kejujuran dan Ketekunan “‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’
Saya yang menurut perintah
NIK MAT BIN NIK MAN
PengetuaSMK Tinggi Kajang
SURAT JAWAPAN
---------------------------- ---------------------------
---------------------------
Tarikh:
PengetuaSMK Tinggi Kajang
43000 Kajang
Selangor
Tuan,
Majlis Anugerah Cemerlang 2013
Merujuk kepada perkara di atas, saya _______________________________
ibu/bapa/penjaga kepada ______________________________ tingkatan
______ ingin memaklumkan kehadiran seperti berikut:
Hadir
|
Tidak
Hadir
|
|
Penerima Hadiah
|
||
Ibu
|
||
Bapa
|
Sila tandakan ( ✓ ) pada ruangan berkenaan
Sekian.Yang benar,
Nota:
Pengesahan
Kehadiran ini hendaklah dikembalikan sebelum 12 April 2013 sama ada melalui
pos, faks ( 03-87341478 )atau melalui SMS.
Talian untuk SMS
bagi ialah 013-9582599 – Pn Sarleena bt Mamat (PMR), 012-3196221 - Pn Chia Lee
Fong (SPM), 016-2420910 – Pn Hasrani (STPM). Sila nyatakan adakah penerima
hadiah akan hadir atau tidak dan sama ada ibu bapa akan hadir bersama pada hari
berkenaan
Jika ibu atau bapa
ingin mewakili anak untuk menerima hadiah di atas pentas, sila maklumkan kepada
AJK Pendaftaran pada hari berkenaan.
Terima kasih.

















