Pasukan bola sepak SMK Tinggi Kajang di bawah bimbingan Encik
Saari telah menjuarai Kejohanan Bola Sepak Majlis Sukan-Sukan Daerah Hulu
Langat (MSSDHL) bawah 18 tahun manakala pasukan bawah 15 tahun pula menduduki
tempat ketiga. Kejohanan ini berlangsung pada 22 hingga 24 April 2013 bertempat
di padang SMK Agama Maahad Hamidiah, Kajang. Selaku penganjur pertandingan, SMK
Tinggi Kajang telah merampas semula gelaran juara daripada SMK Pandan Indah yang
menjuarai kategori bawah 18 pada tahun lalu. Syabas dan tahniah kepada pasukan
bola sepak SMK Tinggi Kajang.
(AHMAD AMIRUL 5G)
0 comments:
Post a Comment