Sunday, January 9, 2011

Perhatian Untuk Guru-Guru Yang Akan Dilantik Menjalankan Tugas Ini Tahun 2011 - Tak Usah Tulis Surat Macam Ini Lagi!

MENAMBAH ELAUN PENGAWASAN PEPERIKSAAN PMR



Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk kepada SMS “GARUPALE:BHA14919” dalam ruangan Rakan@bh akhbar Berita Harian 21 Disember 2010.
KPM merujuk kepada SMS – Sudah tiba masanya Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) menambah elaun pengawasan peperiksaan PMR. Elaun RM75 tidak setimpal dengan tanggung jawab yang besar..

Lembaga Peperiksaan ingin menjelaskan bahawa kadar bayaran kepada pengawas peperiksaan awam telah disemak semula pada tahun 2007. Bayaran dibuat dengan merujuk kepada kadar yang diluluskan oleh Kementerian Kewangan melalui surat KK/BP 10/441/79(SK.1/2007)(15) bertarikh 28 September 2007.

UNIT KOMUNIKASI KORPORAT

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

0 comments:

Post a Comment