Utusan Malaysia bertarikh 13 November 2012 – KAJI NAIK PANGKAT TIME BASED
21 January 2013
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)
ingin merujuk kepada Surat Pembaca “Peneroka Ilmu, Sungai Petani,
Kedah” dalam ruangan Surat Kepada Pengarang akhbar Utusan Malaysia
bertarikh 13 November 2012 – Kaji naik pangkat time based.
Urusan kenaikan pangkat Time-Based
merupakan keistimewaan dan kelebihan yang diberikan oleh Kerajaan
kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP). PPP boleh dinaikkan
pangkat secara Time-Based sekiranya memenuhi syarat tempoh masa
dan syarat-syarat lain yang ditetapkan tertakluk kepada kelulusan
Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pelajaran (LKPPP). Bagi PPP yang
cemerlang, boleh dipertimbangkan kenaikan pangkat dalam Laluan Cemerlang
hingga ke Gred Khas C atau JUSA C secara Khas Untuk Penyadang (KUP).
Markah prestasi Laporan Nilaian
Prestasi Tahunan (LNPT) bagi tiga tahun terkini dan perakuan daripada
Ketua Jabatan merupakan syarat utama seorang pegawai layak
dipertimbangkan. Sekiranya Ketua Jabatan tidak menyokong atau
memperakukan pegawai untuk kenaikan pangkat, perkara tersebut sepatutnya
adalah selari dengan penilaian LNPT. Ini bagi mengelakkan Ketua Jabatan
memberikan LNPT yang tinggi tetapi merasakan pegawai tidak layak untuk
diperakukan kenaikan pangkat Time-Based.
Mulai 1 Januari 2012, Kerajaan telah menambah baik laluan kenaikan pangkat Time-Based dengan mewujudkan kenaikan pangkat Time-Based
Berasaskan Kecemerlangan bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah
(PPPS) sehingga ke Gred DG54 secara KUP bagi tempoh 8-8-6-3. Manakala
Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (PPPLD) diberi kenaikan
pangkat sehingga ke Gred DGA38 secara KUP bagi tempoh 8-8-5. Pada masa
ini, syarat kenaikan pangkat adalah sama seperti mana yang ditetapkan
sebelum ini. Walau bagaimanapun, Kementerian dan Jabatan Perkhidmatan
Awam (JPA) sedang menyediakan kriteria kecemerlangan bagi urusan
kenaikan pangkat Time-Based untuk dijadikan syarat kenaikan
pangkat pada masa akan datang. Kriteria kecemerlangan ini akan dijadikan
syarat minimum pegawai untuk dipertimbangkan kenaikan pangkat.
Sehubungan itu, Kementerian akan
menimbang cadangan dan saranan yang dikemukakan untuk disesuaikan dalam
kriteria kecemerlangan yang sedang disediakan tertakluk kepada kelulusan
LKPPP.
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
Baca lagi di sini.
0 comments:
Post a Comment