Unit
Kurikulum SMK Tinggi Kajang telah mengadakan Majlis Penyampaian Hadiah
Pelajar-Pelajar Cemerlang Peperiksaan Percubaan PMR 2013 pada 2 September lalu.
Seramai 23 orang murid telah dipilih berdasarkan pencapaian cemerlang dalam
peperiksaan percubaan yang lalu. Anugerah yang disediakan terbahagi kepada 2
kategori iaitu kategori pelajar cemerlang yang mencapai A dalam semua mata
pelajaran dan kategori pelajar harapan bagi pelajar yang mencatat keputusan 4A
dan ke atas. Majlis penyampaian hadiah ini bertujuan memberi motivasi kepada
murid-murid ini untuk terus cemerlang dan menyuntik semangat dalam diri
murid-murid lain untuk terus berusaha mencapai keputusan yang cemerlang dalam
peperiksaan PMR yang bakal menjelang tidak lama lagi. Tahniah dan syabas kepada
murid-murid yang berjaya.
Ahmad Amirul (5G)
0 comments:
Post a Comment