Tuesday, September 10, 2013

Kriket Piala KPPM - SMK Tinggi Kajang Masih Juara

SMK Tinggi Kajang Juara Lagi


ANGGOTA pasukan SMK Tinggi Kajang meraikan kejayaan menjadi juara Cabaran Kriket Piala Ketua Pengarah Pelajaran di Bayuemas Oval, Klang semalam. Turut sama Pengarah Pelajaran Selangor, Mahmud Karim (tengah).

KLANG - Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Kajang masih perkasa dan kemenangan menumbangkan SMK Penang Free dengan ining dan 37 larian dalam babak akhir Cabaran Kriket Piala Ketua Pengarah Pelajaran semalam membuktikan skuad juara bertahan tetap kental untuk bergelar juara.

Pertemuan dua ining bermula kemarin di gelanggang kriket antarabangsa Bayuemas Oval dekat sini menyaksikan pasukan dari Kajang itu menghimpunkan 171-9 dalam ining pertama setelah lawan cuma mengumpulkan 67 larian setelah digegar serbuan pada awal perlawanan.

Pada hari kedua, SMK Penang Free masih tidak berkemampuan kerana mengumpulkan 67 larian lagi sekali gus tertiarap untuk kemenangan mudah penyandang juara.

"Kami menjangkakan boleh menang mudah apabila melihat kepada pencapaian hari pertama. SMK Penang Free perlu berusaha memperkemaskan pasukan untuk saingan tahun depan," kata penyelaras SMK Tinggi Kajang, Tan Eng Hui.


© Utusan Melayu (M) Bhd

0 comments:

Post a Comment