Berita Harian bertarikh 20 September 2010
MOHON KPM MELULUSKAN PERMOHONAN PERTUKARAN SUAMI ISTERI
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk kepada SMS “ALFA30:BHA30951” dalam ruangan Rakan@bh akhbar Berita Harian bertarikh 20 September 2010.
KPM merujuk kepada SMS – Mohon KPM supaya jika meluluskan permohonan pertukaran suami isteri biarlah dapat semua. Susah kalau dapat salah seorang.
KPM telah berusaha menyelesaikan masalah permohonan bersama iaitu jika memenuhi syarat untuk kelulusan, maka kedua-duanya akan diluluskan dan jika tidak layak, maka kedua-duanya tidak diluluskan. Justeru, tidak wujud sebarang isu untuk seorang lulus dan seorang tidak lulus semasa proses pertukaran dilaksanakan.
Walau bagaimanapun, ada juga kes berlaku di mana sistem tidak dapat mengesan permohonan bersama. Masalah ini berlaku disebabkan pemohon tidak menyatakan bahawa permohonan yang dibuat adalah permohonan bersama dan ada juga yang telah salah mengisi nombor kad pengenalan mereka.
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
0 comments:
Post a Comment