SOALAN MATEMATIK TAMBAHAN TIDAK LENGKAP
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk kepada SMS “TRW82:BHA33588” dalam ruangan Rakan@bh akhbar Berita Harian bertarikh 3 Disember 2010. KPM merujuk kepada SMS – Soalan Matematik Tambahan kertas 2 nombor 11, tidak lengkap. Mana label sudut? Ramai pelajar tanya, nak jawab apa soalan mereka? Soalan bonuskah? Lembaga Peperiksaan (LP) mengambil maklum tentang kesilapan berkaitan Kertas Soalan Matematik Tambahan SPM 2010 [Soalan 11(a)]. Walau bagaimanapun, kajian LP mendapati bahawa kesilapan kecil tersebut tidak menjejaskan prestasi calon keseluruhannya. Sesungguhnya, LP mempunyai prosedur kerja yang mantap dan kukuh yang telah dijalankan selama ini. LP ingin menegaskan bahawa semua calon peperiksaan diberi pertimbangan yang adil dan keputusan yang sahih selaras dengan dasar dan prinsip yang dipegang oleh LP. Kepentingan calon tetap akan diutamakan dalam semua keadaan. UNIT KOMUNIKASI KORPORAT |
0 comments:
Post a Comment