Thursday, March 18, 2010

Seri Tetapi SMK Tinggi Kajang Atasi VI

Sunday, 07 February 2010 22:18
BANGI - Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Kajang (SMK Tinggi Kajang) mengatasi Sekolah Menengah Kebangsaan Victoria (VI) pada perlawanan pertama Cabaran Kriket Piala Ketua Pengarah Pelajaran di UKM Oval, di sini pada 7 Februari.

Setelah dua hari pertemuan, kedua-dua pasukan tidak memperoleh sebarang keputusan, cuma seri setelah SMK Tinggi Kajang bertahan setakat 79 larian untuk lima wiket dalam over ke-42.

Berpandukan perkiraan bonus, SMK Tinggi Kajang mengatasi VI dengan 2.09 mata. SMK Tinggi Kajang memungut 11.09 mata berbanding VI cuma 9.

Juara bertahan, SMK Penang Free masih belum memulakan saingan.Finalis tahun lalu dan juara pada 2004 hingga 2006, VI malang apabila hanya melakukan 104 larian pada ining pertama manakala SMK Tinggi memungut mata bonus apabila mengatasi ining awal setelah mengumpulkan 130 larian.
Apa pun, VI meletakkan lawannya 171 larian untuk menang hanya selepas sajian tengah hari, 7 Februari dan waktu menyerbu amat terhad berikutan taktik menahan asakan oleh SMK Tinggi Kajang.

Pemain serba boleh SMK Tinggi Kajang, Azwan Idris menyinar dalam aksi hujung minggu itu apabila melakukan 62 larian di samping mengaut tujuh wiket lawan.

KEPUTUSAN:
SMK Tinggi Kajang (11.09 mata) dan VI (9 mata) seri.
Ining pertama:
VI 104 (47,1 over) Sivananthan G. Krishnan 29, Fauzan Malik 14. Azwan Idris 3-12, Anwar A. Rahman 2-28, Mubin Salahuddin 2-8.
SMK Tinggi Kajang 130 (46.1 over) Azwan Idris 62, Ibrahim Khalil Zakaria 33, Amiruddin Azahar 14. Noor Afif Saufee 3-22.

Ining kedua:
VI 196 (61 over) Noor Afif Saufee 61, Fauzan Malik 37, Faizshal Niaz-Lyn 29, Norharif Hamidon 22. Azwan Idris 4-60, Anwar A. Rahman 2-22.
SMK Tinggi Kajang 79-5 (42 over) Ibrahim Khalil Zakaria 28, Wafiq Irfan Zarbani 15. Khairul Izuan Razman 3-25, Noor Afif Saufee 2-4.
                                                                      
 




Pemukul VI, bersedia untuk menhayun asakan
pembaling SMK Tinggi Kajang di UKM Oval  pada 7 Februari.

0 comments:

Post a Comment