Saturday, March 13, 2010

Kejohanan Sukan Tahunan SMK Tinggi Kajang Ke-75

Kejohanan Sukan Tahunan SMK Tinggi Kajang Kali Ke-75 Tahun 2010 dijangka akan dilangsugkan di padang SMK Tinggi Kajang pada 27 March 2010 mulai 8.00 pagi. Setelah sekian lama kejohanan ini telah tidak dijalankan di padang sekolah ini kerana masalah logistik yang tidak dapat dielakkan, kini kejohanan ini kembali ke tempat asalnya. Dari riak persediaan urusetia kejohanan dan keghairahan 'perang psikologi' yang dilakukankan oleh guru-guru ketua rumah menjelang kejohanan ini terpancar harapan bahawa kejohanan kali ini akan memperlihatkan kemeriahan yang telah sekian lama tidak dirasai seperti pada tahun-tahun enam puluhan dan tujuh puluhan. Kepada guru-guru, ibubapa dan para pelajar dari generasi tersebut pastinya kejohanan kali ini akan mengembalikan nolstagia yang mengusik jiwa.

Sementara itu pertandingan pada peringkat saringan dan beberapa acara pada peringkat akhir akan dilangsungkan mulai 23 March 2010 sehiggalah sehari menjelang hari kejohanan. Dari segi pungutan mata antara rumah-rumah berdasar kepada acara-acara ujian tara, Rumah Low Ti Kok (Biru) yang diungguli oleh peserta-peserta Kelas III, kini mendahului rumah-rumah lain.  Walau bagaimanapun rumah-rumah lain, khasnya Rumah Haji Jalil (Merah) yang menaruh harapan kepada peserta-peserta dari Kelas II dan I, menjejaki Rumah Low Ti Kok dengan rapat dan ada kemungkinan besar Rumah Haji Jalil akan memintas Rumah Low Ti Kok apabila acara-acara sebelum hari kejohanan selesai dilangsungkan.
Majulah Sukan Untuk Kajang High.

0 comments:

Post a Comment