Wednesday, March 24, 2010

Kejohanan Sukan Tahunan SMK Tinggi Kajang Kali Ke 75, Tahun 2010

Kejohanan Sukan Tahunan SMK Tinggi Kajang kali ke-75, tahun 2010 akan dilangsungkan di padang SMK Tinggi Kajang pada 27 Mac 2010, bermula pada pukul 8.00 pagi. Timbalan Yang DiPertua PIBG, Puan Kartina akan merasmikan kejohanan ini, yang buat pertama kalinya kembali dilangsungkan di padang sekolah, setelah sekian lama kejohanan ini dijalankan di luar dari kawasan sekolah. Berdasarkan persediaan dan keghairahan semua pihak di sekolah ini yang sedang giat melaksanakan aktiviti-aktiviti sebelum hari kejohananan, membayangkan kejohanan kali ini akan dilangsungkan dengan penuh meriah.
Salah satu acara yang menarik yang akan dilangsungkan pada hari kejohanan ialah lari berganti-ganti 4x100m sekolah-sekolah jemputan. Sebanyak 7 buah sekolah sekitar Kajang selain dari SMK Tinggi Kajang dijangka akan menyertai acara tersebut. SMK Tinggi Kajang merupakan juara bertahan acara ini. Satu lagi acara yang dijangka akan menarik perhatian ramai khasnya warga sekolah ialah lari berganti-ganti 5x40m antara guru-guru rumah sukan. Sehubungan itu pihak sekolah ingin memjemput semua murid dan ibu bapa supaya dapat hadir untuk bersama memeriahkan kejohanan sukan tahunan ini.
Dari segi pungutan mata antara rumah-rumah sukan setakat 4.00 petang, 24 Mac 2010, sebagaimana dinyatakan oleh Setiausaha Sukan, En. Sa'ari Abd. Hamid, Rumah Haji Jalil (Rumah Merah) telah mengatasi Rumah Buck (Rumah Kuning) di tempat kedua setelah sekian lama mengekorinya di tempat ketiga. Walau bagaimanpun, Rumah Low Ti Kok (Rumah Biru) masih mendahului rumah-rumah lain. Kedudukan ini pasti akan berubah apabila acara-acara saringan dan akhir yang sedang berlangsung berakhir menjelang hari kejohanan. Rumah Haji Jalil telah berjaya merapatkan jurang mata dengan Rumah Low Ti Kok dan sedang memberikan saingan sengit untuk menggugat kedudukan rumah tersebut.

0 comments:

Post a Comment