Wajah Warga Guru 91 tahun KHS
Sunday, March 28, 2010
Saturday, March 27, 2010
Tawaran Program Kerjasama KTAC & UPM
Kepada pelajar berikut sila dapatkan surat tawaran anda di bilik kaunselor sekolah. Maklumat lanjut berkaitan tawaran, sila jumpa kaunselor.
1. Muhamad Faris b Mohammad Hilmi.
2. Jayashiman a/l Jammaseelam.
3. Zairin bt Zakaria.
4. Nur Afiqah bt Ahmad Kamal.
5. Muslan Hong b Musli Hong.
6. Nurizzaty bt Abu Bakar.
7. Suraya Hanim bt Abdul Rahman.
8. Sri Ikhraizan bt Abu Hurairah.
9. Fathin Munirah bt Sardi.
10. Nur Inarah bt Baharuddin.
11. Ermawati bt Abdul Lajis @ Abd.
12. Rathina a/p Kumarran
Harap maklum.
Labels:
PENGUMUMAN
Thursday, March 25, 2010
PENGIRAAN NILAI WAJARAN (UNIT) BAGI SISTEM PENGGREDAN BARU SPM
PANDUAN PENGIRAAN NILAI WAJARAN (UNIT) BAGI PENENTUAN SYARAT–SYARAT KELAYAKAN MASUK KE TINGKATAN ENAM BAWAH 2010
Melalui Mesyuarat Jemaah Menteri bertarikh 9 September 2009, kerajaan telah bersetuju supaya Kementerian Pelajaran Malaysia melaksanakan sistem penggredan baru SPM mulai tahun peperiksaan 2009. Perubahan ini melibatkan penambahan gred A+ yang lebih tinggi daripada gred tertinggi sedia ada 1A. Gred-gred lain diubah seperti jadual berikut.
Gred Sedia Ada Gred Baru
- A+
1A A
1A A
2A A-
3B B+
4B B
5C C+
6C C
6C C
7D D
8E E
9G G
Jadual 1 : Perbezaan Gred Sedia Ada dan Gred Baru
Berdasarkan persetujuan yang telah dicapai dalam Mesyuarat Bagi Membincangkan Kesan Perubahan Penggredan SPM Kepada Proses Pengiraan Syarat Kemasukan Ke Program Matrikulasi, Tingkatan Enam Bawah dan Kursus Perguruan Lepasan SPM pada 3 Feb 2010, Bahagian Pengurusan Sekolah Harian telah mengambil keputusan untuk menetapkan wajaran yang akan digunakan di dalam pemilihan murid ke Tingkatan Enam Bawah bagi Tahun 2010 disesuaikan dengan gred dalam SPM mulai Tahun 2009 tanpa melibatkan pengubahsuaian dalam Sistem Online Kemasukan Murid ke Tingkatan Enam Bawah.
Jadual 2: Pemilihan Murid ke Tingkatan Enam Bawah 2010 Menggunakan Nilai Mata Gred
Gred Sedia Ada Gred Baru Nilai Mata Gred
1A A+ dan A 1
1A A+ dan A 1
2A A- 2
3B B+ 3
4B B 4
5C C+ 5
6C C 6
7D D 7
8E E 8
9G G 9
Labels:
Berita Pendidikan
SYARAT-SYARAT KELAYAKAN MASUK KE TINGKATAN ENAM BAWAH 2010
SYARAT-SYARAT KELAYAKAN MASUK KE TINGKATAN ENAM BAWAH 2010
DI SEKOLAH MENENGAH HARIAN
Murid-murid dari sekolah kerajaan yang layak ditawarkan masuk ke Tingkatan Enam Bawah 2010 hendaklah memenuhi tiga-tiga syarat berikut:
1. Memperoleh kepujian bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dalam peperiksaan SPM 2009.
2. (A) Untuk kemasukan ke jurusan KEMANUSIAAN, calon mesti memperolehi TIGA kepujian dan jumlah mata gred tidak melebihi 8 unit bagi TIGA mata pelajaran terbaik. Tiap-tiap satunya hendaklah daripada kumpulan yang berlainan dari kumpulan-kumpulan berikut:
2. (A) Untuk kemasukan ke jurusan KEMANUSIAAN, calon mesti memperolehi TIGA kepujian dan jumlah mata gred tidak melebihi 8 unit bagi TIGA mata pelajaran terbaik. Tiap-tiap satunya hendaklah daripada kumpulan yang berlainan dari kumpulan-kumpulan berikut:
KUMPULAN MATA PELAJARAN
I Bahasa Melayu
II Bahasa Inggeris
III Kesusasteraan Melayu / Kesusasteraan Inggeris
IV Sejarah
V Geografi / Pendidikan Seni Visual
VI Pendidikan Islam / Pendidikan Moral VII Matematik / Matematik Tambahan VIII Sains / Sains Tambahan / Applied Science
IX Salah Satu Mata Pelajaran Teknik / Vokasional / Mata Pelajaran Vokasional (MPV)X Tasawwur Islam / Pendidikan Al Quran Dan Al Sunnah / Pendidikan Syariah Islamiah
XI Bahasa Arab Tinggi / Bahasa Arab (Komunikasi) / Bahasa Cina / Bahasa Tami
XII Sains Pertanian / Perdagangan / Prinsip Perakaunan / Ekonomi Asas / Ekonomi Rumah Tangga / Pengetahuan Sains Sukan
Calon-calon yang memperolehi jumlah mata gred 9 hingga 12 unit bagi TIGA mata pelajaran terbaik daripada TIGA kumpulan yang berlainan seperti tercatat dalam 2(A), layak ditawarkan ke Tingkatan Enam Bawah dengan syarat terdapat kekosongan tempat di negeri berkenaan.
ATAU(B) Untuk kemasukan ke jurusan SAINS, calon mesti memperoleh sekurang- kurangnya TIGA kepujian dengan jumlah mata gred yang tidak melebihi 18 unit. Tiap-tiap satunya hendaklah dalam kumpulan yang berlainan dari kumpulan-kumpulan berikut:
KUMPULAN MATA PELAJARAN
I Matematik / Matematik Tambahan
II Fizik
III Kimia
IV Biologi
V Lukisan Kejuruteraan / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Amp; Elektronik / Rekacipta / Teknologi Kejuruteraan / Teknologi Maklumat / Pengajian Agroteknologi / Pengurusan Makanan / Pengajian Pakaian.
3. Bagi kedua-dua jurusan, umur calon mestilah tidak melebihi 20 tahun dan tidak kurang daripada 17 tahun pada 1 Januari 2010.
Labels:
Berita Pendidikan
Wednesday, March 24, 2010
Kejohanan Sukan Tahunan SMK Tinggi Kajang Kali Ke 75, Tahun 2010
Kejohanan Sukan Tahunan SMK Tinggi Kajang kali ke-75, tahun 2010 akan dilangsungkan di padang SMK Tinggi Kajang pada 27 Mac 2010, bermula pada pukul 8.00 pagi. Timbalan Yang DiPertua PIBG, Puan Kartina akan merasmikan kejohanan ini, yang buat pertama kalinya kembali dilangsungkan di padang sekolah, setelah sekian lama kejohanan ini dijalankan di luar dari kawasan sekolah. Berdasarkan persediaan dan keghairahan semua pihak di sekolah ini yang sedang giat melaksanakan aktiviti-aktiviti sebelum hari kejohananan, membayangkan kejohanan kali ini akan dilangsungkan dengan penuh meriah.
Salah satu acara yang menarik yang akan dilangsungkan pada hari kejohanan ialah lari berganti-ganti 4x100m sekolah-sekolah jemputan. Sebanyak 7 buah sekolah sekitar Kajang selain dari SMK Tinggi Kajang dijangka akan menyertai acara tersebut. SMK Tinggi Kajang merupakan juara bertahan acara ini. Satu lagi acara yang dijangka akan menarik perhatian ramai khasnya warga sekolah ialah lari berganti-ganti 5x40m antara guru-guru rumah sukan. Sehubungan itu pihak sekolah ingin memjemput semua murid dan ibu bapa supaya dapat hadir untuk bersama memeriahkan kejohanan sukan tahunan ini.
Dari segi pungutan mata antara rumah-rumah sukan setakat 4.00 petang, 24 Mac 2010, sebagaimana dinyatakan oleh Setiausaha Sukan, En. Sa'ari Abd. Hamid, Rumah Haji Jalil (Rumah Merah) telah mengatasi Rumah Buck (Rumah Kuning) di tempat kedua setelah sekian lama mengekorinya di tempat ketiga. Walau bagaimanpun, Rumah Low Ti Kok (Rumah Biru) masih mendahului rumah-rumah lain. Kedudukan ini pasti akan berubah apabila acara-acara saringan dan akhir yang sedang berlangsung berakhir menjelang hari kejohanan. Rumah Haji Jalil telah berjaya merapatkan jurang mata dengan Rumah Low Ti Kok dan sedang memberikan saingan sengit untuk menggugat kedudukan rumah tersebut.
Labels:
SUKAN
Monday, March 22, 2010
Kementerian tak tukar status calon isi jawatan pengetua
2010/03/22
SERAMAI 160 pengetua pada 2008 dan 150 pada 2009 dilantik melalui urusan pemangkuan atau kenaikan pangkat ke gred DG48. Bagi kaedah pengisian secara penempatan setara, 241 pengetua dilantik mengisi jawatan Pengetua Gred DG48.
Kementerian Pelajaran merujuk laporan akhbar ini 1 Mac lalu bertajuk ‘Ada pihak menganggap pelantikan sebagai pengetua satu bebanan’. Berikut sebahagian petikan laporan akhbar itu:
“Difahamkan, Bahagian Sumber Manusia Kementerian Pelajaran iaitu jabatan yang dimonopoli sepenuhnya kumpulan Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) yang mengurus proses kenaikan pangkat pegawai perkhidmatan pendidikan, hanya perlu menukar status DG48 (KUP) kepada DG48 (Hakiki) ketika hendak melantik PPPS menjadi pengetua.’ Syor pengisian jawatan itu disedia Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri dan dikemukakan untuk persetujuan Ketua Pengarah Pelajaran sebagai Ketua Perkhidmatan.
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia kementerian hanya mengeluarkan Arahan Penempatan selepas mendapat persetujuan Ketua Pengarah Pelajaran.
Jawatan pengetua gred DG48 dan DG52 boleh diisi melalui pemangkuan dan penempatan setara. Bagi pemangkuan, jawatan ini boleh diisi calon gred DG48 yang diluluskan pemangkuan ke Gred DG52 oleh Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pelajaran (LKPPP).
Pengisian secara penempatan setara diisi calon yang dinaikkan ke gred DG48 secara Khas Untuk Penyandang (KUP), DG48 dan DG52 hakiki dan Pengetua Cemerlang gred DG52 (KUP), DG54 (KUP) dan Jusa C (KUP).
Jawatan pengetua boleh diisi calon gred DG44 dan DG48 yang diluluskan LKPPP untuk urusan pemangkuan ke gred DG48 dan DG52.
Adalah tidak benar, pelantikan pengetua semata-mata melalui penukaran status calon KUP kepada hakiki.
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT,
Kementerian Pelajaran.
Labels:
Berita Pendidikan
Saturday, March 20, 2010
Tambahan Waktu Untuk Mata Pelajaran BM Dan BI Mulai 2011
20 Mac, 2010 13:52 PM
KUALA LUMPUR, 20 Mac (Bernama) -- Kabinet telah memutuskan supaya masa pembelajaran Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dipanjangkan mulai sesi persekolahan 2011, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata keputusan itu, yang dibuat pada mesyuarat Kabinet semalam, adalah selaras dengan usaha untuk memartabatkan Bahasa Malaysia dan memperkukuhkan penguasaan Bahasa Inggeris (MBMMBI) di kalangan pelajar sekolah berikutan pemansuhan pengajian dan pembelajaran sains dan matematik dalam Bahasa Inggeris tahun sudah.
Bagaimanapun beliau berkata masa persekolahan tidak akan dipanjangkan, tetapi akan diolah menjadi lebih kreatif dan menyeronokkan untuk pelajar.
"Kita akan buat pengubahsuaian dari segi kokurikulum selaras dengan perubahan-perubahan tersebut," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) ke-29 di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini pada Sabtu.
Masa pembelajaran untuk Bahasa Malaysia (BM) di sekolah rendah dan menengah kebangsaan bagaimanapun akan kekal pada 240 minit seminggu tetapi bagi pembelajaran Bahasa Inggeris (BI) akan ditambah kepada 330 minit seminggu daripada 240 minit yang dipraktikkan sekarang.
Bernama.
Labels:
Berita Pendidikan
March 30 Varsity Application Deadline
PETALING JAYA: The Higher Education Ministry has urged SPM and STPM school leavers to submit their university applications early to avoid any last-minute complications before the March 30 deadline.
The ministry urged prospective students to apply directly through the Universities Admission Unit’s (UPU) website http://upu.mohe.gov.my
Every student can apply once and three updates can be made before the deadline.
Applicants and parents can also obtain accurate and up-to-date information on application procedures by visiting the “Jom Masuk U” carnivals organised by the Higher Education Ministry.
Assistance and counselling services will be provided at the carnival and students can even submit their applications on-the-spot.
The carnival will make a stop at Universiti Malaysia Pahang on March 20 and 21, before heading to Stadium Indera Mulia in Ipoh on March 27 and 28.
For enquiries, call 03-8883 5801, 03-8883 5802 or 03-5883 5858, or e-mail upu@mohe.gov.my
Source: http://thestar.com.my
Labels:
Berita Pendidikan
Thursday, March 18, 2010
SMK Tinggi Kajang Bergaya Dalam Liga KL
Tuesday, 02 March 2010 14:53
KEPUTUSAN:
Hari Pertama:
SMK Tinggi Kajang kalahkan SSCC dengan 8 wiket.
SSCC 120-8 (20 over) Jarod Lopez 30, Welly Tan 15, Anwar A. Rahman 4-19, Azwan Idris 2-20.
SMK Victoria kalahkan MAS dengan 69 larian.
SMK Victoria 161-6 (20 over) Faizshal Niaz-Lyn 30, Azwar Tajri 25, Adzim Yahaya 25.
MAS 92-7 (20) Pankan Voimolly 30, Nik Nabil Anuay 2-16, Adzim Yahaya 2-14.
Hari Kedua:
SMK Tinggi Kajang kalahkan Mugwalla dengan 5 wiket.
Kelewar kalahkan SMK Victoria dengan 49 larian.
Dipetik dari http://www.malaycriket.org.my/
Laman web.
Persatuan Kriket Melayu Malaysia
(Malay Cricket Association of Malaysia)
2512, Jalan Bukit Petaling, 50460 Kuala Lumpur, Malaysia
KUALA LUMPUR - Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Kajang bermula cemerlang dalam saingan kriket Twenty20 Kuala Lumpur merebut Trofi Tunku Imran apabila menang kedua-dua perlawanan pada 27 dan 28 Februari lalu.
Pertemuan di Oval VI, di sini menayangkan keperkasaan SMK Tinggi Kajang apabila menumbangkan Silver State CC dengan lapan wiket pada Sabtu dan kemudian menyeksa Mugwalla dari Subang Jaya dengan lima wiket.
SSCC yang dibarisi oleh tiga bekas pemain kebangsaan, Asgari Fuad Stephens, Iqbal Kassim Ali dan Jarod Lopez ternyata tidak terdaya untuk mengembalikan kegemilangan silam mereka apabila mudah diperdaya oleh pemain projek Persatuan Kriket Melayu Malaysia yang rata-rata berusia 14 tahun.
''Kami akan pastikan tiga lagi pasukan dalam kumpulan B menjadi mangsa SMK Tinggi Kajang,'' kata pengurus pasukan yang juga guru penolong kanannya, Ali Suman.
Tiga lagi pasukan dalam kumpulan berkenaan ialah Kelab Selangor Diraja, Kelab PJ dan Airborne.
SMK Tinggi Kajang merupakan sekolah Projek Kriket Nasional -- Pembangunan Menengah Persatuan Kriket Melayu Malaysia dan dilatih oleh jurulatih dari Sri Lanka, Sujeewa Gunaratne.
Sementara itu sebuah lagi sekolah projek kendalian Kriket Melayu, SMK Victoria, Kuala Lumpur menang besar hari pertama apabila menewaskan Penerbangan Malaysia (MAS) dengan 69 larian. Dalam pertemuan kedua, mereka tumbang 49 larian dengan Kelewar, yang dibarisi semua pemain luar negara dengan hayunan perkasa.
Tiga lagi pasukan dalam kumpulan A ialah Taylors College, Frontiers dan SSCC Juniors. SMK Victoria dilatih oleh jurulatih Bangladesh, SM Mortuza Raihan.
KEPUTUSAN:
Hari Pertama:
SMK Tinggi Kajang kalahkan SSCC dengan 8 wiket.
SSCC 120-8 (20 over) Jarod Lopez 30, Welly Tan 15, Anwar A. Rahman 4-19, Azwan Idris 2-20.
SMK Tinggi Kajang 121-2 (16.4 over) Azwan Idris kekal 30, Rizuan Mat Jusoh 32, Amiruddin Azahar 24.
SMK Victoria kalahkan MAS dengan 69 larian.
SMK Victoria 161-6 (20 over) Faizshal Niaz-Lyn 30, Azwar Tajri 25, Adzim Yahaya 25.
MAS 92-7 (20) Pankan Voimolly 30, Nik Nabil Anuay 2-16, Adzim Yahaya 2-14.
Hari Kedua:
SMK Tinggi Kajang kalahkan Mugwalla dengan 5 wiket.
Mugwalla 79 (14.2 over) Cyril Raj 28, Naresh Raman 27, Anwar A. Rahman 3-12, Azwan Idris 2-14, Amiruddin Azahar 2-1.
SMK Tinggi Kajang 80-5 (13.5 over) Ibrahim Khalil Zakaria kekal 26, Anwar A. Rahman kekal 12.Kelewar kalahkan SMK Victoria dengan 49 larian.
Kelewar 177-6 (20 over) Arshah Junied 63, Ben Webb kekal 39, Rohit Sharma 27. Alif Safwan Zol 2-37, Hafiz Zaman Huri 2-38.
SMK Victoria 128-9 (20 over) Faizshal Niaz-Lyn 21, Noor Afif Saufee 16, Hamzimifzhal Puad 16.Dipetik dari http://www.malaycriket.org.my/
Laman web.
Persatuan Kriket Melayu Malaysia
(Malay Cricket Association of Malaysia)
2512, Jalan Bukit Petaling, 50460 Kuala Lumpur, Malaysia
Labels:
SUKAN
Seri Tetapi SMK Tinggi Kajang Atasi VI
Sunday, 07 February 2010 22:18
BANGI - Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Kajang (SMK Tinggi Kajang) mengatasi Sekolah Menengah Kebangsaan Victoria (VI) pada perlawanan pertama Cabaran Kriket Piala Ketua Pengarah Pelajaran di UKM Oval, di sini pada 7 Februari.
Setelah dua hari pertemuan, kedua-dua pasukan tidak memperoleh sebarang keputusan, cuma seri setelah SMK Tinggi Kajang bertahan setakat 79 larian untuk lima wiket dalam over ke-42.
Berpandukan perkiraan bonus, SMK Tinggi Kajang mengatasi VI dengan 2.09 mata. SMK Tinggi Kajang memungut 11.09 mata berbanding VI cuma 9.
Juara bertahan, SMK Penang Free masih belum memulakan saingan.Finalis tahun lalu dan juara pada 2004 hingga 2006, VI malang apabila hanya melakukan 104 larian pada ining pertama manakala SMK Tinggi memungut mata bonus apabila mengatasi ining awal setelah mengumpulkan 130 larian.
Apa pun, VI meletakkan lawannya 171 larian untuk menang hanya selepas sajian tengah hari, 7 Februari dan waktu menyerbu amat terhad berikutan taktik menahan asakan oleh SMK Tinggi Kajang.
Pemain serba boleh SMK Tinggi Kajang, Azwan Idris menyinar dalam aksi hujung minggu itu apabila melakukan 62 larian di samping mengaut tujuh wiket lawan.
SMK Tinggi Kajang (11.09 mata) dan VI (9 mata) seri.
Ining pertama:
VI 104 (47,1 over) Sivananthan G. Krishnan 29, Fauzan Malik 14. Azwan Idris 3-12, Anwar A. Rahman 2-28, Mubin Salahuddin 2-8.
SMK Tinggi Kajang 130 (46.1 over) Azwan Idris 62, Ibrahim Khalil Zakaria 33, Amiruddin Azahar 14. Noor Afif Saufee 3-22.
Ining kedua:
VI 196 (61 over) Noor Afif Saufee 61, Fauzan Malik 37, Faizshal Niaz-Lyn 29, Norharif Hamidon 22. Azwan Idris 4-60, Anwar A. Rahman 2-22.
Labels:
SUKAN
SMK Tinggi Kajang Yakin Beri Kejutan
Thursday, 04 February 2010 17:33
KAJANG - Walaupun senang dianggap pasukan tanpa pilihan, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tinggi Kajang yakin berupaya memberi kejutan ke atas pasukan pilihan pada Cabaran Kriket Piala Ketua Pengarah Pelajaran anjuran Persatuan Kriket Melayu Malaysia yang bermula 6 Februari ini.
Pengurus pasukan, yang juga Penolong Kanan Kokurikulum sekolah tersebut, Ali Suman berkata, pasukan kriket sekolah berkenaan yang mula dipilih dalam program Projek Kriket Nasional kendalian Kriket Melayu sejak tahun 2008, tidak rela menjadi pasukan belasahan.
Katanya, pasukannya yakin memberi tentangan ke atas pasukan pilihan, yang juga juara bertahan, SMK Penang Free serta SMK Victoria, Kuala Lumpur.
"Pada kejohanan tahun lalu, kami belum dapat menandingi kegarangan kedua-dua pasukan yang sudah lama bergiat dalam kriket.
''Untuk tahun ini, kami menjanjikan kejutan kepada kedua-dua pasukan juara itu.
"Kami telah membuat persiapan rapi iaitu sejak awal bulan lalu untuk menghadapi kejohanan kali ini,'' katanya ketika ditemui di padang SMK Tinggi Kajang.
SMK Tinggi Kajang akan memulakan cabaran menentang SMK Victoria pada 6 dan 7 Februari di Oval Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi.
Sementara itu, jurulatih SMK Tinggi Kajang yang dibawa khas oleh Kriket Melayu dari Sri Lanka, Sujeewa Gunaratne berkata, skuadnya mempunyai kelebihan kerana memiliki barisan pemain berkaliber.
"Kami mempunyai enam pemukul yang hebat, dengan empat dari mereka pernah mendapat pendedahan di luar negara.
"Selain itu, saya yakin dengan kekuatan mental pemain akan menjadi kelebihan pasukan kami," katanya.
Labels:
SUKAN
Wednesday, March 17, 2010
Separate Sports Division Under Education Ministry
KUALA LUMPUR: Sports will become a full-fledged division under the Education Ministry as part of efforts to strengthen sports development in schools, Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin said.
This was among the decisions reached at a meeting on Wednesday, March 17, chaired by Muhyiddin, who is the Education Minister, to restore the glory of sports in schools starting next year. At the moment, the sports section is under a division together with arts and curriculum. The sports division will have its own director and assisted by four deputy directors. "We have also decided that 5% out of the 10% marks for co-curriculum activities be given to involvement in sports activities," he told a news conference after chairing a meeting of the main committee on sports development in schools at parliament house here. He said the "1Student 1Sport' policy would also be enforced.
This was among the decisions reached at a meeting on Wednesday, March 17, chaired by Muhyiddin, who is the Education Minister, to restore the glory of sports in schools starting next year. At the moment, the sports section is under a division together with arts and curriculum. The sports division will have its own director and assisted by four deputy directors. "We have also decided that 5% out of the 10% marks for co-curriculum activities be given to involvement in sports activities," he told a news conference after chairing a meeting of the main committee on sports development in schools at parliament house here. He said the "1Student 1Sport' policy would also be enforced.
The meeting also decided to allocate more manpower such as special teachers to carry out sports development in schools which would be done in stages, he said. Muhyiddin said the allocation for sports would also be increased from the current rate of RM2.40 per student to RM4 for primary students and RM6 for secondary students. "We will also rearrange co-curriculum schedules and may incorporate the teaching of sports during school hours so that students need not come back at later hours and so as not to inconvenience them and their parents," he said.
He said the ministry would find ways to implement so without affecting the time allocated for academic studies or increasing the school hours.Muhyiddin said the ministry would also improve sports infrastructure in schools.
He also said that state governments and local authorities would be asked to allow schools, which were without facilities, to use their fields and halls to carry out sports activities. "In our survey, nearly 90% are able to implement the '1Student 1Sport' policy. As for the remaining 10%, we shall see what the problems are," he said.
Muhyiddin said sports development in school was beneficial to the country because through sports, students could learn to appreciate the spirit of cooperation and sharing of noble values irrespective of race or religion. "When Datuk Lee Chong Wei won the All England, no one asked him whether he was a Chinese or a Malay... he is a national champion and we are all proud of him. We want this spirit to be imbibed in the hearts of our children," he said.
Muhyiddin said sports development in the school would not neglect the needs of disabled students and the ministry would think of ways to get them involved in the activities. — Written by Bernama, Wednesday, 17 March 2010 21:44
Labels:
SUKAN
Dasar Sukan di Sekolah
17 Mac, 2010 14:13 PM
Beberapa Langkah Perkukuh Pembangunan Sukan Di Sekolah Diputuskan
KUALA LUMPUR, 17 Mac (Bernama) -- Kementerian Pelajaran pada Rabu memutuskan pelaksanaan beberapa langkah untuk memperkukuhkan pembangunan sukan di sekolah mulai tahun depan.
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata langkah itu diambil bagi mengembalikan kecemerlangan sukan di sekolah.
Beliau berkata antara yang diputuskan ialah menjadikan aktiviti sukan di sekolah sebagai satu bahagian khusus yang mempunyai pengarah dan timbalan-timbalan pengarah yang akan dilantik seramai empat orang, di samping memisahkan bahagian sukan yang sebelum ini dicantum dengan seni dan kokurikulum.
"Selain itu, kerajaan juga memutuskan bahawa pemarkahan kepada pelajar yang menyertai aktiviti sukan adalah lima peratus berbanding 10 peratus yang diperuntukkan di bawah aktiviti kokurikulum sebelum ini yang tidak memberikan sebarang penekanan terhadap sukan," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa induk pembangunan sukan di sekolah di bangunan Parlimen di sini.
Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata dasar 1Murid 1Sukan akan dikuatkuasakan.
Selain itu, beliau berkata turut diputuskan ialah penambahan tenaga kerja seperti guru khas untuk melaksanakan pembangunan sukan di sekolah yang akan dibuat secara berperingkat.
Muhyiddin berkata peruntukan untuk aktiviti sukan juga akan ditambah bagi setiap pelajar iaitu RM4 bagi pelajar sekolah rendah dan RM6 untuk pelajar sekolah menengah, berbanding peruntukan RM2.40 bagi setiap pelajar sebelum ini.
"Kementerian juga akan mengambil langkah untuk menambah jadual kokurikulum dan ia akan susun balik, kalau boleh sukan itu diajar dalam jadual waktu persekolahan, jadi pelajar tidak perlu pulang dan sebagainya, ini adalah untuk mengelak kesulitan kepada pelajar dan ibu bapa," katanya.
Beliau berkata bagaimanapun, langkah itu perlu dilakukan tanpa menjejaskan waktu pembelajaran akademik dan tidak melibatkan keperluan untuk memanjangkan waktu persekolahan.
"Cara yang diambil ini ialah untuk menggalakkan pembangunan sukan di sekolah, bukannya nak tumpu untuk lahirkan atlet, tetapi jika nak majukan sukan di sekolah, mesti dapat mengenal pasti bakat-bakat yang boleh diketengahkan menerusi Majlis Sukan Negara, tapi sasaran kementerian ialah penglibatan pelajar dalam bidang pasukan," katanya.
Muhyiddin berkata pihaknya juga akan memperbaiki infrasturtur sukan di sekolah-sekolah.
Beliau berkata dasar pembangunan sukan di sekolah merupakan dasar yang boleh memberi faedah kepada negara kerana melalui aktiviti sukan, pelajar dapat mempelajari nilai-nilai "esprit de corp", saling membantu, bekerjasama, berkongsi pengalaman dan nilai yang mampu mengenepikan perbezaan seperti kaum dan agama.
Katanya pembangunan sukan di sekolah turut tidak meminggirkan golongan pelajar OKU dan kementerian akan mengenal pasti bentuk sukan yang sesuai untuk mereka.
-- BERNAMA
Labels:
Berita Pendidikan
Tuesday, March 16, 2010
Kejohanan Sukan Tahunan Ke 75 SMK Tinggi Kajang
Jadual Acara-Acara Saringan dan Akhir Sebelum Hari Kejohanan
L1, L2, P1 - Acara bermula pada 4.00 petang; L3 - Acara bermula pada 8.00 pagi
Tarikh: 23 Mac 2010 (Selasa)
100M - Saringan - L3, L1, L2, P1
Lontar Peluru - Akhir - L3, P1
Lempar Cakera - Akhir - L3, L1
Rejam Lembing - Akhir - L2
Tarikh: 24 Mac 2010 (Rabu)
200M - Saringan - L3, L1, L2
400M - Saringan - L3
Lompat Jauh - Akhir - L3
Rejam Lembing - Akhir - L3
Lompat Tinggi - Akhir - L2
Lempar Cakera - Akhir - P1
Lontar Peluru - Akhir - L1
Tarikh: 25 Mac 2010 (Khamis)
400M - Saringan - L1, L2
Rejam Lembing - Akhir - L1
Lempar Cakera - Akhir - L2
Lontar Peluru - Akhir - L2
Lompat Jauh - Akhir - P1
Tarikh: 26 Mac 2010 (Jumaat)
400M - Akhir - L1, L2, L3* (* mula 4.00 ptg.)
3000M - Akhir - Terbuka
4x1000M - Akhir - Mix-Relay
L1, L2, P1 - Acara bermula pada 4.00 petang; L3 - Acara bermula pada 8.00 pagi
Tarikh: 23 Mac 2010 (Selasa)
100M - Saringan - L3, L1, L2, P1
Lontar Peluru - Akhir - L3, P1
Lempar Cakera - Akhir - L3, L1
Rejam Lembing - Akhir - L2
Tarikh: 24 Mac 2010 (Rabu)
200M - Saringan - L3, L1, L2
400M - Saringan - L3
Lompat Jauh - Akhir - L3
Rejam Lembing - Akhir - L3
Lompat Tinggi - Akhir - L2
Lempar Cakera - Akhir - P1
Lontar Peluru - Akhir - L1
Tarikh: 25 Mac 2010 (Khamis)
400M - Saringan - L1, L2
Rejam Lembing - Akhir - L1
Lempar Cakera - Akhir - L2
Lontar Peluru - Akhir - L2
Lompat Jauh - Akhir - P1
Tarikh: 26 Mac 2010 (Jumaat)
400M - Akhir - L1, L2, L3* (* mula 4.00 ptg.)
3000M - Akhir - Terbuka
4x1000M - Akhir - Mix-Relay
Labels:
SUKAN
Monday, March 15, 2010
255 Calon SPM Raih Gred Tertinggi A+
PUTRAJAYA 11 Mac - Seramai 7,987 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2009 memperoleh gred cemerlang (A+, A, dan/atau A-) bagi semua mata pelajaran yang diduduki.
Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom (gambar) berkata, daripada jumlah itu, seramai 255 calon mendapat gred Cemerlang Tertinggi A+ iaitu 214 calon dari sekolah Kementerian Pelajaran manakala 41 calon lagi merupakan calon persendirian, swasta dan sekolah-sekolah tajaan agensi.
"Gred Cemerlang Tertinggi (A+) bagi penggredan baru yang mula diperkenalkan tahun lalu adalah lebih tinggi daripada gred 1A, bagi memperincikan lagi kecemerlangan seseorang calon.
"Bagaimanapun seramai 364,046 daripada 465,853 calon yang mendaftar layak mendapat sijil dan daripada jumlah ini, 199,155 calon lulus semua mata pelajaran," katanya sewaktu mengumumkan analisis keputusan SPM dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2009 di sini hari ini.
Sementara itu, Alimuddin berkata, pada keseluruhannya pencapaian calon kali ini amat membanggakan dan melebihi pencapaian tahun sebelumnya.
"Walaupun peratusan bilangan calon yang layak mendapat sijil adalah sama dengan tahun lepas iaitu 90.8 peratus namun terdapat pertambahan jumlah calon sebanyak 16,603," katanya.
Dalam pada itu, Alimuddin berkata, pencapaian calon mengikut lokasi bandar dan luar bandar juga menunjukkan peningkatan berbanding tahun sebelumnya.
"Seramai 5,942 calon di bandar dan 1,243 calon dari luar bandar cemerlang dalam semua mata pelajaran berbanding 4,750 dan 989 calon pada tahun lalu," katanya.
Sementara itu, di MELAKA, Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, seramai 309 pelajar berjaya memperolehi gred cemerlang A dalam semua mata pelajaran yang diambil berbanding 259 pelajar pada 2008.
"Seramai 12 pelajar berjaya mencapai gred cemerlang tertinggi A+ bagi semua mata pelajaran. Sebanyak 19 sekolah mencatatkan kelulusan 100 peratus manakala 33 sekolah mencatatkan keputusan 90 hingga 99 peratus," katanya selepas meraikan 12 pelajar itu.
Di KELANTAN, Pengarah Pelajaran negeri, Mohd. Ghazali Abdul Rahman mengumumkan negeri itu mencatat keputusan SPM terbaik untuk tempoh lima tahun dengan kelulusan keseluruhan meningkat kepada 94.02 peratus.
Katanya, sebanyak 18 buah sekolah mencapai 100 peratus kelulusan am dan keseluruhannya sebanyak 74 buah sekolah mengatasi peratus kelulusan negeri.
Di NEGERI SEMBILAN, berlaku peningkatan pencapaian calon SPM dengan catatan Gred Purata Negeri (GPN) pada kadar 5.22 berbanding 5.38 pada tahun lalu.
Timbalan Pengarah Pelajaran negeri, Jamali Salam berkata, seramai 16,087 iaitu 90.9 peratus daripada 17,729 calon yang menduduki SPM pada tahun lalu layak mendapat sijil.
Di KEDAH, Pengarah Pelajaran negeri, Shahidan Abdul Rahman berkata, seramai sembilan daripada 30,726 calon SPM sekolah kerajaan berjaya memperoleh gred cemerlang tertinggi A+ dalam semua mata pelajaran yang diambil.
Katanya, 408 orang (1.33 peratus) calon pula berjaya memperoleh gred cemerlang A+, A, atau A- dalam semua matapelajaran yang diambil.
Lain pula, di SABAH apabila pencapaian SPM negeri itu menurun 0.46 peratus kepada 94.39 peratus berbanding 94.85 peratus pada tahun sebelumnya.
Timbalan Pengarah Pelajaran negeri, Maimunah Suhaibul berkata, walaupun berlaku penurunan, pencapaian itu melebihi sasaran di peringkat kebangsaan iaitu 90.8 peratus.
Di PAHANG, keputusan SPM negeri itu menunjukkan jurang pencapaian sekolah bandar dengan luar bandar mengikut nilai Gred Purata Sekolah (GPS) berjaya dirapatkan.
Pengarah Pelajaran negeri, Datuk Abdul Aziz Abdul Latiff berkata, berdasarkan pencapaian SPM 2009, GPS bagi sekolah bandar ialah 4.58 sementara sekolah luar bandar pula ialah 5.33, berbanding 4.71 dan 5.54 pada SPM 2008.
Di PERLIS, Pengarah Pelajaran negeri, Mansor Lat mengumumkan negeri itu mencatatkan keputusan cemerlang dalam keputusan SPM termasuk peningkatan ketara dalam kelulusan di sekolah-sekolah luar bandar.
Katanya, sekolah luar bandar seperti Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato' Jaafar Hassan menunjukkan peningkatan peratus kelulusan keseluruhan iaitu 5.36 peratus, SMK Padang Besar Utara (2.0 peratus) dan SMK Abi sebanyak 0.34 peratus berbanding 2008.
Di TERENGGANU, negeri itu terus mencatatkan peningkatan apabila GPN 2009 mencatatkan pencapaian 5.08 berbanding 5.27 pada 2008.
Pengarah Pelajaran negeri, Ariffin Embong berkata, GPN itu juga mengatasi pencapaian pada peringkat nasional iaitu 5.34.
Sementara itu, di JOHOR , seramai 1,010 daripada 55,371 calon sekolah kerajaan dan persendirian di negeri itu lulus cemerlang dengan memperoleh gred A+, A dan A-.
Pengarah Pelajaran negeri, Sufa'at Tumin berkata, bilangan calon cemerlang meningkat sebanyak 227 orang (0.21 peratus) berbanding 783 calon (1.71 peratus) pada 2008.
Di SARAWAK, seramai sembilan calon SPM mencapai keputusan berprestasi cemerlang tertinggi dengan mendapat gred A+ dalam semua mata pelajaran.
Pengarah Pelajaran negeri, Dr. Julaihi Bujang berkata, dua pelajar memperoleh 12A+, dua lagi mendapat 11A+, tiga pelajar 10A+ manakala dua pelajar 9A+.
Di KUALA LUMPUR, Pengarah Pelajaran negeri, Mohd. Adenan Deraman mengumumkan GPN tahun ini adalah pada kadar 4.92 berbanding 5.12 tahun lalu.
Katanya, 21 calon berjaya memperoleh gred cemerlang tertinggi, A+ dan 648 calon pula memperoleh gred cemerlang (A+,A,A-) dalam semua mata pelajaran yang diambil.
Di SELANGOR, keputusan calon SPM negeri itu menunjukkan peningkatan sebanyak 0.57 peratus apabila seramai 57,117 calon berjaya mendapat sijil berbanding 52,656 pada tahun sebelumnya.
Pengarah Pelajaran negeri, Sulaiman Wak berkata, kualiti pencapaian calon mendapat keputusan cemerlang juga bertambah apabila GPN dalam peperiksaan itu ialah 5.07 berbanding 5.29 tahun sebelumnya.
Di PERAK, seramai 718 daripada 39,215 calon SPM sekolah kerajaan mencatat gred cemerlang iaitu A+, A atau A- dalam semua mata pelajaran yang diduduki.
Pengarah Pelajaran Negeri, Mohd. Radzi Abd. Jabar berkata, daripada jumlah itu, seramai 15 calon mendapat gred A+ bagi semua mata pelajaran yang diambil.
Di PULAU PINANG, Pengarah Pelajaran Negeri Ibrahim Ahmad berkata, seramai 26 pelajar memperoleh A+ atau gred purata kumulatif -0.00, manakala 717 pelajar mendapat kombinasi A+, A dan A- dalam semua mata pelajaran yang diambil.
"Pencapaian calon sekolah bantuan penuh kerajaan adalah membanggakan dan seramai 17,373 calon daripada 20,042 atau 87.71 peratus calon layak mendapat sijil iaitu sekurang-kurangnya lulus dalam mata pelajaran Bahasa Melayu," katanya.
Labels:
Berita Pendidikan
Sunday, March 14, 2010
Bahan LADAP Siri 2/2010 SMK Tinggi Kajang - Bengkel JSU
Tuan-tuan dan puan-puan yang berminat untuk mendapatkan atau melihat semula bahan persembahan LADAP Siri 2/2010 SMK Tinggi Kajang - Bengkel JSU yang telah dijalankan pada 6 March 2010 lepas, sila klik pada alamat laman web berikut; http://www.docstoc.com/docs/document-preview.aspx?doc_id=29092679 atau http://www.nklpunya.blogspot.com/
Labels:
KURSUS GURU
Sajak Untuk Seorang Guru
Berburu ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepalang ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.
USMAN AWANG 1979
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepalang ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.
USMAN AWANG 1979
Labels:
Karya Kreatif
Saturday, March 13, 2010
Kejohanan Sukan Tahunan SMK Tinggi Kajang Ke-75
Kejohanan Sukan Tahunan SMK Tinggi Kajang Kali Ke-75 Tahun 2010 dijangka akan dilangsugkan di padang SMK Tinggi Kajang pada 27 March 2010 mulai 8.00 pagi. Setelah sekian lama kejohanan ini telah tidak dijalankan di padang sekolah ini kerana masalah logistik yang tidak dapat dielakkan, kini kejohanan ini kembali ke tempat asalnya. Dari riak persediaan urusetia kejohanan dan keghairahan 'perang psikologi' yang dilakukankan oleh guru-guru ketua rumah menjelang kejohanan ini terpancar harapan bahawa kejohanan kali ini akan memperlihatkan kemeriahan yang telah sekian lama tidak dirasai seperti pada tahun-tahun enam puluhan dan tujuh puluhan. Kepada guru-guru, ibubapa dan para pelajar dari generasi tersebut pastinya kejohanan kali ini akan mengembalikan nolstagia yang mengusik jiwa.
Sementara itu pertandingan pada peringkat saringan dan beberapa acara pada peringkat akhir akan dilangsungkan mulai 23 March 2010 sehiggalah sehari menjelang hari kejohanan. Dari segi pungutan mata antara rumah-rumah berdasar kepada acara-acara ujian tara, Rumah Low Ti Kok (Biru) yang diungguli oleh peserta-peserta Kelas III, kini mendahului rumah-rumah lain. Walau bagaimanapun rumah-rumah lain, khasnya Rumah Haji Jalil (Merah) yang menaruh harapan kepada peserta-peserta dari Kelas II dan I, menjejaki Rumah Low Ti Kok dengan rapat dan ada kemungkinan besar Rumah Haji Jalil akan memintas Rumah Low Ti Kok apabila acara-acara sebelum hari kejohanan selesai dilangsungkan.
Majulah Sukan Untuk Kajang High.
Sementara itu pertandingan pada peringkat saringan dan beberapa acara pada peringkat akhir akan dilangsungkan mulai 23 March 2010 sehiggalah sehari menjelang hari kejohanan. Dari segi pungutan mata antara rumah-rumah berdasar kepada acara-acara ujian tara, Rumah Low Ti Kok (Biru) yang diungguli oleh peserta-peserta Kelas III, kini mendahului rumah-rumah lain. Walau bagaimanapun rumah-rumah lain, khasnya Rumah Haji Jalil (Merah) yang menaruh harapan kepada peserta-peserta dari Kelas II dan I, menjejaki Rumah Low Ti Kok dengan rapat dan ada kemungkinan besar Rumah Haji Jalil akan memintas Rumah Low Ti Kok apabila acara-acara sebelum hari kejohanan selesai dilangsungkan.
Majulah Sukan Untuk Kajang High.
Labels:
SUKAN
Kelas Tambahan Cuti Sekolah Pertengahan Penggal 1
Semua pelajar Tingkatan 3 dan 5 yang telah mendaftarkan nama untuk mengikuti kelas tambahan tersebut diminta dapat mengotakan janji dan hadir pada kelas tambahan yang telah dirancang oleh pihak sekolah. Semoga mereka yang hadir mendapat manfaat dan berkat dari kelas tersebut.
Labels:
PENGUMUMAN
Friday, March 12, 2010
Selamat Datang
Assalamualaikum w.b.,
Selamat sejahtera dan salam 1Malaysia.
Terima kasih kerana anda telah mengunjungi blog ini.
Ini adalah blog baru SMK Tinggi Kajang menggantikan laman web terdahulu sekolah ini yang telah mengalami berbagai masalah.
Kami berharap blog Kajang High School dapat berfungsi dengan sempurna dalam masa terdekat bagi memaklumkan perkembangan yang sentiasa berlaku di sekolah ini.
Sekian, terima kasih.
Labels:
PENGUMUMAN