Sunday, October 6, 2013

MAJLIS ANUGERAH KOKURIKULUM DAN ANUGERAH PELAJAR IMPIAN HATI (APIH) 2013


 
     Majlis penyampaian Anugerah Kokurikulum 2013 SMK Tinggi Kajang telah diadakan pada 28 September. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Prof. Madya Dr. Ibrahim selaku YDP PIBG. Majlis dimulakan dengan tabik hormat daripada Kadet Sarjan Muhammad Zulfirdaus b. Ramdan dari unit PKBM. Prof. Madya Dr. Ibrahim telah memeriksa perbarisan yang terdiri daripada 24 anggota PKBM, Kadet Polis, KRS, PBSMM, St. John, dan Pengakap dengan diiringi oleh Tuan Pengetua, En. Nik Mat Bin  Nik Man.

     Penyampaian hadiah telah dimulakan dengan anugerah APIH yang disampaikan oleh En. Mohamad Wira bin Ibrahim selaku PK HEM.Dalam majlis tersebut juga hadirin telah disajikan dengan persembahan nyanyian dan tarian kebudayaan oleh pelajar – pelajar tingkatan enam.

     Anugerah Kokurikulum bagi  ‘Half Colour’ dan ‘Full Colour’ telah disampaikan oleh Tuan Pengetua, manakala kategori Khas telah disampaikan oleh YDP PIBG. Tokoh Kokurikulum tahun 2013 telah disandang oleh Muhammad Irfan Bin Ruzdi (5G) yang mewakili kriket manakala Tokoh Harapan pula disandang oleh Aiman Ariff bin Suffian (2C) yang terlibat secara aktif dalam pasukan bola sepak sekolah. Tahniah dan syabas kepada semua penerima anugerah.



Muhammad Zulfirdaus Bin Ramdan (4G)

LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN (LADAP) BIL.7/2013




      LADAP  Bil.7/2013 memperkenalkan Chromebook kepada guru-guru dan telah diadakan pada 26 September,  manakala Bengkel Chromebook pula telah diadakan pada 30 September bagi guru – guru sesi pagi dan pada 3 Oktober bagi guru – guru sesi petang. Objektif utama kursus ini diadakan adalah bagi memberi pendedahan kepada guru – guru mengenai penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Diharapkan selepas ini para guru akan menggunakan “chromebook” di dalam pdp masing – masing bagi meningkatkan profesionalisme dalam bidang pendidikan.
Muhammad Zulfirdaus Bin Ramdan (4G)

 

 

 

                                                                                                                                            

LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN (LADAP) Bil.6 2013


 


 

      Latihan dalam perkhidmatan berasaskan sekolah telah diadakan pada 21 September di Pusat Sumber SMK Tinggi Kajang. Tajuk - tajuk ceramah yang disampaikan ialah Pengenalan Amalan Guru Penyayang Fasa II oleh En. Zulkifle Bin Malek, Pengurusan Stres oleh Pn. Ho Kong Yi, dan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (HOTs) oleh Pn. Khadijah Omar. Ceramah ini berlangsung dari jam 8.00 pagi sehingga jam 12.30 tengah hari. Objektif latihan ini diadakan agar guru-guru dapat;

·         Memahami bahawa murid merupakan aset penting kepada sekolah.

·         Mengamalkan kemahiran-kemahiaran menangani stres.

·         Mengenal pasti peta pemikiran yang dapat disesuaikan dan diaplikasikan dalam PdP                                                

Muhammad Zulfirdaus Bin Ramdan (4G)

Majlis Penyerahan Baucar Buku 1 Malaysia Untuk Pelajar Tingkatan 6 Bawah



        Majlis Penyerahan Baucar Buku 1 Malaysia untuk semua pelajar Tingkatan 6 bawah telah diadakan pada 19 September 2013 di SMK Tinggi Kajang oleh Tuan Pengetua, En. Nik Mat bin Nik Man. Pemberian baucar ini adalah satu insentif kepada pelajar-pelajar untuk membeli buku dan peralatan pembelajaran di samping meringankan beban ibu bapa. Baucar buku bernilai RM 250 perlu digunakan sebelum atau pada 30 Oktober 2013.

Leslie Gan (6AC)

Friday, October 4, 2013

Program BEAMS - Basics Essential Additional Mathematics Skill Untuk Murid-Murid Tingkatan 3

Kepada Semua Ibu Bapa / Penjaga dan Murid-Murid Tingkatan 3 SMK Tinggi Kajang Sesi 2013

Kelemahan Murid-Murid Dalam Mata Pelajaran Matematik Tambahan

Pada umumnya, mata pelajaran Matematik Tambahan atau Additional Mathematics merupakan salah satu mata pelajaran yang amat digeruni oleh murid-murid apabila mereka melangkah masuk ke Tingkatan 4 selepas berjaya dalam PMR. Lanjutan daripada itu, pencapaian murid-murid dalam mata pelajaran Matematik Tambahan dalam peperiksaan sama ada pada peringkat sekolah atau SPM adalah kurang memuaskan. 

Salah satu punca yang telah dikenal pasti adalah kelemahan murid-murid dalam menguasai konsep-konsep asas matematik. Kelemahan ini telah menghambat kemahiran dan keyakinan murid-murid berkenaan dalam memanipulasi dan menyelesaikan masalah-masalah matematik seterusnya menurunkan minat murid-murid terhadap mata pelajaran matematik, apa lagi matematik tambahan.

Kementerian Pelajaran Malaysia, KPM sedia maklum dan telah mengambil tindakan untuk menangani masalah ini. Lanjutan daripada itu, Program BEAMS telah digubal dan dipanjangkan kepada semua sekolah menengah untuk dilaksanakan.

SMK Tinggi Kajang tidak terkecuali dari masalah yang disebutkan di atas dan telah telah merancang melaksanakan Program ini bagi menangani masalah yang disebutkan itu dan sebagai salah satu aktiviti untuk murid-murid Tingkatan 3 selepas menduduki PMR.

Semua murid-murid Tingkatan 3 adalah diwajibkan mengikuti program ini.

Matlamat Program

Meningkatkan pencapaian murid-murid dalam mata pelajaran Matematik Tambahan khasnya dan Matematik amnya pada peringkat SPM.

Objektif Program

Meningkatkan kemahiran murid-murid dalam memanipulasi asas matematik.

Meningkatkan keyakinan murid-murid dalam mengikuti dan menyelesaikan masalah-masalah mata pelajaran Matematik Tambahan.

Meningkatkan minat murid-murid terhadap mata pelajaran Matematik Tambahan.

Sebagai satu daripada kriteria bagi menentukan murid-murid yang layak mengambil pakej mata pelajaran yang mengandungi mata pelajaran Matematik Tambahan.

Kumpulan Sasaran

Semua murid Tingkatan 3 SMK Tinggi Kajang yang telah menduduki PMR 2013.

Tarikh Pelaksanaan

16 Oktober - 28 Oktober 2013.

Jadual Waktu Program

Murid-murid dibahagikan mengikut kelas masing-masing kecuali kelas 3F dan 3G yang akan digabungkan dan dikendalikan oleh seorang guru.

Waktu PdP: 7.45 pagi - 9.15 pagi.

Pembahagian Kelas dan Guru Yang Mengajar

 Kelas
Guru
Kelas
Guru
3KAA
Pn. Mazila Muda
3D
Pn. Nor Azmah Ahmad
3A
Pn. Chia Lee Fong
3E
Pn. Munira Anas
3B
Pn. Merah Hassan
3F & 3G
En. Lee Ah Heng
3C
Pn. Norasmah Ahmad
-
-

Prosidur Program

Kehadiran murid-murid setiap sesi dicatat.

Guru mengajar konsep-konsep asas matematik seperti cadangan dalam modul.

Murid-murid membuat latihan seperti dalam helaian latihan.

Guru membuat penilaian latihan yang dilakukan oleh murid.

Satu ujian penilaian akan dijalankan di akhir program iaitu pada 28 Oktober 2013.

Pelan Penilaian

         Bil.
Instrumen
Indikator
1.
Kehadiran Murid
Dilihat  jumlah kehadiran murid setiap sesi
2.
Helaian latihan atau hasil kerja murid.
Kuantiti dan kualiti aktiviti latihan bertulis murid-murid berkenaan.
3.
Helaian penilaian akhir program
Pencapaian murid-murid dalam ujian yang dilaksanakan pada akhir program
4.
Analisis Keputusan Ujian / Peperiksaan
Perbandingan pencapaian murid-murid dalam ujian dan peperiksaan peringkat sekolah / SPM.

Pensijilan

Sijil akan diberikan kepada murid-murid yang berjaya hadir sekurang-kurangnya 80% dalam PdP dan berjaya dalam ujian di akhir program.

Rumusan dan Pelaporan Program

Disediakan selepas analisis keputusan ujian/peperiksaan dan perbandingan pencapaian murid-murid yang mengikut program ini dengan kumpulan yang sebelumnya yang tidak didedahkan dengan program BEAMS.

Modul BEAMS dan Helaian Latihan Murid

     BEAMS -

Tuesday, September 24, 2013

Jadual Peperiksaan Akhir Tahun 2013


SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TINGGI KAJANG
   JADUAL PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2013
TINGKATAN 4

Tarikh
Matapelajaran
Waktu
Tempoh
Kelas
16 Okt 2013 Bahasa Melayu 1 07.45-10.00 2 Jam 15 min Semua
Rabu Rehat 10.10-10.30 Semua
Bahasa Melayu 2 10.30-13.00 2 Jam 30 min Semua
17 Okt 2013 Bahasa Inggeris 1 07.45-09.30 1 Jam 45 min Semua
Khamis Rehat 09.50-10.10 Semua
Bahasa Inggeris 2 10.15-12.30 2 Jam 15 min Semua
18 Okt 2013 Pend. Seni Visual 1 07.45-09.00 1 Jam 15 min ABC
Jumaat Geografi 1 07.45-09.00 1 Jam 15 min D
Matematik Tambahan 1 07.40-09.40 2 Jam  EFGH
Rehat (1) 09.00-09.20 ABCD
Rehat  (2) 09.40-10.00 EFGH
Pend. Seni Visual 2 09.30-12.30 3 Jam ABC
Geografi 2 10.30-12.30 2 Jam  D
Matematik Tambahan 2 10.00-12.30 2 Jam 30 min EFGH
21 Okt 2013 Sejarah 1 07.40-08.40 1 Jam Semua
Isnin Biologi 3 08.40-10.10 1 Jam 30 min GH
Rehat  10.10-10.30 Semua
Sejarah 2 10.30-13.00 2 Jam 30 min Semua
22 Okt 2013 Pendidikan Islam 2 07.45-09.25 1 Jam 40 min Semua
Selasa B.Tamil 1/ B.Cina 1 07.45-09.30 1 Jam 45 min POL
Rehat  10.10-10.30 Semua
Pendidikan Islam 1 11.00-13.00 2 Jam Semua
Pendidikan Moral 10.30-13.00 2 Jam 30 min Semua
23 Okt 2013 Sains 1 07.45-09.00 1 Jam 15 min ABCD
Rabu Fizik 1 07.45-09.00 1 Jam 15 min EFGH
Rehat  10.10-10.30 Semua
Sains 2 10.30-13.00 2 Jam 30 min ABCD
Fizik 2 10.30-13.00 2 Jam 30 min EFGH
24 Okt 2013 Matematik 1 07.45-09.00 1 Jam 15 min Semua
Khamis Rehat 09.40-10.00 Semua
Matematik 2 10.00-12.30 2 Jam 30 min Semua
25 Okt 2013 Kimia 3 07.40-09.10 1 Jam 30 min EFGH
Jumaat Rehat 09.10-09.30 Semua
Sejarah 3 09.30-12.30 3 Jam Semua
28 Okt 2013 Perdagangan 1 07.45-09.00 1 Jam 15 min ABCD
Isnin Prinsip Akaun 1 07.45-09.00 1 jam 15 min F
Biologi 1 07.45-09.00 1 Jam 15 min GH
Rehat (1) 10.10-10.30 EFGH
Rehat (2) 10.25-10.45 ABCD
Perdagangan 2 11.00-13.00 2 Jam  ABCD
Lukisan Kejuruteraan 10.30-13.00 2 Jam 30 min E
Prinsip Akaun 2 10.30-13.00 2 Jam 30 min F
Biologi 2 10.30-13.00 2 Jam 30 min GH
29 Okt 2013 Ekonomi Asas 1 07.45-09.00 1 Jam 15 min D
Selasa Kimia 1  07.45-09.00 1 Jam 15 min EFGH
Rehat (1) 10.10-10.30 EFGH
Rehat (2) 10.25-10.45 ABCD
Ekonomi Asas 2 11.00-13.00 2 Jam D
Kimia 2  10.30-13.00 2 Jam 30 min EFGH
30 Okt 2013 B.Tamil 2/B.Cina 2 08.00-10.15 2 Jam 15 min  POL
Rabu Rehat  10.25-10.45 Semua




31 Okt 2013 Sivik 07.45-08.45 1 Jam  Semua
Khamis Fizik 3 08.50-10.20 1 Jam 30 min EFGH
Rehat 10.25-10.45
Semua
PJK 11.30-12.30 1 Jam Semua

Friday, September 13, 2013

Kejohanan Bola Sepak Piala Premier

                    

 
Kejohanan Bola Sepak Piala Premier Peringkat Zon Tengah telah berlangsung di USIM, Nilai pada 3 hingga 5 September 2013. Pasukan bola sepak SMK Tinggi Kajang bawah 19 tahun telah muncul sebagai juara dalam kejohanan ini. Pasukan bola sekolah kita telah mempamerkan kehebatan apabila tiada sebarang gol dapat membolosi pintu gol. Pasukan bola sepak sekolah kita juga telah membolot ketiga-tiga anugerah iaitu kategori penjaga gol terbaik yang disandang oleh Muhd Dinie Muhaimin (5C), penjaring terbaik terbanyak, Badrul Amin (4B) dan pemain terbaik perlawanan akhir iaitu Muhd Asyraf (6AB). Tahniah kepada pemain bola sepak sekolah kita dan jurulatih pasukan iaitu En. Sa’ari Abd Hamid dan En. Hasnol Hashim.

Ahmad Amirul (5G) & Nasrullah (3B)

Kejohanan Kriket Piala Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia 2013

                    Kejohanan Kriket Piala Ketua Pengarah Malaysia 2013 telah diadakan pada 7 hingga 8 September 2013 yang lalu. Kejohanan ini merupakan perlawanan akhir antara SMK Tinggi Kajang dan SMK Penang Free yang berlangsung di Bayumas Oval Klang, Selangor. SMK Tinggi Kajang telah menjuarai kejohanan tersebut dan kemenangan ini merupakan kejuaraan dua tahun berturut-turut. Muhd Irfan b. Ruzdi (5G) telah muncul sebagai pemain terbaik sepanjang kejohanan ini berlangsung. Syabas dan tahniah kepada para pemain dan guru penasihat iaitu En. Zamri Kamdi, En. Ali Suman dan En. Tan Eng Hui.
Shaqil (5H) & Ahmad Amirul (5G)

Tuesday, September 10, 2013

Kriket Piala KPPM - SMK Tinggi Kajang Masih Juara

SMK Tinggi Kajang Juara Lagi


ANGGOTA pasukan SMK Tinggi Kajang meraikan kejayaan menjadi juara Cabaran Kriket Piala Ketua Pengarah Pelajaran di Bayuemas Oval, Klang semalam. Turut sama Pengarah Pelajaran Selangor, Mahmud Karim (tengah).

KLANG - Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Kajang masih perkasa dan kemenangan menumbangkan SMK Penang Free dengan ining dan 37 larian dalam babak akhir Cabaran Kriket Piala Ketua Pengarah Pelajaran semalam membuktikan skuad juara bertahan tetap kental untuk bergelar juara.

Pertemuan dua ining bermula kemarin di gelanggang kriket antarabangsa Bayuemas Oval dekat sini menyaksikan pasukan dari Kajang itu menghimpunkan 171-9 dalam ining pertama setelah lawan cuma mengumpulkan 67 larian setelah digegar serbuan pada awal perlawanan.

Pada hari kedua, SMK Penang Free masih tidak berkemampuan kerana mengumpulkan 67 larian lagi sekali gus tertiarap untuk kemenangan mudah penyandang juara.

"Kami menjangkakan boleh menang mudah apabila melihat kepada pencapaian hari pertama. SMK Penang Free perlu berusaha memperkemaskan pasukan untuk saingan tahun depan," kata penyelaras SMK Tinggi Kajang, Tan Eng Hui.


© Utusan Melayu (M) Bhd

Monday, September 9, 2013

A Dog Was Awarded Masters Degree...! How about YOU..!



What is your highest qualification? A degree, diploma? Well, perhaps this story will motivate you to further your education.

A dog was awarded an honorary masters degree by the John Hopkins University School of Education, reported the Huffington Post.

The service dog, Kirsch, was awarded the degree after having attended all of its master's classes.

The owner, Carlos Mora, received his Master of Science in Counselling, and his dog was awarded the honorary degree for having attended all the classes as well.

Read more here:

P/S: Sudah pasti anjing ini mempunyai kualiti terpuji yang menyebabkan pihak berkuasa universiti tidak teragak-agak menganugerahkan ijazah sarjana kehormat tersebut. Sekilat dapat dibayangkan anjing ini tidak membuat kacau atau bising semasa sesi kuliah atau tutorial sedang berjalan. 

Pastinya anjing ini telah bersama-sama dengan tuannya mengikuti syarahan, pengajaran atau perbincangan dengan para pensyarah dan siswa-siswa lain dengan tekun dan tidak mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran tersebut. 

Tidak tahulah kalau anjing ini sangat tertarik atau khusuk dengan cara pengajaran atau syarahan semua pensyarah yang hadir memberikan syarahan atau pengajaran sehingga tidak membuat kacau langsung atau menyalak atau pergi mengacau siswa-siswa lain.

Cuba lihat murid-murid kita, bagaimanakah keadaannya....? Sudahlah tidak tekun mengikuti PdP, kononnya sudah pandai kerana tusyen, tetapi bersikap angkuh dan biadap mengganggu proses pengajaran guru....!