Tuesday, February 26, 2013

Jadual Ujian Setara 1 / 2013






SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TINGGI KAJANG
        Jadual Ujian Setara 1          
2013





TINGKATAN 3
TARIKH MATA PELAJARAN WAKTU TEMPOH KELAS
P&P seperti biasa
5 MAC 2013 Rehat 09.50-10.10 Semua
SELASA Bahasa Arab 10.50-11.50 1 jam 3KAA
Bahasa Cina 10.50-11.50 1 jam 3A 3B
Bahasa Tamil 10.50-11.50 1 jam 3C 3D 3E 
Bahasa Melayu 12.00-13.00 1 jam Semua
Pend. Seni Visual 07.45-08.45 1 jam Semua
Pendidikan Islam 08.50-09.50 1 jam Semua
6 MAC 2013 Pendidikan Moral 08.50-09.50 1 jam Semua
RABU Rehat 09.50-10.10 Semua
Sejarah 10.20-11.20 1 jam Semua
Sains 12.00-13.00 1 jam Semua
Bahasa Inggeris 07.45-08.45 1 jam Semua
7 MAC 2013 Kemahiran Al-Quran 08.50-09.50 1 jam 3KAA
KHAMIS Rehat 09.50-10.10 Semua
Matematik 10.20-11.20 1 jam Semua
PJK 11.30-12.30 1 jam Semua
Sivik 07.45-08.45 1 jam Semua
8 MAC 2013 Rehat 09.50-10.10 Semua
JUMAAT Kemahiran Hidup KMT 10.20-11.20 1 jam Semua
Geografi 11.30-12.30 1 jam Semua
TINGKATAN 4
TARIKH MATA PELAJARAN WAKTU TEMPOH KELAS
Bahasa Melayu 07.45-08.45 1 jam Semua
5 MAC 2013 Lukisan Kejuruteraan 9.20-10.20 1 jam E
SELASA Rehat 10.25-10.45 Semua
Bahasa Tamil 10.50-11.50 1 jam POL
Matematik 12.00-13.00 1 jam Semua
Bahasa Inggeris 07.45-08.45 1 jam Semua
Perdagangan 09.20-10.20 1 jam ABCD
6 MAC 2013 Matematik Tambahan 09.20-10.20 1 jam EFGH
RABU Rehat 10.25-10.45 Semua
Sivik 10.50-11.50 1 jam Semua
Sains 12.00-13.00 1 jam ABCD
Kimia 12.00-13.00 1 jam EFGH

Pendidikan Islam 07.45-08.45 1 jam Semua
7 MAC 2013 Pendidikan Moral 07.45-08.45 1 jam Semua
KHAMIS Rehat 10.25-10.45 Semua
Sejarah 11.30-12.30 1 jam Semua
PJK 07.45-08.45 1 jam Semua
Fizik 09.20-10.20 1 jam EFGH
Geografi 09.20-10.20 1 jam D
8 MAC 2013 Rehat 10.25-10.45 Semua
JUMAAT Pendidikan Seni Visual 11.20-12.20 1 jam ABC
Ekonomi Asas 11.20-12.20 1 jam D
Teknologi Kejuruteraan 11.20-12.20 1 jam E
Prinsip Perakaunan 11.20-12.20 1 jam F
Biologi 11.20-12.20 1 jam GH





TINGKATAN 5
TARIKH MATA PELAJARAN WAKTU TEMPOH KELAS

Bahasa Melayu 07.45-08.45 1 jam Semua
5 MAC 2013 Lukisan Kejuruteraan 08.50-09.50 1 jam E
SELASA Rehat 09.50-10.10 Semua
Bahasa Tamil 10.50-11.50 1 jam POL
Matematik 12.00-13.00 1 jam Semua
Bahasa Inggeris 07.45-08.45 1 jam Semua
6 MAC 2013 Rehat 09.50-10.10 Semua
RABU Sains 12.00-13.00 1 jam ABCD
Kimia 12.00-13.00 1 jam EFGH

Sivik 07.45-08.45 1 jam Semua
Perdagangan 08.50-09.50 1 jam ABCD
Matematik Tambahan 08.50-09.50 1 jam EFGH
Rehat 09.50-10.10 Semua
7 MAC 2013 Pendidikan Seni Visual 10.20-11.20 1 jam ABC
KHAMIS Ekonomi Asas 10.20-11.20 1 jam D
Teknologi Kejuruteraan 10.20-11.20 1 jam E
Prinsip Perakaunan 10.20-11.20 1 jam F
Biologi 10.20-11.20 1 jam GH
Sejarah 11.30-12.30 1 jam Semua
PJK 07.45-08.45 1 jam Semua
Geografi 08.50-09.50 1 jam D
8 MAC 2013 Fizik 08.50-09.50 1 jam EFGH
JUMAAT Rehat 09.50-10.10 Semua
Pendidikan Islam 11.20-12.20 1 jam Semua
Pendidikan Moral 11.20-12.20 1 jam Semua





Saturday, February 23, 2013

Tahniah atas Perlantikan AJK PIBG sesi 2013/14



Sunday, February 17, 2013

Jemputan ke Mesy. Agung PIBG KHS ke 38, 2013


Sunday, February 10, 2013

Selamat Menyambut Tahun Baru Cina 2013



Dengan Ingatan Tulus Ikhlas
daripada;
Pengetua
dan 
Seluruh Warga
SMK Tinggi Kajang

Saturday, February 9, 2013

LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN KE-2/2013


 

            Pada 2 Februari yang lepas, Ladap 2 telah diadakan di INTI International University, Nilai. Program ini bermula jam 8:00 pagi – 12:30 tengah hari. Program ini diadakan untuk menyuntik semangat kerja berpasukan dalam kalangan guru. Program ini juga memberi panduan kepada guru-guru untuk menguruskan tekanan dengan bijak dan membolehkan guru-guru menghasilkan kualiti kerja yang cemerlang kepada institusi. Tahniah dan syabas diucapkan kepada guru-guru yang telah hadir menghadiri program ini.
   Berita Oleh: Nasrullah (3B)

PELANTIKAN KETUA TINGKATAN


 
            Pada 4 Februari yang lalu, Majlis Pelantikan Ketua Tingkatan dan Penolong Ketua Tingkatan telah diadakan di Dataran Murni. Majlis  pelantikan ini bertujuan untuk menyemarakkan semangat kepimpinan dalam kalangan pelajar yang terpilih. Pelajar – pelajar yang dilantik ini diharapkan akan memikul tanggungjawab yang diberikan dengan penuh dedikasi dan mampu menjadi contoh kepada murid – murid lain.
Berita Oleh: KHAIRUL HAZMIR (6AA)

BANTUAN KHAS AWAL PERSEKOLAHAN (BKAP)


 

            Majlis Penyerahan Bantuan Khas Awal Persekolahan (BKAP) telah diadakan pada 17 Januari 2013 bagi tingkatan 1 dan 2 manakala penyerahan kepada pelajar-pelajar tingkatan 3 dan 4 diadakan pada 18 Januari 2013 bertempat di dewan Tan Sri Kadir  Shamsudin. Bagi murid-murid tingkatan 5 pula wang diagihkan dari kelas ke kelas pada 23 & 24 Januari 2013. Bantuan bernilai RM 100 ini ialah inisiatif kerajaan untuk membantu ibu bapa mengurangkan beban kewangan persekolahan bagi memulakan sesi persekolahan tahun 2013.
Berita Oleh: Arif Yaakob (6AA)

MAJLIS PERSARAAN PN. ASIAH BT. AHMAD



      Pada 21 Januari 2013 telah diadakan Majlis Semarak Budi Semesra Kenangan sempena persaraan Pn. Hajah Asiah bt. Ahmad. Majlis yang diadakan di Dataran Murni SMK Tinggi Kajang bermula jam 7:30 pagi adalah untuk mengenang sumbangan dan jasa beliau sepanjang berkhidmat di sekolah ini. Semoga jasa dan budi baik beliau akan dikenang oleh seluruh warga SMK Tinggi Kajang.
Berita Oleh: SHAQIL (5H) & AHMAD (5G)

LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN (LADAP) BERASASKAN SEKOLAH

 

Pada 19 Januari 2013, Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP) telah diadakan di Pusat Sumber dan makmal komputer SMK Tinggi Kajang dari pukul 8 pagi hingga pukul 2 petang. Program ini disampaikan oleh En. Soh Bon Chuan , Tuan Syahiran Adi bin Tuan Mustafa, En. Zulkiflie bin Malek, Pn.Ho Kong Yi, dan Pn. Roslini bt Che Min. Program ini bertujuan untuk memberi informasi tentang perancangan dan pelaksanaan progam Unit Bimbingan dan Kaunseling untuk tahun 2013. Guru-guru juga diharapkan dapat membugarkan aplikasi ‘Frog VLE’. Tahniah dan syabas kerana program ini berjalan lancar mengikut perancangan. Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat.
Berita Oleh: 
SHAQIL SHUFFI (5H)

 

MAULIDUR RASUL PERINGKAT SEKOLAH



                Pada 1 Februari 2013 bersamaan 20 Rabiulawal 1434 Hijrah , SMK Tinggi Kajang telah mengadakan ceramah Maulidur Rasul di Dewan Tan Sri Abdul Kadir Shamsudin . Sambutan ini melibatkan semua warga SMKTK . Ceramah disampaikan oleh Ustaz Azhar bin Osman yang merupakan guru SMKTK . Ceramah ini bertujuan untuk menyemai dan menanam rasa cinta yang berterusan kepada Rasulullah S.A.W . di samping menghayati  pengorbanan baginda.  
Berita Oleh: Ahmad (5G)

 

Pertandingan Pertolongan Cemas dan Perawatan St. John Ambulans Malaysia

             Pada 20 Januari 2013 , SMKTK telah menjadi tuan rumah Pertandingan Pertolongan Cemas dan Perawatan St. John Ambulans Malaysia . Dalam pertandingan tersebut peserta SMK Tinggi Kajang telah dinobatkan sebagai Johan bagi kategori Kes Pendek dalam bahagian Ambulans Kadet . Peserta kita juga telah mendapat tempat ketiga bagi kategori Kawad Kaki dan Pakaian Seragam dalam bahagian Ambulans Kadet . Syabas dan tahniah kepada para peserta .
Berita Oleh: ASYRAF (6AB)

Sukan Asrama


 `               Sepanjang bulan Februari ini , ahli jawatankuasa Asrama Tun Dr. Abd Aziz telah menganjurkan beberapa aktiviti sukan, antaranya ialah futsal , ragbi , sepak takraw, dan permainan dalaman . Sukan antara penghuni asrama ini dapat mengeratkan hubungan silaturahim di samping menggalakkan mereka terlibat dalam aktiviti yang bermanfaat dan menyihatkan tubuh badan . Semoga tradisi ini dapat dikekalkan di Asrama Tun Dr. Abd Aziz .
Berita Oleh: Muhamad Nazreen (5H)

Maulidur Rasul Asrama



                Pada 31 Januari 2013 bersamaan 12 Rabiulawal 1434 H , ahli jawantankuasa Asrama Tun Dr. Abdul Aziz telah mengadakan ceramah  sempena sambutan Maulidur Rasul di surau asrama . Ceramah tersebut telah disampaikan oleh penceramah jemputan Ustaz Bakhtiar Fitri bin Abdul Hamid . Ceramah ini diharapkan dapat memberi peringatan kepada warga asrama agar menghargai jasa dan pengorbanan Nabi Muhammad S.A.W.
Berita Oleh: Shahidan 6AE

Pertandingan Boling


 


                Pada 30 Januari 2013 telah berlangsung Kejohanan Tenpin Boling SMKTK anjuran Kelab Tenpin Boling SMKTK bertempat di Ampang Super Bowl Metropoint Kajang . Pertandingan ini merupakan acara tahunan Kelab Tenpin Boling SMKTK sebagai satu platform untuk memilih wakil sekolah dalam kejohanan tenpin boling peringkat daerah . En. Billy Lee selaku guru penasihat telah berjaya menarik penyertaan  seramai  57 orang pelajar . Para pemenang telah menerima trofi dan sijil.
Berita Oleh: AIDI  (6AB)

Orentasi Asrama

                                                                      
 

         Pada 2 dan 4 Januari 2013 , Unit Bimbingan dan Kaunseling SMKTK telah mengadakan minggu orentasi asrama  . Seramai 140 orang penghuni asrama telah menyertai aktiviti tersebut . Guru yang bertanggungjawab untuk menjayakan aktiviti ini ialah Encik Zulkifle bin Malek  dan Pn. Rohayati Abd. Rahman . Aktiviti ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara pelajar asrama , serta melahirkan warga asrama yang berdisiplin , berakhlak mulia, dan bertanggungjawab.Berita Oleh: Badrul Amin  (3KAA)

Tuesday, February 5, 2013

Dato' Sri Chee Hong Leong Menyumbang Untuk Alma Mater-nya


Dato' Sri Chee Hong Leong, sentiasa mengingati Alma Maternya iaitu Kajang High School kerana bermula dari sinilah pada awal tahun 80'an Dato' Sri Chee dapat berpijak di bumi nyata berada di kedudukan sekarang.  Oleh kerana itu Dato' Sri Chee telah bermurah hati memberikan sumbangan derma sebanyak RM12,000 bagi melengkapkan kos pembinaan sebuah gelanggang sukan di Kajang High School. Majlis Penyerahan Sumbangan tersebut telah dilaksanakan pada satu Majlis Perhimpunan Rasmi SMK Tinggi Kajang pada hari Isnin, 4 Februari 2013. Sumbangan telah disampaikan oleh pegawai peribadi Dato' Sri Chee Hong Leong kepada Pengetua SMK Tinggi Kajang, Y.Bhg.Tuan Nik Mat bin Nik Man.

 
 

Semoga lebih ramai lagi Old Boys dan tidak lupa juga Old Girls of Kajang High School dapat mengikut jejak langkah Dato' Sri Chee Hong Leong dapat menyumbang semula kepada 'orang tua' mereka yang telah dilahirkan pada 1919 iaitu Kajang High School yang sememangnya menantikan kepulangan mereka.

Thursday, January 24, 2013

Takziah 2

Teacher, two children die in car crushed by concrete beams

January 23, 2013
MUAR, Jan 23 — A teacher and her two children were killed after the car they were travelling in was crushed by concrete beams which fell off a lorry in an accident at Km22.4 of Jalan Muar-Parit Sulong in Air Hitam, here, today.

Ngaisah Redzuan, 46, wife of Bakri Umno division committee member, Mohd Ghazali Salamon as well as her two children, Mohd Nurullah Al-Azim, 12, and Puteri Balqis Sofea, 10, were killed in the incident at about 1.30pm.

Muar police chief, ACP Mohd Nasir Ramli said the incident took place when the car driven by Ngaisah was turning towards their house after picking up her two children from Sekolah Kebangsaan Bukit Naning, Batu 15.“Suddenly, a lorry carrying concrete beams rammed into the victim’s car before the load fell onto the car, killing the victims instantly,” he said when contacted, here, today.

According to the initial investigation, the lorry was believed to have lost control while trying to overtake the victim’s car which was turning into her house compound on the left from Air Hitam to this town.

He said all the victims’ bodies were sent to Sultanah Fatimah Specialist Hospital.— Bernama  

P/S: Sincere condolences to the husband from the Principal and all the staffs and pupils of SMK Tinggi Kajang, Kajang, Selangor. 
Semoga roh-roh mereka ditempatkan bersama-sama dengan orang-orang yang beriman.


Takziah 1


Ucapan Takziah 
kepada 
Ustazah Anoryah binti Ansor
di atas kembalinya ke Rahmatullah suami tersayang
pada kira-kira pukul 6.00 petang 
23 Januari 2013 (Hari Rabu)
bersamaan 
11 Rabiul Awal 1434
Semoga rohnya dicucuri rahmat oleh Allah 
dan 
di tempatkan bersama-sama dengan orang-orang yang beriman.

Daripada:
Pengetua 
dan seluruh warga SMK Tinggi Kajang

Tuesday, January 22, 2013

Jawapan KPM Kepada Isu Naik Pangkat Time-Based

Utusan Malaysia bertarikh 13 November 2012 – KAJI NAIK PANGKAT TIME BASED

21 January 2013


Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk kepada Surat Pembaca “Peneroka Ilmu, Sungai Petani, Kedah”  dalam ruangan Surat Kepada Pengarang akhbar Utusan Malaysia  bertarikh 13 November 2012Kaji naik pangkat time based.

Urusan kenaikan pangkat Time-Based merupakan keistimewaan dan kelebihan yang diberikan oleh Kerajaan kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP). PPP boleh dinaikkan pangkat secara Time-Based sekiranya memenuhi syarat tempoh masa dan syarat-syarat lain yang ditetapkan tertakluk kepada kelulusan Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pelajaran (LKPPP). Bagi PPP yang cemerlang, boleh dipertimbangkan kenaikan pangkat dalam Laluan Cemerlang hingga ke Gred Khas C atau JUSA C secara Khas Untuk Penyadang (KUP).

Markah prestasi Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) bagi tiga tahun terkini dan perakuan daripada Ketua Jabatan merupakan syarat utama seorang pegawai layak dipertimbangkan. Sekiranya Ketua Jabatan tidak menyokong atau memperakukan pegawai untuk kenaikan pangkat, perkara tersebut sepatutnya adalah selari dengan penilaian LNPT. Ini bagi mengelakkan Ketua Jabatan memberikan LNPT yang tinggi tetapi merasakan pegawai tidak layak untuk diperakukan kenaikan pangkat Time-Based.

Mulai 1 Januari 2012, Kerajaan telah menambah baik laluan kenaikan pangkat Time-Based dengan mewujudkan kenaikan pangkat Time-Based Berasaskan Kecemerlangan bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) sehingga ke Gred DG54 secara KUP bagi tempoh 8-8-6-3. Manakala Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (PPPLD) diberi kenaikan pangkat sehingga ke Gred DGA38 secara KUP bagi tempoh 8-8-5. Pada masa ini, syarat kenaikan pangkat adalah sama seperti mana yang ditetapkan sebelum ini. Walau bagaimanapun, Kementerian dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sedang menyediakan kriteria kecemerlangan bagi urusan kenaikan pangkat Time-Based untuk dijadikan syarat kenaikan pangkat pada masa akan datang. Kriteria kecemerlangan ini akan dijadikan syarat minimum pegawai untuk dipertimbangkan kenaikan pangkat.

Sehubungan itu, Kementerian akan menimbang cadangan dan saranan yang dikemukakan untuk disesuaikan dalam kriteria kecemerlangan yang sedang disediakan tertakluk kepada kelulusan LKPPP.

UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Baca lagi di sini.

Friday, January 11, 2013

AMARAN: Jangan Hadir Perhimpunan

Teachers, students warned against participating in gathering


January 11, 2013


BATU PAHAT, Jan 11 – Deputy Education Minister Dr Mohd Puad Zakarshi today warned school teachers and students against participating in a gathering organised by the opposition in the federal capital tomorrow.

He said the warning was issued because the ministry did not want them to show bad example to others.

Teachers are well aware of the regulations and ethics outlined by the ministry which they have to comply with. So, the advice is for them to not take the risk. Apart from that, the ministry also does not want the teaching profession to be tarnished when they participate in a gathering that might turn unruly,” he told reporters at a function here today.

He said as school teachers and students, they should not get involve in such a gathering which was politically motivated.

The ministry, he said, would not hesitate to take action against school teachers and students who were caught by the police for participating in the gathering.

He also advised parents to not bring along their schooling children to participate in the gathering. – Bernama

Read more here.

Monday, January 7, 2013

Pekeliling Perkhidmatan Bil. 14/2012 - Program Transformasi Minda


Pekeliling yang menjelaskan tentang pelaksanaan Program Transformasi Minda sebagai syarat untuk pengesahan dalam perkhidmatan awam bagi menggantikan Kursus Induksi

Muat turun: Pekeliling Perkhidmatan Bil. 14/2012

Baca lagi di sini.

Wednesday, January 2, 2013

A Much Better New Year 2013



Sincerely from
The Principal,
Teachers
and
All Staffs 
Kajang High School