Saturday, March 7, 2015

KHS Meraih Kejayaan Dalam Pertandingan Pertolongan Cemas Daerah Hulu Langat 2015


Satu Pertandingan Pertolongan Cemas Peringkat Daerah Hulu Langat telah diadakan di SMK Convent Kajang pada 1 Februari 2015. SMK Tinggi Kajang telah menghantar 5 orang anggota St. John Ambulans Malaysia yang diketuai Samuel Ooi Kuan Eng dari tingkatan 5E.

Di dalam pertandingan tersebut, setiap anggota pasukan telah diberikan nombor yang mewakili tugas masing-masing. Nombor 1 merupakan Ketua Kumpulan, Nombor 2 ialah Penolong Ketua Kumpulan. Nombor 3 dan 4  ialah Perencam, Nombor 5 pula merupakan Perancang kepada semua prosedur rawatan. Tiga acara telah diadakan iaitu Pertandingan Kawad Kaki & Pakaian Seragam, Pertandingan Kes Panjang dan Pertandingan Kes Pendek. 

Pasukan St. John Ambulans Malaysia SMK Tinggi Kajang telah berjaya meraih Naib Johan dalam Pertandingan Kawad Kaki & Pakaian Seragam serta Pertandingan Kes Pendek. 

Pasukan ini akan mewakili daerah ke peringkat negeri yang akan diadakan pada bulan April di SMK Tinggi Kajang. Syabas dan tahniah kepada semua peserta yang telah mewakili sekolah dan kepada guru-guru penasihat, Puan Rashidah bt Mansor dan Puan Suhaiza bt Saad.




0 comments:

Post a Comment