PROGRAM PEMBUGARAN MINDA
GURU-GURU BAHASA MELAYU PRAUNIVERSITI
DAERAH HULU LANGAT 2014
Badan Permuafakatan Guru Penolong
Kanan Tingkatan 6 Daerah Hulu Langat dengan kerjasama Pejabat Pelajaran Daerah
Hulu Langat (PPDHL) telah menganjurkan Program Pembugaran Minda Guru-Guru
Bahasa Melayu Prauniversiti Daerah Hulu Langat di SMK Tinggi Kajang pada 17
April lalu. Program ini telah disertai 11 orang guru bahasa Melayu dari 8 buah
sekolah di daerah ini. Antara objektif penganjuran program tahunan ini adalah
untuk memperkasa kemahiran dan pengetahuan guru-guru bahasa Melayu dalam sistem
pentaksiran kertas Bahasa Melayu STPM. Dua orang penceramah telah berkongsi
ilmu dan pengalaman mereka iaitu Encik
Mohd. Khir bin Kassim, Guru Cemerlang dari SMK Bandar Baru Salak Tinggi dan
Puan Hawiyah binti Baba dari SMK Jalan Reko.
Pn. Shamsinah Ibrahim
0 comments:
Post a Comment