hisham.idris@kosmo.com.my
SURET (empat dari kanan), Pengarah Urusan Denso Malaysia, Noboyuki Inoue (tiga dari kanan) dan Pengetua SMK Tinggi Kajang, Nik Mat Nik Man (lima dari kanan) bersama pelajar yang menerima helmet sempena majlis perasmian Kempen Kesedaran Keselamatan Jalan Raya Denso di Kajang semalam.
KAJANG - Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) bercadang memperkenalkan subjek pendidikan keselamatan jalan raya kepada para pelajar sekolah menengah mulai tahun depan.
Ketua Pengarahnya, Datuk Suret Singh berkata, subjek itu sebagai langkah terbaru mendidik golongan tersebut mengenai kepentingan keselamatan di jalan raya.
Menurutnya, JKJR dengan Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengangkutan sedang menyediakan kurikulum yang sesuai untuk diajar kepada golongan sasar terbabit.
"Cadangan dilakukan supaya kurikulum tersebut diajar kepada para pelajar di tingkatan satu, dua dan empat selama 40 minit dan sekali dalam tempoh seminggu.
"Kita akan mengenal pasti guru-guru yang layak untuk dilatih bagi mengajar para pelajar terlibat," katanya selepas merasmikan Majlis Kempen Kesedaran Jalan Raya anjuran Denso dan Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Kajang di sekolah tersebut semalam.
0 comments:
Post a Comment