Wednesday, November 24, 2010

KPM Jawab Pelaksanaan Kenaikan Gred PPPS

Berita Harian bertarikh 2 November 2010 – PELAKSANAAN KENAIKAN GRED PPPS

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk kepada Surat Pembaca “Bakal PHD, Sungai Petani, Kedah, dalam ruangan Surat Kepada Pengarang akhbar Berita Harian bertarikh 2 November 2010 – Pelaksanaan kenaikan gred PPPS”.

Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pelajaran (LKPPP) memutuskan bahawa Margin of Preference (MOP) yang lebih besar diberikan kepada pegawai yang memiliki kelayakan lebih tinggi termasuk pemegang Ijazah Kedoktoran (PhD) dalam urusan kenaikan pangkat Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS). Syarat kenaikan pangkat yang ditetapkan oleh LKPPP masih terpakai. Manakala,kriteria penilaian dipinda bagi semua urusan kenaikan pangkat mengikut laluan cemerlang dengan memasukkan kriteria kelayakan akademik di peringkat PhD dan juga pengalaman bertugas. Sehubungan itu, kriteria penilaian yang telah dipinda tersebut akan digunakan dalam iklan urusan pemangkuan Guru Cemerlang, Pengetua Cemerlang dan Pegawai Cemerlang yang akan datang.

UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

0 comments:

Post a Comment