Sunday, November 14, 2010

Geografi

Bidang kaji fenomena di bumi
terpinggir dalam pendidikan kini
insan tidak peduli
alam indah ciptaan Ilahi
rakus dinoda setiap hari
musibah datang baru nak mengkaji
bencana tsunami sungguh ngeri
banjir melanda susah tak terperi
kemarau membakar hilang hasil bumi
ribut taufan meruntuh segala yang berdiri
ozon menipis meningkat suhu bumi
ais mencair aras laut kian tinggi
tempat yang rendah akan ditenggelami
hutan dibakar jerebu menyelubungi
semua aktiviti terpaksa dihenti
sungai tasik laut tidak selamat lagi
saban hari dicemari sisa industri
hidupan akuatik semua mati
itulah natijah kalau alam tak disayangi
belajarlah geografi dalam membentuk insani.

Cikgunikmie
23/10/2010
21.56 pm

0 comments:

Post a Comment