Wednesday, November 24, 2010

KPM Jawab Pelaksanaan Kenaikan Gred PPPS

Berita Harian bertarikh 2 November 2010 – PELAKSANAAN KENAIKAN GRED PPPS


Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk kepada Surat Pembaca “Bakal PHD, Sungai Petani, Kedah, dalam ruangan Surat Kepada Pengarang akhbar Berita Harian bertarikh 2 November 2010 – Pelaksanaan kenaikan gred PPPS”.


Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk kepada Surat Pembaca “Bakal PHD, Sungai Petani, Kedah, dalam ruangan Surat Kepada Pengarang akhbar Berita Harian bertarikh 2 November 2010 – Pelaksanaan kenaikan gred PPPS”.

Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pelajaran (LKPPP) memutuskan bahawa Margin of Preference (MOP) yang lebih besar diberikan kepada pegawai yang memiliki kelayakan lebih tinggi termasuk pemegang Ijazah Kedoktoran (PhD) dalam urusan kenaikan pangkat Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS). Syarat kenaikan pangkat yang ditetapkan oleh LKPPP masih terpakai. Manakala,kriteria penilaian dipinda bagi semua urusan kenaikan pangkat mengikut laluan cemerlang dengan memasukkan kriteria kelayakan akademik di peringkat PhD dan juga pengalaman bertugas. Sehubungan itu, kriteria penilaian yang telah dipinda tersebut akan digunakan dalam iklan urusan pemangkuan Guru Cemerlang, Pengetua Cemerlang dan Pegawai Cemerlang yang akan datang.

UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Monday, November 22, 2010

Pengarah Baru Bahagian Pengurusan Sekolah Harian


Warga SMK Tinggi Kajang mengalu-alukan perlantikan YBhg Datuk Hj Isa bin Abu sebagai Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian.



Thursday, November 18, 2010

Interesting Quote


Light travels faster than sound.
This is why some people appear bright,
until you hear them speak.


Tuesday, November 16, 2010

Selamat Hari Raya Aidil Adha


Kepada 
Seluruh Warga SMK Tinggi Kajang,
Ibu Bapa & Penjaga Serta Semua Pengunjung Blog Kajang High School


17 November 2010 

Daripada:
 Pengetua, 
Guru-Guru, 
Kaki Tangan Sokongan 
dan
Murid-Murid 
SMK Tinggi Kajang

Sunday, November 14, 2010

Geografi

Bidang kaji fenomena di bumi
terpinggir dalam pendidikan kini
insan tidak peduli
alam indah ciptaan Ilahi
rakus dinoda setiap hari
musibah datang baru nak mengkaji
bencana tsunami sungguh ngeri
banjir melanda susah tak terperi
kemarau membakar hilang hasil bumi
ribut taufan meruntuh segala yang berdiri
ozon menipis meningkat suhu bumi
ais mencair aras laut kian tinggi
tempat yang rendah akan ditenggelami
hutan dibakar jerebu menyelubungi
semua aktiviti terpaksa dihenti
sungai tasik laut tidak selamat lagi
saban hari dicemari sisa industri
hidupan akuatik semua mati
itulah natijah kalau alam tak disayangi
belajarlah geografi dalam membentuk insani.

Cikgunikmie
23/10/2010
21.56 pm

Sejarah

Sejarah bukan direka
sejarah adalah fakta
sejarah harus dikenang bukan dilupa
sejarah mengingatkan kita
jangan alpa
jangan leka
sejarah mencatatkan kita pernah terlena
sejarah membuktikan kita pernah dihina
sejarah mengajar kita bagaimana bangsa dibina
sejarah mencatatkan Melayu Cina India bersatu untuk merdeka
ambillah iktibar dari sejarah bangsa kita
jangan sampai maruah bangsa dicerca
jangan sampai bangsa diperhamba
bangkitlah hayati sejarah negara.

Cikgunikmie
23/10/2010
21.31 pm

Puisi untuk yang study

Anda sudah dirai
cukup-cukup bersenang hati
buatlah ulangkaji
semoga bertambah informasi
memenuhi benak memori
bersedia menjawab soalan dari setiap segi
moga score markah yang tinggi
pemeriksa tak persoal lagi
result yang bagus keluar nanti
boleh mahon mana-mana Universiti
yang anda hajati
saya hanya mampu restui
ilmu yang telah diberi.

Jangan dilupa pada janji
yang telah dimeteri
ingin belajar sesungguh hati
mencapai prestasi tertinggi
melayakkan diri
ke pusat pengajian tinggi
baru boleh puas hati
jangan duk goyang kaki
kelak menyesal ke akhir nanti
ada masa ini
boleh usaha lagi
biar pengsan sekali
janji masuk Universiti.

Cikgunikmie
31/10/2010
12.40 am

Perjuangan

Teruskanlah
hingga ke titisan tinta terakhir
masih ada ruang dan waktu
untuk kamu mengubah sesuatu
jangan berputus asa
usaha sampai jaya
lupakan seketika
hal-hal buang masa
fokus pada peperiksaan
jangan hilang tumpuan
cikgu doakan
kejayaan buat kalian
hati tenang
menghadapi persoalan
pasti isi yang diberikan
menepati skema jawapan.


Cikgunikmie
8/11/2010
19.10 pm

Monday, November 8, 2010

Hasil Kolokium Tingkatan 6


Kolokium Form 6 -

Hasil Kolokium Tingkatan 6


Kolokium Form 6 -

Hasil Kolokium Tingkatan 6 - Kumpulan 10 (Tingkatan 6AB)


Kolokium Form 6 -

Hasil Kolokium Tingkatan 6


Kolokium Form 6 -

Hasil Kolokium Tingkatan 6 - Kumpulan 11 (Tingkatan 6AC)


Kolokium Form 6 -

Hasil Kolokium Tingkatan 6 - Kumpulan 6 (Tingkatan 6AF)


Kolokium Form 6 Kumpulan 6 (6AF) -

Wednesday, November 3, 2010

Selamat Menyambut Hari Deepavali - 5 November 2010


Kepada:
Semua Murid, Ibu, Bapa, Penjaga 
dan 
Warga Pendidikan
serta 
Seluruh Rakyat Malaysia


May This Diwali Brings Joy, 
Good Health 
and Abundance Wealth
to All of Us

Daripada:
Pengetua 
dan 
Seluruh Warga SMK Tinggi Kajang