Thursday, September 30, 2010

Jadual Peperiksaan Akhir Tahun 2010 - Tingkatan 4

 SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TINGGI KAJANG
 JADUAL PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN  2010 - TINGKATAN 4
Tarikh Matapelajaran Waktu Tempoh Kelas
15-Okt-2010 Prinsip Akaun 1 7.45-9.00 1 jam 15 min DF
Jumaat Rehat 1 9.00-9.20 DF
Rehat 2 10.25-10.45 ABCEGH
Prinsip Akaun 2 10.00-12.30 2 Jam 30 min DF
18-Okt-2010 Bahasa Melayu 1 7.45-10.00 2 Jam 15 min Semua
Isnin Rehat 10.00-10.20 Semua
Bahasa Melayu 2 10.30-1.00 2 Jam 30 min Semua
19-Okt-2010 Bahasa Inggeris 1 7.45-9.30 1 Jam 45 min Semua
Selasa Rehat 9.30-9.50 Semua
Bahasa Inggeris 2 10.45-1.00 2 Jam 15 min Semua
20-Okt-2010 Matematik 1 7.45-9.00 1 Jam 15 min Semua
Rabu Rehat 9.15-9.35 Semua
Matematik 2 10.30-1.00 2 Jam 30 min Semua
21-Okt-2010 Sejarah 1 7.45-8.45 1 jam Semua
Khamis Rehat 9.00-9.20 Semua
Sejarah 2 10.00-12.30 2 Jam 30 min Semua
22-Okt-2010 Pendidikan Islam 1 8.15-10.15 2 Jam Semua
Jumaat Pendidikan Moral 7.45-10.15 2 Jam 30 min Semua
Rehat  10.15-10.35
Semua
Pendidikan Islam 2 10.50-12.30 1 Jam 40 min Semua
Bahasa Tamil 1 10.45-12.30 1 Jam 45 min
25-Okt-2010 Matematik Tambahan 1 7.45-9.45 2 Jam DEFGH
Isnin Rehat 1 10.25-10.45 ABC
Rehat 2 9.45-10.05 DEFGH
Matematik Tambahan 2 10.30-1.00 2 Jam 30 min DEFGH
26-Okt-2010 Sains 1 7.45-9.00 1 Jam 15 min ABCD
Selasa Biologi 1 7.45-9.00 1 Jam 15 min GH
Rehat  9.15-9.35 Semua
Sains 2 10.30-1.00 2 Jam 30 min ABCD
Lukisan Kejuruteraan  10.30-1.00 2 Jam 30 min E
Biologi 2 10.30-1.00 2 Jam 30 min GH
27-Okt-2010 Biologi 3 7.45-9.15 1 Jam 30 min GH
Rabu Teknologi Kejuruteraan 1 7.45-9.15 1 Jam 30 min E
Ekonomi Asas 1 7.45-9.00 1 Jam 15 min CD
Rehat  10.20-10.40 Semua
Ekonomi Asas 2 11.00-1.00 2 Jam CD
Teknologi Kejuruteraan 2 10.30-1.00 2 Jam 30 min E
28-Okt-2010 Fizik 1 7.45-9.00 1 Jam 15 min EFGH
Khamis Rehat  9.00-9.20 Semua
Fizik 2 10.00-12.30 2 Jam 30 min EFGH
29-Okt-2010 Perdagangan 1 7.45-9.00 1 Jam 15 min ABCD
Jumaat Kimia 1 7.45-9.00 1 Jam 15 min EFGH
Rehat  9.00-9.20
Semua
Perdagangan 2 10.30-12.30 2 Jam   ABCD
Kimia 2  10.00-12.30 2 Jam 30 min EFGH
1-Nov-2010 Geografi 1 7.45-9.00 1 Jam 15 min C
Isnin Fizik 3 8.55-10.25 1 Jam 30 min  EFGH
Rehat 1 9.00-9.20 CDEFGH
Rehat 2 10.25-10.45 AB
Kimia 3 11.30-1.00 1 Jam 30 min EFGH
Geografi 2 11.00-1.00 2 Jam  C
2-Nov-2010 PJK 7.50-8.50 1 Jam Semua
Selasa Pend.Sivik & kewarganegaraan 9.15-10.15 1 Jam Semua
Rehat  10.15-10.35 Semua
Bahasa Tamil 2 10.45-1.00 2 Jam 15 min
8-Nov-2010 Tasawur Islam 1 7.45-9.00 1 jam 15 min B
Isnin Rehat  9.00-9.20 B
Tasawur Islam 2 10.30-1.00 2 Jam 30 min B
9-Nov-2010 Pendidikan Seni Visual 2 7.45-10.45 3 Jam AB
Selasa Rehat  10.45-11.05 AB
Pendidikan Seni Visual 1 11.45-1.00 1 Jam 15 min AB

Jadual Peperiksaan Percubaan SPM 2010

       SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TINGGI KAJANG
    JADUAL PEPERIKSAAN PERCUBAAN  SPM 2010
Tarikh Matapelajaran Waktu Tempoh Kelas
23-Sep-2010 Bahasa Melayu 1 7.45-10.00 2 Jam 15 min Semua
Khamis Rehat 10.00-10.20 Semua
Bahasa Melayu 2 10.30-1.00 2 Jam 30 min Semua
24-Sep-2010 Bahasa Inggeris 1 7.45-9.30 1 Jam 45 min Semua
Jumaat Rehat 9.30-9.50 Semua
Bahasa Inggeris 2 10.15-12.30 2 Jam 15 min Semua
27-Sep-2010 Matematik 1 7.45-8.45 1 Jam 15 min Semua
Isnin Rehat 9.15-9.35 Semua
Matematik 2 10.30-1.00 2 Jam 30 min Semua
28-Sep-2010 Sejarah 1 7.45-8.45 1 jam Semua
Selasa Rehat 9.00-9.20 Semua
Sejarah 2 10.30-1.00 2 Jam 30 min Semua
29-Sep-2010 Pendidikan Islam 1 8.15-10.15 2 Jam Semua
Rabu Pendidikan Moral 7.45-10.15 2 Jam 30 min Semua
Rehat 2 10.15-10.35
Semua
Pendidikan Islam 2 11.20-1.00 1 Jam 40 min Semua
Bahasa Tamil 1 11.15-1.00 1 Jam 45 min
30-Sep-2010 Matematik Tambahan 1 7.40-9.40 2 Jam DEFGH
Khamis Rehat 1 10.25-10.45 ABC
Rehat 2 9.40-10.00 DEFGH
Matematik Tambahan 2 10.10-12.40 2 Jam 30 min DEFGH
1 Okt 2010 Sains 1 7.45-9.00 1 Jam 15 min ABCD
Jumaat Teknologi Kejuruteraan 1 7.45-9.15 1 Jam 30 min E
Biologi 1 7.45-9.00 1 Jam 15 min GH
Rehat  9.15-9.35 Semua
Sains 2 10.00-12.30 2 Jam 30 min ABCD
Teknologi Kejuruteraan 2 10.00-12.30 2 Jam 30 min E
Biologi 2 10.00-12.30 2 Jam 30 min GH
4 Okt 2010 Biologi 3 7.45-9.15 1 Jam 30 min GH
Isnin Ekonomi Asas 1 7.45-9.00 1 Jam 15 min CD
Rehat 1 9.30-9.50 FGH
Rehat 2 10.25-10.45 ABCDE
EST 1 10.35-11.50 1 Jam 15 min FGH
Geografi 2 11.00-1.00 2 Jam  C
EST 2 12.00-1.00 1 Jam FGH





5 Okt 2010 Fizik 1 7.45-9.00 1 Jam 15 min EFGH
Selasa Rehat  9.00-9.20 Semua
Fizik 2 10.30-1.00 2 Jam 30 min EFGH
6 Okt 2010 Perdagangan 1 7.45-9.00 1 Jam 15 min ABCD
Rabu Kimia 1 7.45-9.00 1 Jam 15 min EFGH
Rehat  9.00-9.20
Semua
Perdagangan 2 11.00-1.00 2 Jam   ABCD
Kimia 2  10.30-1.00 2 Jam 30 min EFGH
7 Okt 2010 Geografi 1 7.45-9.00 1 Jam 15 min C
Khamis Fizik 3 9.30-11.00 1 Jam 30 min  EFGH
Rehat 1 9.00-9.20 CDEFGH
Rehat 2 10.25-10.45 AB
Kimia 3 11.00-12.30 1 Jam 30 min EFGH
Ekonomi Asas 2 10.30-12.30 2 Jam CD
8 Okt 2010 PJK 7.50-8.50 1 Jam Semua
Jumaat Pend.Sivik & kewarganegaraan 9.25-10.25 1 Jam Semua
Rehat  10.25-10.45
Semua
Bahasa Tamil 2 10.00-12.15 2 Jam 15 min
Lukisan Kejuruteraan 10.00-12.30 2 Jam 30 min E
11 Okt 2010 Prinsip Akaun 1 7.45-9.00 1 jam 15 min DF
Isnin Rehat  9.00-9.20 Semua
Prinsip Akaun 2 10.30-1.00 2 Jam 30 min DF
13 Okt 2010 Tasawur Islam 1 7.45-9.00 1 jam 15 min B
Rabu Rehat  9.00-9.20 B
Tasawur Islam 2 10.30-1.00 2 Jam 30 min B
14 Okt 2010 Pendidikan Seni Visual 2 7.40-10.40 3 Jam AB
Khamis Rehat  10.40-11.00 AB
Pendidikan Seni Visual 1 11.15-12.30 1 Jam 15 min AB

Wednesday, September 29, 2010

Anak didikku

Kutahu kalian keresahan
Bimbang tersungkur di kaki STPM ini
Perit meredhai kesukaran
Kepayahan lumrah hidup
Jadikan kita lebih tabah
Bangkitlah! disisa hari yang berbaki
Kalian mampu lepasi halangan ini

Kumelihat jerih kalian
Redup wajah budarnya sinar mata
Genang airsuci tak tertumpah
Simpan buat iringi tanggis kesyukuran

Kucuba curah segunung kata
Seraplah! laksana kumbang rakus menghisap manis madu
Kucuba permudahkan cara
Kelak tak tersadung digelanggang perjuangan
Kucuba riangkan duka lara
Agar reda kekusutan membadai

Kucuba pujuk hati sendiri
Agar terukir kepastian
Kalian bukanlah pengecewa

Tempuhi realiti ini
Berkat usaha kalian
Kuyakini kupasti
Kalian akan tiba ke kaki menara
Gedung ilmu idaman bangsa

Usah gusar
Potensi persis air pacuran
Tiba detik terhambur dalam jawapan
Terpaku sipemeriksa tiada keraguan

Kejayaan pasti tiba
Basahan airmata iringi kesyukuran
Lalu kutersenyum dalam kehilangan anak didikku.

Cikgunikmie
20/8/2010
10.30 am

Merdekakan dengan syiar

446 tahun digasak
mental fizikal dibelenggu
penjajah laknat rakus mengaut
khazanah alam se-Tanah Melayu
tinggal sisa

Tanggal 31 Ogos 1957
Tunku laungkan kata keramat
merdeka!
merdeka!
merdeka!

Kini
setelah 53 tahun detik sejarah itu
di mana taraf merdeka kita?
setiap pelosok negara tidak lagi selamat
dalam rumah sendiri apatah lagi di jalanan

merdekakah? dengan,
rempit merempit jantan betina, menjadi-jadi
rogol merogol tak kira keturunan, menggila
buang bayi bagai buang sampah, bersepah
bunuh membunuh jadi agenda harian

Warga sudah lupa undang-undang
warga sudah hilang pedoman
warga sudah tiada pegangan
warga sudah tidak takut Tuhan

Oh hoiiii
yang urus tadbir
kita ke zaman mana ini?
tegakkanlah syiar Islam
moga jadi kita umat yang dirahmati
merdekakan diri bersama dua tunjang
al-Qur'an dan as-Sunnah

cikgunikmie
30/8/2010
6.40 pm

Di KHS Hatiku ditugukan

Di KHS Hatiku ditugukan

1998 aku menjejak kaki ke lamanmu
sejak itu kumembulat tekad
aku akan curahkan seluruh jiwa
berbakti pada warga-wargamu.

Pelbagai rupa  pentadbirmu
pelbagai ragam wargamu
jadikan aku lebih memahami kehidupan
jadikan aku lebih mengenali dunia pendidikan.

Kau yang terulung
kau yang banyak mencipta sejarah
kau melahirkan berpuluh tokoh
kau yang kubanggai antara yang beribu.

Di tamanmu kumencari rezeki
di gedung ilmumu aku memperbaiki diri
di arenamu aku menyihatkan diri
di lipatan sejarahmu tercatat
cintaku padamu ditugukan buat selamanya. 

cikgunikmie
23/9/2010
21.05

Pelawaan Mengikuti Bengkel Membina Blog

Khas untuk pelajar-pelajar Tingkatan 6, SMK Tinggi Kajang.
Sukacitanya anda dipelawa mengikuti Bengkel Membina Blog yang dirancang diadakan pada;

Sesi 1 :  06 November 2010
Sesi 2 : 13 November 2010
Masa  : 8.30 pagi - 12.30 Tengahari
Tempat :  Makmal Komputer 1, SMK Tinggi Kajang
Bayaran: RM20.00 sahaja.

Sarapan pagi dan makan tengahari akan disediakan.
Sijil penyertaan akan diberikan kepada peserta-peserta yang berjaya menghasilkan satu tugasan dalam blog yang telah dibina.
Setiap sesi hanya boleh dimuat dengan 40 orang peserta sahaja.

Pelajar-pelajar Tingkatan 6 yang berminat. sila daftar nama anda bersama bayaran kepada;

1. Penolong Kanan Tingkatan 6,
2. Cikgu Nik Suhaimi bin Nik Jaafar,
3. Pengerusi Majlis Pewakilan Pelajar, MPP Tingkatan 6 di Tingkatan 6AB.

Keperluan perkakasan:
1. Komputer Laptop/Notebook
2. Sistem Internet sendiri.

Sekian dimaklumkan.

Monday, September 27, 2010

Mercu Tanda Baru Bandar Kajang


Stadium Lama Kajang akan bertukar wajah kepada Dataran Kajang


Stadium Lama Kajang memberi laluan kepada....

Dataran Baru Kajang

Mercu tanda bandar Kajang - Stadium Kajang telah mula dirobohkan pada 15 Ogos 2010.

Stadium Kajang yang telah berumur 40 tahun itu akan digantikan dengan mercu tanda yang baru  iaitu Dataarn Kajang yang dijangka menelan belanja RM5.5 juta.

Stadium lama yang telah mula dibina pada akhir tahun 1970 itu akan dijadikan sebuah dataran umum  dengan orang ramai boleh datang beriadah dan ber'jogging'.

Selain itu, dalam projek Dataran Kajang ini juga terdapat sebuah kompleks sukan bernilai berjuta ringgit  yang mengandungi gelangang-gelanggang permainan futsal, badminton, padang untuk aktiviti tai chi, yoga dan senamrobik serta sebuah taman permainan kanak-kanak, gerai-gerai untuk jualan pelbagai barangan, makanan dan minuman.

Fasa pertama projek yang mengandungi sebuah taman permainan kanak-kanak bernilai RM200,000 telah  pun dimulakan dan hampir siap.

Fasa kedua pula yang meliputi pembinaan dua gelanggang permainan futsal. Bagi melaksanakan projek ini, sebahagian dari tembok stadium lama itu akan dirobohkan tetapi padang bola sepak yang sedia ada akan dikekalkan. Selain itu, trak getah sintetik yang sedia ada dalamn stadium itu juga akan digantikan dengan dengan trak bitumin.

Dataran Kajang yang dijangka akan siap seluruh pembinaannya dalam tempoh tiga tahun akan juga mengandungi gerai-gerai jualan pelbagai barangan, makanan dan minuman serta sebuah pentas persembahan.

Disedut dan diterjemah dari nklpunya.blogspot.com

Sunday, September 26, 2010

Magic Gopher - A Mathematical Game

This is a very interesting mathematical game.
Play it and try to figure out how come!
Click here or on the picture to play.


Disedut dari nklpunya.blogspot.com

Thursday, September 23, 2010

Jadual Waktu Peperiksaan STPM 2010

Sila klik di sini.

Jadual Waktu Peperiksaan PMR 2010

Sila klik di sini.

Jadual Waktu Peperiksaan SPM 2010


Sila klik di sini

Thursday, September 16, 2010

Hari Malaysia 2010


Salam Hari Malaysia
16 September 2010
untuk 
Seluruh Rakyat Malaysia


Daripada
Pengetua dan Seluruh Warga SMK Tinggi Kajang

Monday, September 6, 2010

Maaf Zahir dan Batin
Dari Seluruh Warga SMK Tinggi Kajang

Penstrukturan Semula Bahagian Sukan, Seni dan Kokurikulum di KPM

Makluman Penstrukturan Semula Bahagian Sukan, Seni dan Kokurikulum kepada dua (2) Bahagian berasingan.

Untuk makluman lanjut sila klik disini.

Saturday, September 4, 2010

Pengisian Jawatan PPPS Gred DG52 Dan DG48 Di Jemaah Nazir Dan Jaminan Kualiti (JNJK)

Urusan Pengisian Jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) Gred DG52 Dan DG48 Di Jemaah Nazir Dan Jaminan Kualiti (JNJK) Ibu Pejabat Dan Negeri Di Bawah NKRA.

Sukacita dimaklumkan JNJK telah diluluskan sebanyak 11 jawatan DG52 dan 101 jawatan DG48 dibawah program NKRA. Permohonan adalah terbuka kepada semua PPPS Gred DG52 dan DG48 yang mempunyai kelayakan dalam Bidang Umum, Bidang Teknikal dan Bidang Pendidikan Islam.
 Untuk maklumat lanjut sila klik disini.

Sekolah Sebagai Tempat Mengukuhkan Perpaduan Kaum

Institusi Sekolah Sebagai Tempat Mengukuhkan Perpaduan Kaum


Kementerian Pelajaran Malaysia amat memandang serius akan terdapatnya segolongan kecil warga sekolah yang dikatakan mengeluarkan kenyataan yang berbaur perkauman serta tidak sensitif kepada usaha-usaha Kerajaan untuk menjadikan sekolah sebagai tapak untuk menyemai Semangat 1Malaysia.

2.         Sekiranya wujud serta ada kebenaran akan perkara seperti ini berlaku, Kementerian tidak akan bertolak ansur dengan mana-mana warga pendidikan sama ada Pengetua, Guru Besar, Guru-Guru serta kakitangan sekolah, yang mempunyai sikap rasis sama ada dengan menggunakan kata-kata, perbuatan atau penulisan. Tindakan tegas akan diambil jika terbukti kesalahan mereka. Ini selaras dengan peringatan Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran supaya tindakan tegas harus diambil terhadap sebarang perbuatan yang boleh mencetuskan sentimen perkauman agar ia tidak menimbulkan natijah yang buruk.

3.         Sekolah adalah merupakan tempat untuk mengukuhkan perpaduan kaum, justeru, saya menyeru serta mengingatkan semua warga sekolah supaya sentiasa berhemah semasa kita melaksanakan tugas, dan sentiasa sensitif kepada hasrat Kerajaan untuk meningkatkan perpaduan kaum di negara ini sesuai dengan Konsep 1Malaysia.

4.         Sila maklumkan kandungan Surat Siaran ini kepada pegawai yang bertanggungjawab di Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah, Pengetua dan Guru Besar di bawah pentadbiran Y.Bhg. Dato’/Datuk/Datin/Tuan/Puan. 

Sekian dimaklumkan. 

‘ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’


TAN SRI DATO’ HAJI ALIMUDDIN BIN HAJI MOHD DOM
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
Kementerian Pelajaran Malaysia

Monday, August 30, 2010

PM's 53th. National Day Message

Don’t let racial issues destroy what has been painstakingly built:  Najib

August 30, 2010


KUALA LUMPUR,  Aug  30  –  Prime Minister,  Datuk Seri  Najib  Razak  said society should  not  allow  the  Malaysian way of life, which is based upon diversity and   moderation, to be undermine by extreme  attitudes which manifest themselves  through  racial  and  religious issues.

“Everything which we have achieved, everything which we have built,  and  things which are dear to us, will be destroyed.

“We should, therefore, value the prevailing peace, harmony and stability in the country,” Najib (picture) said in his message in conjunction with the 53rd National Day tomorrow.

He also said that the time had come for the current generation to take the lead to propel the country to greater heights. Saying that the real challenge for Malaysians today was to transform the country to become a developed and high-income nation by the year 2020, Najib said, the government had put in place strong foundations in the form of the Government Transformation Plan and Economic Transformation Plan to achieve the objective.

Najib said the success achieved in transforming Malaysia from that of a low-income and agricultural-based country into a medium-income industrialised country was due to the commitment, planning and  diligence of the government, along with the people, in holding fast to the philosophy of being  constantly ahead of the curve of transformation and changes.

“Refusing to be contented with the status quo, and out of sheer determination, our forefathers took Malaysia from one success to another.

“Today, it is our turn to lead Malaysia to greater heights of progress and prosperity. The question is, are we courageous enough to break away from tradition and achieve the extraordinary?” said the prime minister.

Looking back into the struggle of the country’s past leaders, Najib said the nation’s forefathers had never felt satisfied with what the country had at that time and had striven hard to overcome no matter how big the challenges were.

“They constantly seek and work to create a better future for the country and its people,” he said.

The prime minister also said that each Malaysian citizen was crucial to the country’s development and that he or she had the capability to contribute towards the nation’s prosperity and well-being. The time had also come for the country to fully utilise local talents, he said.

“It will be a huge loss to the country if the talents, whom we have painstakingly nurtured, migrate in search of a greener pasture just because of our failure to provide the conducive environment for them to contribute,” he said.

He added that globalisation not only allowed for easy flow of capital and technology across the borders but also the flow of human capital. Najib said that to create a better future, Malaysia should safeguard national unity, saying it had been the country’s pillar of peace and stability. 

It was for this reason, he said, that the basis of integration among the Malaysian people should be built upon shared values as spelled out in the national ideology or Rukun Negara and enshrined in the constitution.

Najib also said that the government was truly committed to defending the country’s and sovereignty within the framework of legal instruments and based on its own strength to face threats either from within or outside the country.

“Please remember that Malaysia is our homeland; this is the place where we were born, the place where we grow up, where we find our livelihood, a place where we find happiness and where we shall be laid to rest,” he said.

In conjunction with the National Day, he called on Malaysians to renew their commitment and strengthen their resolve to make Malaysia the best country.

“For the sake of our children’s future, we must defend the survival of our country. Let us not break what is intact,” he said. – Bernama

Excerpted from http://www.themalaysianinsider.com

Friday, August 27, 2010

Khas Untuk
Semua Pengunjung  
mykajanghighschool.blogspot.com 
serta 
Seluruh Rakyat Malaysia


Ucapan Tulus Ikhlas dan Salam Takzim 
daripada

  Pengetua, 
Guru-Guru, Semua Kakitangan Sokongan
dan
Pelajar-Pelajar SMK Tinggi Kajang
TITAH
SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG AL-WATHIQU BILLAH TUANKU MIZAN ZAINAL ABIDIN IBNI AL-MARHUM SULTAN MAHMUD AL-MUKTAFI BILLAH SHAH 
SEMPENA SAMBUTAN ULANG TAHUN KEMERDEKAAN NEGARA KALI KE-53 
TAHUN 2010

Bismillahir Rahmannir Rahim, Al-hamdulillahi Rabbil „Alamin, Wabihi Nasta‟in.
Assalamualaikum Warahmatullaahi Wabarakaatuh dan salam sejahtera. 
 
1. Beta merafakkan kesyukuran ke hadrat Allah Subhanahu Wata‟ala atas limpah dan kurnia-Nya, dapat Beta dan seluruh rakyat menyambut dan meraikan Ulang Tahun Kemerdekaan Negara Kali Ke-53. Sesungguhnya, ulang tahun kemerdekaan negara pada tahun ini begitu besar maknanya kepada seluruh rakyat Malaysia. Kita telah berjaya mentadbir negara yang tercinta ini dengan baik mengikut acuan dan kemampuan kita sendiri tanpa bergantung kepada negara luar.
 
2. Oleh itu, besarlah harapan Beta agar seluruh rakyat Malaysia, khususnya warga pendidik dan murid dapat menghayati dan menginsafi erti kemerdekaan yang telah dinikmati lebih dari setengah dekad. Dengan ini, Beta berharap agar kemerdekaan ini dapat diisi dengan segala rancangan dan program pembangunan yang dilaksanakan oleh kerajaan demi kecemerlangan bangsa dan negara yang tercinta. 
 
3. Sukacita Beta mengingatkan bahawa usaha-usaha mempertahankan kemerdekaan negara yang tercinta ini merupakan cabaran utama kepada seluruh rakyat Malaysia, khususnya murid-murid supaya dapat menjadi generasi pewaris yang berketerampilan dan mempunyai jati diri untuk menepis masalah kebejatan sosial. Beta percaya bahawa kesinambungan kecemerlangan bangsa dapat direalisasikan oleh generasi pada hari ini hasil daripada sahsiah yang terpuji.
 
4. Sehubungan dengan itu, bersempena Sambutan Ulang Tahun Kemerdekaan Negara Yang Ke-53, Beta menyeru warga pendidik dan murid agar dapat menghayati makna yang terkandung dalam Rukunegara. Sesungguhnya, prinsip-prinsip Rukunegara merupakan asas penting perpaduan yang mesti menjadi pegangan dalam memastikan kelangsungan kemakmuran dan keharmonian hidup di negara yang merdeka dan tercinta ini. 
 
5. Oleh hal yang demikian, Beta amat berharap agar murid-murid hari ini mampu menjadi harapan bangsa dan negara, seterusnya dapat menghindarkan perkara-perkara yang boleh mengganggu gugat kemerdekaan dan keamanan dalam kalangan masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa, bahasa, agama dan budaya. Sehubungan dengan itu, kecemerlangan murid-murid dalam aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sahsiah perlu dititikberatkan dalam usaha melahirkan warganegara yang mampu mendukung aspirasi negara.

6. Pemahaman terhadap ciri-ciri pembinaan negara bangsa Malaysia yang telah dipersetujui oleh generasi terdahulu hendaklah difahami dan diteladani dengan sebaik-baiknya oleh seluruh rakyat, khususnya murid-murid. Sesungguhnya, pemahaman terhadap ciri-ciri pembinaan negara bangsa Malaysia seperti yang dilaung-laungkan oleh kerajaan melalui konsep 1Malaysia hendaklah diperteguh dan menjadi asas perpaduan dalam kalangan generasi kini. Keupayaan membina negara bangsa bergantung kepada perkongsian nilai integriti, kebolehan, dedikasi dan kesetiaan.
 
7. Oleh hal yang demikian, Beta berharap dan menyeru seluruh warga pendidik supaya dapat mendidik dan membimbing murid-murid untuk menghayati dan memahami konsep 1Malaysia. Konsep ini selari dengan Perlembagaan Persekutuan dan prinsip-prinsip Rukunegara yang memberikan penekanan ke arah perpaduan rakyat yang lebih erat tanpa mengira perbezaan agama, bangsa dan budaya.

8. Beta juga bertitah agar seluruh rakyat Malaysia, khususnya warga pendidik dan murid supaya bersyukur dengan nikmat kemerdekaan negara yang telah dikecapi selama 53 tahun ini. Sebenarnya, kejayaan seluruh rakyat dalam memastikan kemerdekaan dan keharmonian negara selama 53 tahun berkat daripada semangat perpaduan. Oleh itu, semangat perpaduan yang utuh dalam kalangan murid semestinya terus disubur dan diperkasa menerusi proses pengajaran dan pembelajaran serta kegiatan kokurikulum di sekolah-sekolah.

9. Dalam hal ini, semangat patriotik hendaklah dimanifestasikan menerusi kesungguhan dalam menuntut ilmu pengetahuan. Oleh hal yang demikian, Beta berharap agar murid-murid berusaha dengan penuh gigih untuk menguasai pelbagai disiplin ilmu, terutama ilmu dalam bidang sains dan teknologi selari dengan hasrat negara untuk menjadi negara maju. Beta percaya murid-murid yang berilmu pengetahuan akan mempunyai fikiran yang luas, kreatif, inovatif, dan rasional. Modal insan minda kelas pertama yang kita lahirkan ini tentunya menjadi aset berguna kepada negara kerana murid-murid yang memiliki ciri-ciri tersebut dapat menjana kejayaan yang cemerlang, gemilang dan terbilang.
 
10. Penguasaan ilmu pengetahuan dalam pelbagai disiplin membolehkan generasi pewaris bangsa mempertahankan negara daripada penjajahan bentuk baharu seperti penjajahan minda, budaya dan ekonomi. Beta yakin kecemerlangan dalam aspek pendidikan dapat melonjakkan bangsa kita menjadi lebih berdaya saing dan dihormati di peringkat global. Oleh itu, segala dasar pendidikan yang dirangka perlu dilaksanakan dengan penuh komitmen sesuai dengan hasrat menjadikan negara kita sebagai pusat penyebaran ilmu. 
 
11. Selain itu, Beta menyeru agar warga pendidik dan murid-murid mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan. Sesungguhnya, amalan berbudi bahasa dalam kalangan rakyat Malaysia menjadi elemen penting dalam usaha melahirkan modal insan yang cemerlang. Keharmonian hidup yang berteraskan nilai berbudi bahasa juga menjadi faktor untuk menjamin negara ini muncul sebagai sebuah negara yang tersohor. Sejarah telah membuktikan bahawa bangsa yang berjaya ialah bangsa yang mempunyai peradaban yang tinggi dan bangsa yang mundur ialah bangsa yang tidak memiliki akhlak yang terpuji.

12. Beta juga merakamkan rasa bangga atas daya usaha kerajaan menerusi Kementerian Pelajaran Malaysia kerana kejayaan melaksanakan sub-Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang memberikan penekanan kepada kecemerlangan pendidikan untuk semua peringkat. Kecemerlangan ini dapat dicapai melalui usaha memperluas akses kepada pendidikan yang bermutu dan berkemampuan secara konsisten. Oleh itu, Beta menyeru warga pendidik dan murid agar menggunakan semua peluang yang ada untuk mencipta kejayaan yang gemilang.
 
13. Kecemerlangan sesuatu bangsa ialah hasil daripada rakyatnya yang berilmu. Beta ingin menyeru kepada rakyat khususnya murid-murid supaya menuntut ilmu dalam usaha mempertingkat potensi diri untuk bersaing di peringkat antarabangsa. Impaknya, negara akan mempunyai bangsa yang mempunyai ketinggian ilmu dan dihormati oleh rakan dan seteru. Inilah kelebihan ilmu, selaras dengan sabda Nabi Muhammad Sallallahu ‟Alaihi Wasallam yang bermaksud “Menuntut ilmu itu wajib bagi lelaki dan perempuan”. Warga pendidik dan murid-murid sekalian,
 
14. Pada hari ini, pelbagai musibah melanda dunia akibat daripada kesilapan yang dilakukan oleh manusia yang tidak bertanggungjawab. Alhamdulillah, negara kita terselamat dan terpelihara daripada bencana alam seperti ribut taufan, banjir besar dan gempa bumi. Begitu juga halnya dengan kemelesetan ekonomi yang melanda, dapat kita tangani dengan baik berkat daripada dasar ekonomi negara yang mantap. Tempias daripada kegawatan ekonomi tidak melemahkan semangat kita untuk terus memberikan keutamaan dalam memajukan bidang pendidikan di negara kita atas kesedaran bahawa masyarakat yang berilmulah yang mampu memajukan dan mengharumkan nama negara. Justeru, Beta menyeru semua pendidik dan murid agar memainkan peranan masing-masing dalam usaha memartabatkan negara di persada dunia. Hal ini bertepatan dengan peribahasa Melayu yang berbunyi kuat ketam kerana sepitnya, kuat manusia kerana ilmunya.

15. Oleh itu, besarlah harapan Beta pada saat seluruh warga Malaysia menyambut dan meraikan ulang tahun kemerdekaan ini, warga pendidik dan murid-murid dapat bersama-sama beriltizam untuk melaksanakan usaha-usaha ke arah memastikan negara kita terus kekal merdeka. Kejituan semangat dan iltizam dalam kalangan rakyat perlu dilestarikan. Beta yakin sekiranya kita sentiasa mengatur langkah sederap, seia dan sekata maka anasir luar yang sentiasa mengintai peluang untuk mempengaruhi rakyat dengan pelbagai taktik dan strategi yang memesong pemikiran rakyat dapat ditangkis. Oleh itu, tema ulang tahun kemerdekaan pada tahun ini, iaitu “1Malaysia: Menjana Transformasi” hendaklah dihayati supaya menjadi satu matlamat yang lebih realistik dan holistik. Dalam hal ini, Beta menyeru supaya kita bersama-sama sentiasa bersedia membuat anjakan paradigma ke arah kebaikan. 
 
Akhir titah, Selamat Menyambut Hari Ulang Tahun Kemerdekaan Malaysia Yang Ke-53. Sekian, Wabillahi Taufiq Walhidayah, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.