Monday, September 27, 2010

Mercu Tanda Baru Bandar Kajang


Stadium Lama Kajang akan bertukar wajah kepada Dataran Kajang


Stadium Lama Kajang memberi laluan kepada....

Dataran Baru Kajang

Mercu tanda bandar Kajang - Stadium Kajang telah mula dirobohkan pada 15 Ogos 2010.

Stadium Kajang yang telah berumur 40 tahun itu akan digantikan dengan mercu tanda yang baru  iaitu Dataarn Kajang yang dijangka menelan belanja RM5.5 juta.

Stadium lama yang telah mula dibina pada akhir tahun 1970 itu akan dijadikan sebuah dataran umum  dengan orang ramai boleh datang beriadah dan ber'jogging'.

Selain itu, dalam projek Dataran Kajang ini juga terdapat sebuah kompleks sukan bernilai berjuta ringgit  yang mengandungi gelangang-gelanggang permainan futsal, badminton, padang untuk aktiviti tai chi, yoga dan senamrobik serta sebuah taman permainan kanak-kanak, gerai-gerai untuk jualan pelbagai barangan, makanan dan minuman.

Fasa pertama projek yang mengandungi sebuah taman permainan kanak-kanak bernilai RM200,000 telah  pun dimulakan dan hampir siap.

Fasa kedua pula yang meliputi pembinaan dua gelanggang permainan futsal. Bagi melaksanakan projek ini, sebahagian dari tembok stadium lama itu akan dirobohkan tetapi padang bola sepak yang sedia ada akan dikekalkan. Selain itu, trak getah sintetik yang sedia ada dalamn stadium itu juga akan digantikan dengan dengan trak bitumin.

Dataran Kajang yang dijangka akan siap seluruh pembinaannya dalam tempoh tiga tahun akan juga mengandungi gerai-gerai jualan pelbagai barangan, makanan dan minuman serta sebuah pentas persembahan.

Disedut dan diterjemah dari nklpunya.blogspot.com

0 comments:

Post a Comment