Friday, April 18, 2014

JADUAL PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2014

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TINGGI KAJANG


   JADUAL PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2014
TINGKATAN 4
Tarikh Matapelajaran Waktu Tempoh Kelas
7-Mei-14 Bahasa Melayu 2 7.50-10.20 2 Jam 30 min Semua
Rabu Rehat 10.25-10.45 Semua
Bahasa Melayu 1 10.45-1.00 2 Jam 15 min Semua
8-Mei-14 Sains 2 7.50-10.20 2 Jam 30 min ABCDE
Khamis Matematik Tambahan  8.20-10.20 2 Jam  FGH
Rehat  10.25-10.45 Semua
Sains 1 11.00-12.15 1 Jam 15 min ABCDE
9-Mei-14 Matematik 2 7.50-10.20 2 Jam 30 min Semua
Jumaat Rehat 10.25-10.45 Semua
Matematik 1 11.00-12.15 1 Jam 15 min Semua
10-Mei-14 Bahasa Tamil 1 8.00-9.45 1 Jam 45 min POL
Sabtu Rehat  9.50-10.10 Semua
Bahasa Tamil 2 10.15-12.30 2 Jam 15 min POL
12-Mei-14 Sejarah 1 8.15-9.15 1 Jam Semua
Isnin Rehat  10.10-10.30 Semua
Sejarah 2 10.30-1.00 2 Jam 30 min Semua
13-Mei-14
CUTI HARI WESAK
Selasa
14-Mei-14 Bahasa Inggeris 1 7.45-9.30 1 Jam 45 min Semua
Rabu Rehat 10.25-10.45 Semua
Bahasa Inggeris 2 10.45-1.00 2 Jam 15 min Semua
15-Mei-14 Pend. Seni Visual 2 7.45-10.45 3 Jam ABC
Khamis Geografi  7.45 - 9.45 2 Jam DE
Fizik 2 7.45-10.15 2 Jam 30 min FGH
Rehat  10.45-11.05 ABC
Rehat  10.25-10.45 DEFGH
Pend. Seni Visual 1 11.00-12.15 1 Jam 15 min ABC
Fizik 1 11.00-12.15 1 Jam 15 min FGH
16-Mei-14
SAMBUTAN HARI GURU
Jumaat
Sivik 11.15-12.15 1 Jam Semua
19-Mei-14 PJK 8.10-9.10 1 Jam Semua
Isnin Rehat 9.40-10.00 Semua
Sejarah 3 10.00-1.00 3 Jam Semua
20-Mei-14 Pendidikan Islam 1 7.50-9.50 2 Jam Semua
Selasa Pendidikan Moral 7.50-10.20 2 Jam 30 min Semua
Rehat  10.25-10.45 Semua
Pendidikan Islam 2 11.20-1.00 1 Jam 40 min Semua
21-Mei-14 Perdagangan 1 7.45-9.00 1 Jam 15 min ABCDE
Rabu Biologi 1 7.45-9.00 1 Jam 15 min FGH
Rehat  9.50-10.10 Semua
Perdagangan 2 11.00-1.00 2 Jam  ABCDE
Biologi 2 10.30-1.00 2 Jam 30 min FGH
22-Mei-14 Ekonomi Asas 2 7.50 - 9.50 2 Jam DE
Khamis Kimia 2 7.50-10.20 2 Jam 30 min FGH
Rehat  10.25-10.45 Semua
Ekonomi Asas 1 11.00-12.15 1 Jam 15 min DE
Kimia 1 11.00-12.15 1 Jam 15 min FGH
23-Mei-14 Prinsip Akaun 1 8.00-9.15 1 jam 15 min Terbuka
Jumaat Rehat 9.30-9.50 Calon
Lukisan Kejuruteraan 9.50-12.20 2 Jam 30 min Terbuka
Prinsip Akaun 2 9.50-12.20 2 Jam 30 min Terbuka

Thursday, April 17, 2014

JADUAL PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2014

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TINGGI KAJANG

   JADUAL PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2014
TINGKATAN 5
Tarikh Matapelajaran Waktu Tempoh Kelas
5-Mei-14 Bahasa Melayu 1 7.45-10.00 2 Jam 15 min Semua
Isnin Rehat 10.00-10.20 Semua
Bahasa Melayu 2 10.30-1.00 2 Jam 30 min Semua
6-Mei-14 Sains 1 7.45-9.00 1 Jam 15 min ABCDE
Selasa Matematik Tamb. 1 7.45-9.45 2 Jam  FGH
Rehat  9.50-10.10 Semua
Sains 2 10.30-1.00 2 Jam 30 min ABCDE
Matematik Tamb. 2 10.30-1.00 2 Jam 30 min FGH
7-Mei-14 Fizik 3 7.45-9.15 1 Jam 30 min FGH
Rabu Rehat  9.40-10.00 Semua
Sejarah 3 10.00-1.00 3 Jam Semua
8-Mei-14 Bahasa Inggeris 1 7.45-9.30 1 Jam 45 min Semua
Khamis Rehat 9.40-10.00 Semua
Bahasa Inggeris 2 10.00-12.15 2 Jam 15 min Semua
9-Mei-14 Matematik 1 7.45-9.00 1 Jam 15 min Semua
Jumaat Rehat 9.40-10.00 Semua
Matematik 2 10.00-12.30 2 Jam 30 min Semua
10-Mei-14 Bahasa Tamil 1 8.00-9.45 1 Jam 45 min POL
Sabtu Rehat 9.50-10.10 Semua
Bahasa Tamil 2 10.15-12.30 2 Jam 15 min POL
12-Mei-14 Pendidikan Islam 2 8.10-9.50 1 Jam 40 min Semua
Isnin Rehat  9.50-10.10 Semua
Pendidikan Islam 1 11.00-1.00 2 Jam Semua
Pendidikan Moral 10.30-1.00 2 Jam 30 min Semua
13-Mei-14
CUTI HARI WESAK
Selasa
14-Mei-14 Perdagangan 1 7.45-9.00 1 Jam 15 min ABCDE
Rabu Biologi 1 7.45-9.00 1 Jam 15 min FGH
Rehat  9.50-10.10 Semua
Perdagangan 2 11.00-1.00 2 Jam  ABCDE
Biologi 2 10.30-1.00 2 Jam 30 min FGH
15-Mei-14 Kimia 1 7.45-9.00 1 Jam 15 min FGH
Khamis Rehat  9.20-9.40 FGH
Kimia 2 9.45-12.15 2 Jam 30 min FGH
16-Mei-14
SAMBUTAN HARI GURU
Jumaat
Sivik 11.15-12.15 1 Jam Semua
19-Mei-14 Sejarah 1 8.30-9.30 1 Jam Semua
Isnin Rehat  9.50-10.10 Semua
Sejarah 2 10.30-1.00 2 Jam 30 min Semua
20-Mei-14 Pend. Seni Visual 1 7.45-9.00 1 Jam 15 min ABC
Selasa Geografi 1 7.45-9.00 1 Jam 15 min DE
Fizik 1 7.45-9.00 1 Jam 15 min FGH
Rehat  9.40-10.00 ABC
Rehat  9.50-10.10 DEFGH
Pend. Seni Visual 2 10.00-1.00 3 Jam ABC
Geografi 2 11.00-1.00 2 Jam DE
Fizik 2 10.30-1.00 2 Jam 30 min FGH
21-Mei-14 Ekonomi Asas 1 7.45-9.00 1 Jam 15 min DE
Rabu Biologi 3 7.45-9.15 1 Jam 30 min FGH
Rehat  9.50-10.10 Semua
Ekonomi Asas 2 11.00-1.00 2 Jam  DE
Kimia 3 11.30-1.00 1 Jam 30 min  FGH
22-Mei-14 Prinsip Akaun 1 7.45-9.00 1 jam 15 min F
Khamis Rehat 9.20-9.40 Semua
Lukisan Kejuruteraan 9.45-12.15 2 Jam 30 min F
Prinsip Akaun 2 9.45-12.15 2 Jam 30 min F
23-Mei-14 Ulangkaji
Jumaat Rehat  9.50-10.10 Semua
PJK 11.15-12.15 1 Jam Semua





Monday, April 14, 2014

SEMINAR INTEGRITI WARGA PENDIDIK (SIWP)


            Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri Selangor, dan Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Langat dengan kerjasama Institut Integriti Malaysia telah menganjurkan Seminar Integriti Warga Pendidik di dewan SMK Tinggi Kajang pada 12 April 2014 lalu. Ceramah yang bertajuk “Pelan Integriti Nasional (PIN) dan Budaya Integriti dalam Pendidikan” telah disampaikan oleh Encik Ismail bin Sulaiman. Antara objektif seminar adalah untuk meningkatkan tahap kesedaran dan kefahaman warga pendidik mengenai PIN. Selain itu, penganjuran seminar ini diharapkan mendapat kerjasama warga pendidik bagi membantu menyebarluaskan kefahaman mengenai integriti dan PIN dalam kalangan pelajar.
Pn Shamsinah Ibrahim



 

Kejohanan Bola Sepak (M) Bawah 15 dan 18 MSSDHL Peringkat Zon Kajang



SMK Tinggi Kajang telah menjadi tuan rumah Kejohanan Bola Sepak  (M) Peringkat Zon Kajang  yang berlangsung pada  8-9 April 2014 di padang sekolah. Enam buah sekolah telah menyertai kejohanan tersebut. Bagi kategori bawah 15 tahun ,pasukan SMK Tinggi Kajang di bawah bimbingan En. Saari Abd Hamid telah mendapat Naib Johan.Johan bagi kategori bawah 15 disandang oleh SMK Saujana Impian.Bagi kategori bawah 18 , Johan telah disandang oleh SMK Tinggi Kajang dan Naib Johan pula ialah SMK Saujana Impian.Tahniah kepada jurulatih dan terima kasih kepada semua pegawai serta AJK yang terlibat.                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                       
Pn.Shamsinah Ibrahim






SEMINAR EMPATI DAN PERPADUAN NASIONAL


Seramai 25 orang pelajar prauniversiti SMK Tinggi Kajang dengan diiringi Pn.Shamsinah Ibrahim telah mengikuti Seminar Empati dan Perpaduan Nasional pada 4-5 April 2010 di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS). Seminar anjuranYayasan 1Malaysia ini telah dihadiri oleh pelajar-pelajar dan guru-guru prauniversiti dari seluruh daerah Hulu Langat. Antaratujuan seminar ini adalah untuk memperkukuh keharmonian nasional dan membangunkan rasa penghargaan yang mendalam terhadap  warisan kepelbagaian budaya.Para penceramah terdiri daripada Dr. Chandra Muzaffar , Tan Sri Lee LamThye, dan Tuan Haji Hamilye Sham Harun dari Institut Integriti Malaysia.
Pn Shamsinah Ibrahim

Majlis Tadarus Al-Quran Sekolah-Sekolah Peringkat Zon

Pada 18 Mac yang lepas, MajlisTadarus Al-Quran (MTQ) Sekolah-Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia  peringkat zon tahun 2014 bersamaan 1435 Hijrah telah berlangsung di SMK Khir Johari, Beranang. Seorang pelajar SMK Tinggi Kajang iaitu Abdul Rauf bin Yusuf dari tingkatan 2KAA telah mewakili sekolah dalam pertandingan tilawah dan berjaya meraih tempat ketiga dalam pertandingan tersebut. Abdul Rauf akan mewakili sekolah dalam pertandingan di peringkat daerah Hulu Langat.
Nasrullah Bin Norzaidi (4F)

 

Program CSR & Mobile Kementerian Kewangan Malaysia



Aktiviti mengecat tembok sekolah dan tempat meletak basikal para pelajar telah diadakan pada 19 Mac 2014 di bawah Program Pusat Tranformasi Komuniti Bergerak dengan kerjasama Kementerian Kewangan. Program ini telah dirasmikan oleh Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.Antara agensi yang menyediakan perkhidmatan pada hari tersebut ialah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Langat,Klinik Kesihatan Sungai Chua, dan IMDP yang membuat pemeriksaan mata. 
Pn Shamsinah Ibrahim

 
 
 
 
 

Program Penglibatan Ibu Bapa dan Komuniti


 

Program Penglibatan Ibu Bapa dan Komuniti

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2015 



YAB Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin telah merasmikan Program Penglibatan Ibu Bapa dan Komuniti PPPM 2013-2015 di SMK Tinggi Kajang pada 16 Mac 2014 yang lalu. Program seperti ini merupakan salah satu hasrat yang terkandung dalam PPPM untuk mewujudkan permuafakatan antara ibu bapa dan komuniti dengan pihak sekolah demi kepentingan para pelajar.SMK Tinggi Kajang turut menjalin kerjasama dengan pelbagai agensi awam dan swasta iaitu Nilai Collage, FELDA, KRU Academy, MCS Culinary Banting dan Encik Ruzman Lamri (jurulatih bola sepak). Lebih 1000 orang telah menghadiri majlis tersebut.
 Pn Shamsinah Ibrahim

Lawatan Penanda Aras Ke SMK Convent Muar


 Seramai 40 orang guru SMK Tinggi Kajang telah mengadakan Lawatan Penanda Aras ke SMK Convent Muar sebagai aktiviti LADAP kali ke-2. Lawatan ini diadakan pada 16 Mac 2014 lalu bertujuan untuk meninjau dan melihat sendiri pelaksanaan Program i-THINK di sekolah tersebut. SMK Convent Muar menjadi salah sebuah daripada 10 buah sekolah rintis i-THINK di Malaysia. Lawatan tersebut ternyata member manfaat kepada semua peserta untuk memperkasa pelaksanaan i-THINK di SMK Tinggi Kajang.
 Pn Shamsinah Ibrahim



 

Tuesday, March 11, 2014

Majlis Pelantikan Pengawas dan Pembimbing Rakan Sebaya


SMK  Tinggi Kajang telah mengadakan Majlis Pelantikan Pengawas dan Pembimbing Rakan Sebaya. Majlis ini bertujuan untuk memberi penghargaan kepada pengawas sekolah dan pembimbing rakan sebaya . Majlis ini telah diasmikan oleh ASP Chay Hu Yuen iaitu pegawai perhubungan sekolah dari IPD Kajang. Majlis ini turut dihadiri oleh YDP PIBG iaitu Dr. Ibrahim bin Abu Bakar. Majlis ini diakhiri dengan lafaz ikrar oleh pengawas dan pembimbing rakan sebaya sebagai tanda aku janji menjalankan tugas dengan penuh dedikasi.

Badrul Amin Dan Shahrul Naim (4H)

Majlis Persaraan Puan Rohani Binti Judin


 
Pada 7 Febuari 2014, JK Asrama SMK Tinggi Kajang telah mengadakan satu Majlis Persaraan bagi penyelia asrama iaitu Pn Rohani binti Judin. Pn. Rohani telah berkhidmat di SMK Tinggi Kajang selama hampir 25 tahun.Majlis ini telah dihadiri  En. Nik Mat Bin Nik Man , pengetua SMK Tinggi Kajang dan barisan pentadbir sekolah. Majlis ini juga disertai oleh bekas-bekas pelajar SMK Tinggi Kajang  yang telah menginap di asrama semasa di bawah penyeliaan Pn. Rohani. Akhir kata selamat bersara diucapkan kepada Pn. Rohani  yang telah banyak berjasa kepada Asrama SMK Tinggi Kajang. We Love You Umi!!!

Kursus Kepimpinan Ketua dan Penolong Ketua Kelas Tahun 2014



Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Tinggi Kajang telah mengadakan satu Kursus Kepimpinan kepada semua ketua dan penolong ketua kelas untuk tahun 2014. Kursus ini telah dijalankan pada 14 Febuari yang lepas dan diadakan di INTI University College, Nilai Negeri Sembilan. Objektif utama program ini adalah bagi memperkasa sikap tanggungjawab dan kepimpinan yang tinggi kepada ketua kelas dan penolong ketua kelas dalam menjalankan tugas mereka. Kursus ini turut disertai Puan Noor Aini Harun, Puan Hawizah Abdan, Puan Roslini Che Min, dan Puan Rohayati Abd. Rahman.

Badrul Amin Bin Adnan (4H)

Kursus Kepimpinan Unit Kokurikulum SMK Tinggi Kajang


Unit Kokurikulum SMK Tinggi Kajang telah menganjurkan Kursus Kepimpinan bagi Pengerusi, Naib Pengerusi, dan Setiausaha unit beruniform, kelab dan persatuan, sukan dan permainan serta rumah sukan. Kursus selama sehari ini telah berlangsung pada 12 Febuari 2014 di Nilai University.Tujuan kursus ini diadakan adalah bagi memupuk sikap kepemimpinan yang  tinggi dan semgat kerjasama dalam menjalankan tugas yang diamanahkan. Encik Zamri bin Kamdi selaku Setiausaha Unit Kokurikulum turut mengiringi para peserta kursus.
Badrul Amin (4H)