Peruntukan berjumlah RM560,000.00 telah diterima oleh Pengetua, En. Nik Mat bin
Nik Man untuk membina bumbung di tapak perhimpunan. Kejayaan ini adalah susulan
usaha pihak sekolah menyerahkan kertas kerja kepada Menteri Kewangan II, Dato’
Seri Ahmad Husni bin Mohamad Hanadzlah sempena lawatan beliau ke sekolah pada
Mac lalu. Projek ini dijangka akan memakan masa 6 bulan dan pembinaannya akan
mampu memberi keselesaan serta kemudahan kepada semua warga sekolah.
Azzarina bt Mohammad Shuko PU15B
0 comments:
Post a Comment