Perhimpunan Rasmi Hari Pertama Sesi Persekolahan 2014 SMK Tinggi Kajang telah berlangsung dengan tertib dan lancar.
Kalau hendak diberikan markah penilaian, rasanya boleh mendapat 10/10, Perfect Score kata setengah orang..!

Tahniah dan syabas kepada semua pihak, terutamanya murid-murid SMK Tinggi Kajang yang telah memberikan persembahan yang gemilang ini.

Walau bagaimanapun, ini adalah satu sinario yang sudah menjadi lumrah.

Setiap tahun Hari Pertama Persekolahan seolah-olah menjadi 'curian' terutamanya kepada murid-murid yang telah lama bercuti untuk melepaskan kerinduan kepada rakan-rakan yang 'nolstagia' dengan keseronokan tahun-tahun lepas semasa berada dalam kawasan sekolah.

Perhimpunan Rasmi Hari Pertama Persekolahan selalunya memperlihatkan murid-murid yang memberikan persembahan sahsiah diri yang sungguh memberangsangkan. Serba serbi nampak sempurna.
Melihat kepada sinario ini para guru tersenyum sipu kegembiraan dan kelegaan dengan hati kecil masing-masing memutik berbilion harapan akan dapat mengemudi bahtera PdP di dalam bilik darjah dengan mudah tanpa gelombang ombak besar yang datang melanda.
Wahai murid-murid Kajang High School
tidak bolehkan kamu menunjukkan
ciri-ciri kecemerlangan
Hari Pertama Persekolahan
untuk sepanjang tahun?
Supaya guru-guru kamu dapat
mempersembahkan kehebatan tulen
mereka untuk membimbing kamu
ke arah kejayaan yang hakiki!
0 comments:
Post a Comment