Saturday, July 13, 2013

Pelancaran Minggu Pusat Sumber 2013




Jawatankuasa Pusat Sumber SMK Tinggi Kajang telah mengadakan Minggu Pusat Sumber mulai 1 Julai yang lalu. Tujuan minggu ini diadakan adalah untuk memupuk sikap suka membaca buku dalam kalangan warga SMKTK . Antara aktiviti yang dijalankan ialah pameran buku dan penjualan buku. Acara kemuncak ialah penganugerahan Tokoh NILAM kepada saudara Yeo Jia Jeen dari tingkatan 3A yang telah berjaya membaca sebanyak 45 buah buku untuk penggal pertama tahun ini. Saudara Yeo juga merupakan penerima Sijil Emas tahun 2012 kerana telah membaca sebanyak 258 buah buku. Tahniah dan syabas diucapkan kepada saudara Yeo atas kejayaan tersebut.

Nazreen (5H)

0 comments:

Post a Comment