Bertempat di Kampung Haji Dorani, Sungai Besar,
Selangor seramai 250 orang pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 6 Atas SMK
Tinggi Kajang telah menyertai “ Program Menanam Pokok Bakau 2013 ” anjuran
Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) SMK Tinggi Kajang. Program ini turut disertai
pelajar-pelajar dari beberapa buah
sekolah lain. Objektif program ini adalah untuk memulihara spesis pokok bakau untuk
generasi akan datang dan menjadikan pokok-pokok bakau sebagai benteng pertahanan
awal semasa bencana alam. Program yang dijalankan pada 7 Julai 2013 ini turut
disertai Encik N. Murugan, Puan Wan Aminizan, Puan Norpizah, Puan Mastura, Pn.
Zaharah, En. Karuppiah ,dan En. Zulkifle telah mengiringi para peserta dari SMK
Tinggi Kajang yang mengambil bahagian dalam program ini.
Siti Nurdiana (6AB)