SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TINGGI KAJANG | ||||
Jadual Ujian Setara 1 | ||||
2013 | ||||
TINGKATAN 3 | ||||
TARIKH | MATA PELAJARAN | WAKTU | TEMPOH | KELAS |
P&P seperti biasa | ||||
5 MAC 2013 | Rehat | 09.50-10.10 | Semua | |
SELASA | Bahasa Arab | 10.50-11.50 | 1 jam | 3KAA |
Bahasa Cina | 10.50-11.50 | 1 jam | 3A 3B | |
Bahasa Tamil | 10.50-11.50 | 1 jam | 3C 3D 3E | |
Bahasa Melayu | 12.00-13.00 | 1 jam | Semua | |
Pend. Seni Visual | 07.45-08.45 | 1 jam | Semua | |
Pendidikan Islam | 08.50-09.50 | 1 jam | Semua | |
6 MAC 2013 | Pendidikan Moral | 08.50-09.50 | 1 jam | Semua |
RABU | Rehat | 09.50-10.10 | Semua | |
Sejarah | 10.20-11.20 | 1 jam | Semua | |
Sains | 12.00-13.00 | 1 jam | Semua | |
Bahasa Inggeris | 07.45-08.45 | 1 jam | Semua | |
7 MAC 2013 | Kemahiran Al-Quran | 08.50-09.50 | 1 jam | 3KAA |
KHAMIS | Rehat | 09.50-10.10 | Semua | |
Matematik | 10.20-11.20 | 1 jam | Semua | |
PJK | 11.30-12.30 | 1 jam | Semua | |
Sivik | 07.45-08.45 | 1 jam | Semua | |
8 MAC 2013 | Rehat | 09.50-10.10 | Semua | |
JUMAAT | Kemahiran Hidup KMT | 10.20-11.20 | 1 jam | Semua |
Geografi | 11.30-12.30 | 1 jam | Semua | |
TINGKATAN 4 | ||||
TARIKH | MATA PELAJARAN | WAKTU | TEMPOH | KELAS |
Bahasa Melayu | 07.45-08.45 | 1 jam | Semua | |
5 MAC 2013 | Lukisan Kejuruteraan | 9.20-10.20 | 1 jam | E |
SELASA | Rehat | 10.25-10.45 | Semua | |
Bahasa Tamil | 10.50-11.50 | 1 jam | POL | |
Matematik | 12.00-13.00 | 1 jam | Semua | |
Bahasa Inggeris | 07.45-08.45 | 1 jam | Semua | |
Perdagangan | 09.20-10.20 | 1 jam | ABCD | |
6 MAC 2013 | Matematik Tambahan | 09.20-10.20 | 1 jam | EFGH |
RABU | Rehat | 10.25-10.45 | Semua | |
Sivik | 10.50-11.50 | 1 jam | Semua | |
Sains | 12.00-13.00 | 1 jam | ABCD | |
Kimia | 12.00-13.00 | 1 jam | EFGH | |
Pendidikan Islam | 07.45-08.45 | 1 jam | Semua | |
7 MAC 2013 | Pendidikan Moral | 07.45-08.45 | 1 jam | Semua |
KHAMIS | Rehat | 10.25-10.45 | Semua | |
Sejarah | 11.30-12.30 | 1 jam | Semua | |
PJK | 07.45-08.45 | 1 jam | Semua | |
Fizik | 09.20-10.20 | 1 jam | EFGH | |
Geografi | 09.20-10.20 | 1 jam | D | |
8 MAC 2013 | Rehat | 10.25-10.45 | Semua | |
JUMAAT | Pendidikan Seni Visual | 11.20-12.20 | 1 jam | ABC |
Ekonomi Asas | 11.20-12.20 | 1 jam | D | |
Teknologi Kejuruteraan | 11.20-12.20 | 1 jam | E | |
Prinsip Perakaunan | 11.20-12.20 | 1 jam | F | |
Biologi | 11.20-12.20 | 1 jam | GH | |
TINGKATAN 5 | ||||
TARIKH | MATA PELAJARAN | WAKTU | TEMPOH | KELAS |
Bahasa Melayu | 07.45-08.45 | 1 jam | Semua | |
5 MAC 2013 | Lukisan Kejuruteraan | 08.50-09.50 | 1 jam | E |
SELASA | Rehat | 09.50-10.10 | Semua | |
Bahasa Tamil | 10.50-11.50 | 1 jam | POL | |
Matematik | 12.00-13.00 | 1 jam | Semua | |
Bahasa Inggeris | 07.45-08.45 | 1 jam | Semua | |
6 MAC 2013 | Rehat | 09.50-10.10 | Semua | |
RABU | Sains | 12.00-13.00 | 1 jam | ABCD |
Kimia | 12.00-13.00 | 1 jam | EFGH | |
Sivik | 07.45-08.45 | 1 jam | Semua | |
Perdagangan | 08.50-09.50 | 1 jam | ABCD | |
Matematik Tambahan | 08.50-09.50 | 1 jam | EFGH | |
Rehat | 09.50-10.10 | Semua | ||
7 MAC 2013 | Pendidikan Seni Visual | 10.20-11.20 | 1 jam | ABC |
KHAMIS | Ekonomi Asas | 10.20-11.20 | 1 jam | D |
Teknologi Kejuruteraan | 10.20-11.20 | 1 jam | E | |
Prinsip Perakaunan | 10.20-11.20 | 1 jam | F | |
Biologi | 10.20-11.20 | 1 jam | GH | |
Sejarah | 11.30-12.30 | 1 jam | Semua | |
PJK | 07.45-08.45 | 1 jam | Semua | |
Geografi | 08.50-09.50 | 1 jam | D | |
8 MAC 2013 | Fizik | 08.50-09.50 | 1 jam | EFGH |
JUMAAT | Rehat | 09.50-10.10 | Semua | |
Pendidikan Islam | 11.20-12.20 | 1 jam | Semua | |
Pendidikan Moral | 11.20-12.20 | 1 jam | Semua | |
Tuesday, February 26, 2013
Jadual Ujian Setara 1 / 2013
Labels:
Jadual Peperiksaan
Saturday, February 23, 2013
Sunday, February 17, 2013
Sunday, February 10, 2013
Saturday, February 9, 2013
LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN KE-2/2013
Pada
2 Februari yang lepas, Ladap 2 telah diadakan di INTI International University,
Nilai. Program ini bermula jam 8:00 pagi – 12:30 tengah hari. Program ini
diadakan untuk menyuntik semangat kerja berpasukan dalam kalangan guru. Program
ini juga memberi panduan kepada guru-guru untuk menguruskan tekanan dengan
bijak dan membolehkan guru-guru menghasilkan kualiti kerja yang cemerlang
kepada institusi. Tahniah dan syabas diucapkan kepada guru-guru yang telah
hadir menghadiri program ini.
Berita Oleh: Nasrullah (3B)
Labels:
Berita Semasa,
Buletin
PELANTIKAN KETUA TINGKATAN
Pada 4 Februari yang lalu, Majlis Pelantikan Ketua
Tingkatan dan Penolong Ketua Tingkatan telah diadakan di Dataran Murni. Majlis pelantikan ini bertujuan untuk menyemarakkan
semangat kepimpinan dalam kalangan pelajar yang terpilih. Pelajar – pelajar
yang dilantik ini diharapkan akan memikul tanggungjawab yang diberikan dengan
penuh dedikasi dan mampu menjadi contoh kepada murid – murid lain.
Berita Oleh: KHAIRUL HAZMIR (6AA)
Labels:
Berita Semasa,
Buletin
BANTUAN KHAS AWAL PERSEKOLAHAN (BKAP)
Majlis Penyerahan Bantuan Khas Awal Persekolahan (BKAP)
telah diadakan pada 17 Januari 2013 bagi tingkatan 1 dan 2 manakala penyerahan
kepada pelajar-pelajar tingkatan 3 dan 4 diadakan pada 18 Januari 2013
bertempat di dewan Tan Sri Kadir
Shamsudin. Bagi murid-murid tingkatan 5 pula wang diagihkan dari kelas
ke kelas pada 23 & 24 Januari 2013. Bantuan bernilai RM 100 ini ialah
inisiatif kerajaan untuk membantu ibu bapa mengurangkan beban kewangan
persekolahan bagi memulakan sesi persekolahan tahun 2013.
Berita Oleh: Arif Yaakob (6AA)
Labels:
Berita Semasa,
Buletin
MAJLIS PERSARAAN PN. ASIAH BT. AHMAD
Pada 21 Januari 2013 telah diadakan Majlis Semarak Budi
Semesra Kenangan sempena persaraan Pn. Hajah Asiah bt. Ahmad.
Majlis yang diadakan di Dataran Murni SMK Tinggi Kajang bermula jam 7:30 pagi
adalah untuk mengenang sumbangan dan jasa beliau sepanjang berkhidmat di
sekolah ini. Semoga jasa dan budi baik beliau akan dikenang oleh seluruh warga
SMK Tinggi Kajang.
Berita Oleh: SHAQIL (5H) & AHMAD (5G)
Labels:
Berita Semasa,
Buletin
LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN (LADAP) BERASASKAN SEKOLAH
Pada
19 Januari 2013, Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP) telah diadakan di Pusat Sumber
dan makmal komputer SMK Tinggi Kajang dari pukul 8 pagi hingga pukul 2 petang.
Program ini disampaikan oleh En. Soh Bon Chuan , Tuan Syahiran Adi bin Tuan
Mustafa, En. Zulkiflie bin Malek, Pn.Ho Kong Yi, dan Pn. Roslini bt Che Min.
Program ini bertujuan untuk memberi informasi tentang perancangan dan pelaksanaan
progam Unit Bimbingan dan Kaunseling untuk tahun 2013. Guru-guru juga
diharapkan dapat membugarkan aplikasi ‘Frog VLE’. Tahniah dan syabas kerana
program ini berjalan lancar mengikut perancangan. Terima kasih kepada semua
pihak yang terlibat.
Berita Oleh: SHAQIL SHUFFI (5H)
Berita Oleh: SHAQIL SHUFFI (5H)
Labels:
Berita Semasa,
Buletin
MAULIDUR RASUL PERINGKAT SEKOLAH
Pada 1 Februari 2013 bersamaan
20 Rabiulawal 1434 Hijrah , SMK Tinggi Kajang telah mengadakan ceramah Maulidur
Rasul di Dewan Tan Sri Abdul Kadir Shamsudin . Sambutan ini melibatkan semua
warga SMKTK . Ceramah disampaikan oleh Ustaz Azhar bin Osman yang merupakan
guru SMKTK . Ceramah ini bertujuan untuk menyemai dan menanam rasa cinta yang
berterusan kepada Rasulullah S.A.W . di samping menghayati pengorbanan baginda.
Berita Oleh: Ahmad (5G)
Labels:
Berita Semasa,
Buletin
Pertandingan Pertolongan Cemas dan Perawatan St. John Ambulans Malaysia
Pada
20 Januari 2013 , SMKTK telah menjadi tuan rumah Pertandingan Pertolongan Cemas
dan Perawatan St. John Ambulans Malaysia
. Dalam pertandingan tersebut peserta SMK Tinggi Kajang telah dinobatkan
sebagai Johan bagi kategori Kes Pendek dalam bahagian Ambulans Kadet . Peserta
kita juga telah mendapat tempat ketiga bagi kategori Kawad Kaki dan Pakaian
Seragam dalam bahagian Ambulans Kadet . Syabas dan tahniah kepada para peserta .
Berita Oleh: ASYRAF (6AB)
Labels:
Berita Semasa,
Buletin
Sukan Asrama
Berita Oleh: Muhamad
Nazreen (5H)
Labels:
Berita Semasa,
Buletin
Maulidur Rasul Asrama
Pada 31 Januari 2013 bersamaan
12 Rabiulawal 1434 H , ahli jawantankuasa Asrama Tun Dr. Abdul Aziz telah
mengadakan ceramah sempena sambutan Maulidur
Rasul di surau asrama . Ceramah tersebut telah disampaikan oleh penceramah
jemputan Ustaz Bakhtiar Fitri bin Abdul Hamid . Ceramah ini diharapkan dapat
memberi peringatan kepada warga asrama agar menghargai jasa dan pengorbanan
Nabi Muhammad S.A.W.
Berita Oleh: Shahidan 6AE
Labels:
Buletin
Pertandingan Boling
Pada 30 Januari 2013 telah
berlangsung Kejohanan Tenpin Boling SMKTK anjuran Kelab Tenpin Boling SMKTK bertempat
di Ampang Super Bowl Metropoint Kajang . Pertandingan ini merupakan acara
tahunan Kelab Tenpin Boling SMKTK sebagai satu platform untuk memilih wakil
sekolah dalam kejohanan tenpin boling peringkat daerah . En. Billy Lee selaku guru penasihat telah berjaya
menarik penyertaan seramai 57 orang pelajar . Para pemenang telah
menerima trofi dan sijil.
Berita Oleh: AIDI
(6AB)
Labels:
Berita Semasa,
Buletin
Orentasi Asrama
Pada 2 dan 4 Januari 2013 , Unit
Bimbingan dan Kaunseling SMKTK telah mengadakan minggu orentasi asrama . Seramai 140 orang penghuni asrama telah
menyertai aktiviti tersebut . Guru yang bertanggungjawab untuk menjayakan aktiviti
ini ialah Encik Zulkifle bin Malek dan
Pn. Rohayati Abd. Rahman . Aktiviti ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan
silaturahim antara pelajar asrama , serta melahirkan warga asrama yang
berdisiplin , berakhlak mulia, dan bertanggungjawab.Berita Oleh: Badrul
Amin (3KAA)
Labels:
Berita Semasa,
Buletin
Tuesday, February 5, 2013
Dato' Sri Chee Hong Leong Menyumbang Untuk Alma Mater-nya
Dato' Sri Chee Hong Leong, sentiasa mengingati Alma Maternya iaitu Kajang High School kerana bermula dari sinilah pada awal tahun 80'an Dato' Sri Chee dapat berpijak di bumi nyata berada di kedudukan sekarang. Oleh kerana itu Dato' Sri Chee telah bermurah hati memberikan sumbangan derma sebanyak RM12,000 bagi melengkapkan kos pembinaan sebuah gelanggang sukan di Kajang High School. Majlis Penyerahan Sumbangan tersebut telah dilaksanakan pada satu Majlis Perhimpunan Rasmi SMK Tinggi Kajang pada hari Isnin, 4 Februari 2013. Sumbangan telah disampaikan oleh pegawai peribadi Dato' Sri Chee Hong Leong kepada Pengetua SMK Tinggi Kajang, Y.Bhg.Tuan Nik Mat bin Nik Man.
Semoga lebih ramai lagi Old Boys dan tidak lupa juga Old Girls of Kajang High School dapat mengikut jejak langkah Dato' Sri Chee Hong Leong dapat menyumbang semula kepada 'orang tua' mereka yang telah dilahirkan pada 1919 iaitu Kajang High School yang sememangnya menantikan kepulangan mereka.
Labels:
Ucapan Tahniah