Setia kepada kerajaan, kata KSN baru kepada kakitangan awam
June 24, 2012
KUALA LUMPUR, 24 Jun —Ketua Setiausaha Negara yang baru
dilantik menggesa kakitangan awam supaya setia kepada kerajaan dan tidak
mudah diperbodohkan oleh "janji kosong" pembangkang.
"Mereka perlu tahu. Jangan terpedaya dengan janji kosong," kata Ketua
Pengarah Unit Kersama Swasta (UKAS), Datuk Seri Dr Ali Hamsa dalam
respon kepada soalan yang diajukan oleh akhbar New Straits Times
berkenaan janji pembangkang.
"Sebagai kakitangan awam, kita perlu taat kepada Raja dan kerajaan.
Ianya penting supaya kita sedar peranan sebagai kakitangan awam dan
melaksanakan tugas kita dengan sempurna," kata ketua penjawat awam itu
yang baru dilantik awal minggu ini, dalam satu temuramah bersama akhbar
berbahasa Inggeris tersebut.
Baca lagi di sini.
0 comments:
Post a Comment