Saturday, February 4, 2012

HARI PERSEKOLAHAN GANTI


Kepada 
Semua murid, ibubapa atau penjaga murid,
SMK Tinggi Kajang.


HARI PERSEKOLAHAN GANTI 
KERANA CUTI PERAYAAN TAHUN BARU CINA 2012

Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa SMK Tinggi Kajang telah mengambil cuti berganti selama dua hari sempena perayaan Tahun Baru Cina 2012 yang baru lepas iaitu pada 26 dan 27 Januari 2012.

Sehubungan itu dimaklumkan bahawa pihak pengurusan sekolah telah menetapkan hari persekolahan ganti bagi dua hari tersebut adalah seperti berikut;

11 Februari 2012 (Sabtu) mengantikan 25 Januari 2012 (Khamis) 
3 March 2012 (Sabtu) menggantikan 26 Januari (Jumaat) 

Oleh itu adalah menjadi kewajipan kepada semua murid SMK Tinggi Kajang untuk hadir pada hari persekolahan ganti tersebut.

Sekian di maklumkan.

Pengetua
SMK Tinggi Kajang






0 comments:

Post a Comment