Sunday, January 1, 2012

PMR 2011 Kajang High School Meningkat


Keputusan PMR 2011 yang telah diumumkan seluruh negara pada 22 Disember 2011 lepas, SMK Tinggi Kajang telah mencapai peratus kelulusan 80.38% iaitu meningkat kira-kira 5% berbanding dengan keputusan 2010.

Keputusan dari segi Gred Purata Semua Mata Pelajaran, GPS, SMK Tinggi Kajang telah mencapai indeks 2.5 iaitu mengatasi GPS pada peringkat daerah (GPS = 2.55), negeri (GPS = 2.6) dan kebangsaan (GPS = 2.7). 

Empat daripada 12 mata pelajaran yang telah ditawarkan kepada calon-calon dari SMK Tinggi Kajang telah mencatat kelulusan 100% dan kelulusan bagi mata pelajaran Bahasa Melayu ialah 98.84%. 

Tetapi yang paling memberangsangkan seluruh warga sekolah ialah pencapaian 100% bagi mata pelajaran Matematik iaitu satu rekod baru sekolah.

Pengetua dan seluruh staf SMK Tinggi Kajang mengucapkan syabas dan tahniah kepada murid-murid SMK Tinggi Kajang yang telah berjaya dan sangat berharap kumpulan murid-murid ini dapat mencapai kejayaan yang lebih cemerlang pada perigkat SPM kelak.

Tidak lupa Pengetua dan pihak sekolah ingin mengucapkan syabas, tahniah dan terima kasih kepada semua guru yang telah menjalankan tugas mereka dengan baik sepanjang tahun 2011 serta Yang DiPertua dan AJK PIBG serta semua ibubapa yang telah memberikan kerjasama dan sokongan padu kepada pihak sekolah.


0 comments:

Post a Comment